"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, November 11, 2013

SEMALAM AKU GEMBALA

Gambar gambar masa aku jadi gembala kambing semalam.


(Rujuk blog untuk lebih baaanyaaak gambar. Aku fed up dengan facebook bab bab masukkan gambar ni.)

Hari aku mengembala aku sukar menerima kedatangan pelawat. Aku suka guna masa ini untuk bersendirian dengan kambing aku. Perhatikan para jemaah kambing kalau kalau ada yang sakit. Dan banyak idea datang masa gembala. Yeah neuron aku recharge masa gembala. Hyperconnect.

Tapi pagi pagi semalam ada juga pelawat. Dua pasukan pelawat. Nasib baik dua dua aku dah biasa, dan aku serah urusan seterusnya kepada pasukan pelawat masing masing. Aku tak mampu nak layan, sibuk uruskan kambing nak lepas meragut.

Semalam bawa bekal nasi lemak, lepat labu dan kuih vadai. Silap beli. Tak berapa sedap. Kuih vadai je yang sedap rasanya. Tapi kucing betina aku 3 ekor habis bedal kuih vadai aku. Aiii bukan rezeki. Apa boleh buat.

Biasa bawak paper star. Tapi kedai dah abis supply. Jadi ganti new straits times. Dan aku bukan baca paper pro kerajaan sahaja. Aku baca juga paper keadilan dan harakah. Bagi balance sikit pandangan politik aku. Walau pun tak minat politik, dan bukan ahli mana mana parti politik.


Sedikit gambar masa aku gembala semalam. Kambing tak pergi jauh. Berhampiran kandang je. Anggaran aku dalam 12 ekar kawasan ragut bawah sawit digunakan semalam. Ulang alik. Sekejap sana sekejap sini. Kawasan yang sama juga. Aku tak ikut rotation policy. Tapi ikut mood dan ikut kesempatan. Boring gak kalau hari hari sama je tempatnya ye tak?

Umat kambing sedang bersedia sebelum dilepaskan. Kandang bingit dengan suara anak kambing!


Foraj pertama, atau breakfast pertama yang masuk dalam perut kambing semalam. Pelepah sawit yang baru sahaja dipotong.

Tepi kiri tu parit dalam. Gaung. Kalau jatuh kambing, aku tak tahu macam mana nak buat misi menyelamat.

Kambing cukup suka pucuk getah. Dalam kawasan basah lembik berair ni. Banyak parasit. Kalau boer tulen atau jamna tulen atau saanen tulen masuk kawasan macam ni, memang kena deworm tiap tiap bulan. Tapi kalau ada darah pribumi, sebat aje masuk.



Ahh rilek sekejap.  Pengembala baru jangan ikut style aku. Kambing aku dah bergenerasi hari hari meragut bergembala. Jadi dah stabil dan biasa berkawanan. Takde teruk menjaga macam masa mula mula start bela dulu.


Semalam aku tak berangan angan jadi Ironman. Tapi jadi Batman. 


Kambing meragut berhampiran kandang. Malas nak pergi jauh jauh semalam.


Kambing gemar biji getah. Krup krap krik krok kristin kreuk smallville. Aku biar je diorang makan sepuas hati biji getah ni. Takde pula unpleasant side effects.

5 comments:

  1. terbaik prof..mmg bukan senang nak kasi kambing ni makan berkawanan.
    nak tanya prof cket.adakah jantan dominan mainkan peranan gak?.
    (insyaallah cuti sek ni kalau tak de aral sampai kandang proff..:))

    ReplyDelete
  2. http://nernnyagrofarm.blogspot.com/November 12, 2013 at 4:46 AM

    Prof, sy nak tanya dua bulan yang lepas kambing sy 12 ekor beranak dan anaknya 13 ekor. Tapi malangnya nasib sy 5 ekor anak dan ibunya 3 ekor mati. Sistem ternakan sy semi intensif. Tolong Prof dapat selesaikan masalah sy.

    ReplyDelete
  3. Mula2 susah jugak nak mengembala ni. Terkejar sana sini taknak kasi kambing berterabur. Tapi sejak ada tongkat sakti ni. Alhamdullilah. Tkasih prof atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  4. Mula2 susah jugak nak mengembala ni. Terkejar sana sini taknak kasi kambing berterabur. Tapi sejak ada tongkat sakti ni. Alhamdullilah. Tkasih prof atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete