'Goat'nap.
Kena
masuk 'correction facility' di MJ Fatonah.
Patutnya
hari ni aku dah ada di Kluang Johor kursus ternakan di ARB.Tapi aku
dok pikir banyak lagi benda tak settle kat ladang, aku tak jadi pi.
Alih alih PPK Langkap tepon bagi notis pendek untuk hadir kursus
ternakan kambing di MJ Fatonah, Kuala Selangor.
Siap
ada pegawai pengiring lagi, tuan Alias dari PPK Langkap. Macam paksa
aku pergi ajo hahaha. Aku pun dok kira kira boleh la juga pi MJ
Fatonah ni. Dalam 130km dari tempat aku. Kira boleh lah. Takdelah
jauh sangat tinggalkan ladang dan anak bini.
Orait.
Pasangan suami isteri encik Mohd Jamil dan puan Fatonah rupanya rajin
juga baca blog aku. They recognized me, and they know my doctrine.
Well aware of the doctrine, or ideology that I am carrying. Tapi kali
ni aku bukan nak cerita pasal aku, tapi nak cerita pasal usaha ternak
diorang.
Aaa
ada banyak cerita, termasuklah cerita cerita sensasi masa berborak
santai dengan diorang tapi yang sensasi sensasi ni aku tak mau
ceritalah. Bahaya. I'll just keep it to myself.
Hmmm
cerita dulu pasal financing. Business financing. Pembiayaan modal bisnes
MJ Fatonah masa mula mula start dulu. Aku pikir menarik juga.
MJ
Fatonah ni pasangan suami isteri sebaya. Dua dua engineer, buat
komponen kapal terbang dan mesin. Biasaklah engineer. Pressure
tinggi. Bos tekan, orang bawah pun tekan. Kepala pening, buat
keputusan berhenti makan gaji. Bela lembu. Gabungan gaji dua dua masa
tu adalah $15,000 sebulan. Umur 35 tahun. Tahun 2005.
Modal
awal $370,000. Sendiri punya. Beli tanah 2.5 ekar kat Teluk Penyamun
$83,000. Kandang $30,000. Lembu $100,000. Bakinya buat modal
pusingan.
Tapi
tak cukup!!
Nasib
baik masa ni zaman Tun Abdullah Badawi. Ada banyak dana disediakan.
Diorang pinjam MARA dan pinjam Agrobank. MARA bagi $250,000 manakala
Agrobank bagi $360,000.
Now
aku nak cerita sedikit pasal pinjaman yang MARA sediakan kepada
usahawan ternak Melayu masa tu.
Syarat
pinjaman pertanian MARA adalah mudah dan tidak membebankan. Bagi
pinjaman pertanian $250,000 yang macam MJ Fatonah mohon, cagaran yang
diperlukan cuma 10% nilai pinjaman. Maknanya $25,000 je.
10%
je tuan puan...
Atau,
kalau tak nak guna cagaran, boleh guna penjamin. Dan gaji penjamin
cuma $7,500 sebulan sudah cukup untuk buat pinjaman bernilai
$250,000. Hmmm....
Dan
MJ Fatonah bayar balik bulan bulan $4600 kepada MARA. Dah settle? Yep
pinjaman dah selesai. Cepat. Sebabnya MARA offer rebat atau diskaun
30% nilai pinjaman untuk mana mana peminjam yang nak bayar cepat.
Wooohoooo....
bestnye. Kalau aku tahu dulu, aku tak buat agrobank. Aku mohon
pinjaman MARA aje. Aaaaa..... ketuk kepala kat dinding 1000X dang
dang dang!
Tapi
sedihnya MARA dah stop pembiayaan pertanian sebegini pada awal 2009.
Oh man! Why why why?
Now
masuk pula cerita agrobank. MJ Fatonah dapat loan $360,000. Bulan
bulan kena bayar $4,000. Belum settle lagi tapi sedang berjalan baik.
Tiada tawaran diskaun pinjaman untuk selesai cepat pinjaman.
Sekarang
MJ Fatonah tengah berkira kira untuk pinjam 1 juta lagi daripada
Agrobank untuk besarkan usaha ternak diorang. Asalnya nak pinjam
$500,000 ajo tapi agrobank punya syarat yang buat diorang terkedu.
Bayangkan
kalau nak pinjam $500,000, cagaran mesti $500,000 juga. Tapi nilai
pinjaman yang dapat cuma $340,000 atau 60% nilai cagaran. Apa benda
syarat macam ni weh?? Ini pinjaman untuk orang planet bumi ko atau
pinjaman untuk makhluk asing dari planet Kepler 22b?
Pening
aku dengar syarat macam ni. Anyway selepas rundingan tahap negara
negara G7, Agrobank 'relent' dan setuju besarkan nilai pinjaman.
Maknanya cagaran $500,000 tapi nilai pinjaman boleh dapat sejuta.
Haaa baru nampak betul sikit, ada gaya nak tolong golongan petani dan
penternak. Tak gitu jang?..(pinjam loghat tuan es emdi hehehe)
So
itu saja buat masa ni. Ada lagi taklimat kursus selepas ini. Terima
kasih buat tuan Jamil dan puan Fatonah yang bagi 6 kali makan sehari
untuk aku dan rakan rakan sekursus (masukkan kitorang dalam program
fidlot ka? hahaha), dan ketelusan dalam bercerita. Tapi yang tak
bestnya, MJ Fatonah tak cukup caffeine supply. Merana orang caffeine
addict atau caffeine junkie macam aku ni.... boleh tak tambah elaun
kafein untuk peserta kursus, tuan puan MJ Fatonah?
Anyway
thanks for the great time!
Kursus tentang apa, Bro?? Interested juga nak join lain kali, kalau relevan kat operasi LRGF.
ReplyDeletetabik lah.
ReplyDeleteMaster breeder pun pergi kursus!