"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, November 24, 2013

SAKIT

2013 sebenarnya adalah tahun duka buat aku. Ada peristiwa peristiwa yang membuatkan aku sakit dan insaf betapa lemahnya aku sebagai manusia.

Bulan april yang sudah sememangnya menyakitkan aku. Tetapi bulan oktober di mana aku kehilangan Siti Juwariyah adalah lebih menyakitkan. It is very painful. Dan aku masih terkesan dengan pemergiannya.

Dua dua kesakitan ini menyedarkan aku bahawa Tuhan ingin aku kembali menjadi pembiak kambing. Aku dapat rasakan Tuhan mahu aku kembali fokus kepada kambing kambing aku di ladang. Aku dapat rasakan Tuhan mahu aku jadi pembiak kambing yang lebih baik.

Ada sesuatu yang lebih baik menanti pada masa depan. Dan aku dapat rasakan melalui gerak hati, untuk mendapatkan apa yang lebih baik, aku mesti luangkan lebih banyak masa di ladang. Sebelum ini aku banyak lalai banyak main main.

Kurang disiplin. Ye aku kurang disiplin kerana aku menganggap usaha biak aku sudah stabil. Hanya perlukan minimum intervention. Dan Tuhan turunkan ujian ujian tersebut untuk menyedarkan aku yang aku tak boleh ambil ringan atau 'take things for granted'. Kalau aku masih dalam kelalaian, aku tak akan ke mana mana. Tetap di takuk lama.

Sekarang aku banyak luangkan masa di ladang. Pergi pagi (tapi takdelah pagi sangat) dan balik maghrib atau malam. Tetapi timbul pula masalah baru.

Orang rumah aku kata aku tak cukup masa dengan keluarga. Kasihan anak anak tak dapat main dengan aku. Katanya aku balik rumah nampak penat dan cepat sangat tidur. Setiap hari. Termasuk hari cuti dan hari minggu.

Now, aku rasa aku dalam keadaan stress. Heavy stress. Sebab bila orang rumah ajak jalan jalan, atau luangkan masa sehari untuk keluarga tanpa pergi ke ladang - aku jadi marah. Aku rasa sakit. Aku tak dapat terima kenyataan yang aku tak dapat pergi ke ladang untuk satu hari penuh.

The pain is real. The pain is terrible.

Aku tidak meluahkan kemarahan. Hanya simpan dalam hati.

Tapi aku nak tanya tuan tuan rakan rakan ternak pembiak yang lelaki dan yang telah berkahwin. Adakah ini normal? Adakah ini work addiction?

Adakah benar kaum Adam hanya mampu fokus satu satu perkara pada satu satu masa?


Adakah tuan tuan penternak juga merasa sakit bilamana tak dapat pergi tengok kambing di ladang untuk satu hari?

4 comments:

  1. We're on the same boat sir. Part jadi marah bila diajak keluar dan taknboleh kalau tak tengok kambing sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro El Cabra
      Aku aquaculturist...everyday at pondsite..

      Famili pon dok bising juga... Adeh!

      Delete
  2. Time management, Bro. Ada seorang kawan..(kira-kira hebat lerr..keliling pinggang ade ajer mak we!!) Dia ini jadi directors banyak syarikat...termasuk public listed companies,..chairman banyak pertubuhan (semuanya tahap nasional)..dan charity organisations. Aku selalu tanya dia..how did he find the times? Jawabannya: Time management!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro adil..masalahnya kambing ni perlukan attention yg lebih dari awek keliling pinggang.hahaha

      Delete