Upping
the game.
Aku
belum ketemu dan masih memburu sang pembiak tulen kambing pedaging
yang benar benar mahir di tanah air ini. Tapi aku yakin yang mereka
ini wujud. Cuma tidak dikenali kerana tidak pernah menang sebarang
anugerah.
Aku
rasa aku pernah tulis sebuah post dulu berkenaan pencarian aku.
Dimana aku nyatakan seorang pembiak bertaraf master haruslah memiliki
prestasi kadar kelahiran melebihi 1.8 selama sekurang kurangnya 4
tahun.
Mmmm...
ini terlalu mudah.
Alhamdulillah
Tuhan telah berkenan menganugerahkan aku dengan kadar kelahiran
kambing melebihi 2.0 selama 3 tahun berturut turut. Harapnya tahun
ini adalah tahun keempat memiliki prestasi sebegitu.
Masalahnya
aku bela cara cincai. Cara tunggang langgang. Cara mudah sangat. Mana
layak dapat title master breeder. Tak boleh tak boleh tak boleh....
bikin malu aje.
So
aku up the game. Seorang master breeder patutnya memiliki prestasi
kadar kelahiran kambing antara 3.0 - 4.0 per tahun. Sekurang
kurangnya untuk empat tahun. Maknanya dengan 100 induk mampu
menghasilkan 300 - 400 anak kambing dalam setahun. Haa baru mantap.
Cecah world class punya standard.
Habih
steamroll prestasi baka baka kambing zon panas kering, temperate, dan
artik. Diorang paling tinggi dapat 2.2 atau 2.3, takpe ambik 2.5 -
itu pembiak tersohor dan termahsyur dunia.
Kekuatan
darah tropika terletak pada kepantasan pembiakan dan ini adalah
kekuatan unik kita yang patut dipergunakan sebaik baiknya. Dan
sebenarnya untuk cecah taraf master breeder dimana kadar kelahiran
adalah 3.0 - 4.0, tak perlu high tech dan SOP tinggi melangit.
Achievable
with current available local technology and resources. Yep it
is. SOP je kena kaw kaw sikit.
Dan
bagi grandmaster breeder, kadar kelahiran kambing adalah 4.0 - 6.0
per tahun, untuk empat tahun berturut turut. Dan aku pikir belum
wujud lagi mana mana pembiak kambing pedaging dalam dunia buat masa
ini yang cecah taraf ini. Tetapi barangkali masa lalu, dalam lipatan
sejarah yang tersembunyi - mungkin ada.
Nak
dapatkan atau jumpa grandmaster breeder, kita kena masuk golden age
atau zaman emas para pembiak kambing. Zaman ini adalah zaman di mana
ada banyak master breeder, dan kita mula gunakan future tech.
Contohnya pemetaan genome secara individu, dan bacaan DNA yang pantas
dan murah.
Tetapi
yang masih aneh, walau pun kita akan 'incorporate' high technology
masa itu, cara bela kambing pedaging yang paling produktif masa itu -
masih amalan gembala sepertimana amalan para rasul. Yang ni kita tak
boleh lari. Kalau kita kaji sejarah dengan seteliti mungkin -
pengembala kambing tetap relevan sampai bila bila.
Now
aku tahu ada para pembaca (utamanya geng penternak yang masih khusyuk
dengan kadar kenaikan berat badan) yang tidak percaya malah
memandang sinis akan cerita aku ini.
Well,.....
excellent!
Ini
adalah satu cabaran untuk kita semua golongan pembiak. Cabaran yang
nampak mustahil tetapi sebenarnya boleh dicapai. Kita nampak laut
luas terbentang depan mata dan kita cuma ada perahu kecil tetapi apa
yang kita tak perasan ialah ada banyak pulau pulau yang boleh jadi
pit stop. Tempat lepaskan lelah dan kumpul tenaga dan upgrade perahu
dan layar jadi lebih besar.
Sesungguhnya
dunia pembiak masih luas belum diteroka. Sesungguhnya dunia gembala
amalan para rasul allah masih banyak keajaiban yang belum ditimba.
Dan sesungguhnya dunia kekuatan darah peribumi masih belum
dipetakan.
Kita
masih banyak potensi!
Kehadapan!
No comments:
Post a Comment