"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, November 3, 2013

NOSTALGIK



Gambar kandang pertama aku. Tahun 2005 start operasi. Modal buat kandang dalam $6000. Kambing mula mula masuk 5 ekor. Lepas tu sebulan sekali tambah seekor. Duit takdak bai! Tahun pertama baru ada 13 ekor ibu kambing. Semuanya jenis kacang dan kacukan kacang yang kecik kecik tak sampai 25kg, dan sakit sakit. Tapi nasib baik, pantas membiak.

Dan bermula dari itulah aku kembangkan operasi pembiakan. Takdak dah bawak masuk kambing dari luar melainkan pejantan tiga empat ekor. Bila buat loan agrobank tahun seterusnya, $10,000 buat kahwin hehehe (salahguna pinjaman dah ni - kira criminal beach of trust ka? atau macam kes NFC beli kondominium?). $10,000 lagi buat beli boer, which does not fit my low input husbandry requirement and spartan setting. Kalau boer kita up sikit input dia - takdak masalah.

Masa start bela ni, aku sorang sorang dalam ladang. Mula mula ada kawan indon namanya Wak Pur, orang Lombok yang jaga ladang ni. Tapi dia tak lama, dalam tiga bulan lepas aku datang, dia balik Lombok. Tinggal aku keseorangan bawah sawit ni. Siang menghadap kambing, malam menghadap komik Shin Chan dan Dragon Ball. Guna lilin untuk baca komik. Itu yang mental aku lain macam aje, banyak sangat dipengaruhi budak Shin Chan yang tak senonoh tu hahaha..

Masa tu takdak duit lagi nak beli gen set jana letrik. Nak beli pam air pun tak lalu. Aku pikul air dari telaga hingga ke kandang. 100 meter. Berbaldi baldi. Ulang alik. Penat weh! Itu yang kalau ada kambing sepak terajang baldi air, memang aku WWE No Mercy Hell In A Cell bagi makan penampor ajo kambing yang berlagak tu.

Bila malam, tidur sorang sorang dalam rumah kayu usia 30 tahun. Ahhh memang aku tarik selimut tutup kepala. Tak berani nak pandang atas, kat alang atap rumah. Saspen aje habih teringat semua cerita hantu pontianak yang aku pernah tengok sebelum ini. Nasib baik jugalah ada kucing dan itik dua ekor jadi peneman malam yang sepi. Kalau malam malam nak keluar buang air, memang aku tengok tengok dulu kucing dan itiknya. Kasi naik sikit semangat sebelum meredah malam untuk melepaskan hajat.

Jamban takde bang. Bawah sawit ajo. Gali lubang lepas tu tanam. Koboi style! Hahaha.. hujan tak hujan malam malam misi melepaskan hajat mana boleh gagal, kena laksanakan. Takut tak takut dengan pontianak dan penanggal, kena tolak ke tepi. Inilah padahnya bila kuat sangat makan cili api ikut stail makan orang Lombok hihihi. Sakit perut memanjang..

So, aku bersendirian dalam tahun tahun awal bela kambing. Dan semua kemudahan yang biasa aku nikmati di bandar semuanya hilang. Aku hidup dalam keterasingan dan kepompong aku sendiri. Aku tak tahu apa yang berlaku pada dunia luar. Aku tak tahu teknologi telah berkembang pantas. Aku tak tahu banyak orang guna kamera digital dan sd card, orang dah berblog, dan.... senang cerita aku memang jadi katak bawah tempurung.

Apa yang aku buat ialah hari hari gembala kambing. Bangun tidur pukul 5 pagi. Pergi kandang check kambing. Dan selepas itu kerja kerja kerja. Sampai maghrib. Malam, lepas baca Shin Chan dan Dragonball, aku bukak research paper pasal kambing dan aku baca sampai terlelap. Berulangkali. Yep, I work my ass off. Dan masa itu kambing aku jauh lebih cantik dan bulat daripada yang ada sekarang.

Kalau ada pihak yang buat cerita aku dapat bantuan banyak agensi kerajaan, geran sana sini, kambing sana sini - nope there was not. Takde bai. Sapa yang mandai mandai buat cerita ni? Sedap betul tambah ajinomoto..

Operasi pembiakan aku berkembang perlahan lahan. The gain is organically, painfully, geriatrically.... slow. Kalau dapat bantuan, takdelah aku kutip dan makan sayur kangkung dan pucuk paku hari hari hahaha... Banyak susah dari senangnya masa awal awal bela kambing.

Orang dok kata aku jadi tauke kambing, yang sebenarnya penternak kecil macam aku ni banyak orang atau agensi tak pandang. Kalau Dato Dato buat ladang kambing, sekejap aje pegawai besar kerajaan turun merasmikan projek. Dapat bantuan dan dana sana sini.

Kecik macam aku? Kena pula kandang buruk bergoyang goyang bila dipijak - jawabnya merangkaklah atau berenang perlahan lahan. Sekejap timbul sekejap tenggelam.

Dan ini adalah normal untuk usahawan. Recognition atau pengiktirafan hanya datang setelah kita lama dalam industri. Setelah puas berhempas pulas melawan arus. Setelah banjir dibasahi kesinisan dan pandangan rendah ramai pihak. Aku fikir tahun keenam dan ke atas barulah seorang usahawan mula dapat rentak yang selesa, dan reputasi yang meningkat naik.

Kalau tahun pertama kedua ketiga dah gah kelam kabut suratkhabar tv media sosial dok main cerita dia - biasanya tak lama jangka hayat. Itulah yang aku perasan mana mana bisnes pun. Bukannya ternakan aje.

So seperti biasa segelas kopi aku dah habis. Maknanya kafein dalam darah dah turun tak sampai otak. Takde idea dah. Itu sajalah buat masa ini. Lain kali plak cerita. Salam!

*Aku banyak dapat emel dan pertanyaan pasal kambing. Well, terima kasih semua yang bertanya. Tapi kan, aku tak larat nak layan semua soalan dan permintaan. Ada banyak lagi file-in-waiting aaaaaa.... kelam kabut aku dibuatnya. Kena pula aku punya internet connection dalam situasi always off bukannya always on. Jadi kepada tuan puan yang bertanya dan belum terbalas pertanyaan, aku minta maaf banyak banyak. Maybe lebih baik tuan puan terus direct call.


Salam!

7 comments:

  1. Thumbs up..mengingatkan saya pada terma resilience and and resistance.

    ReplyDelete
  2. motivasi kepada sape yang nak cebur diri. jangan dengar cerita-cerita yang "hebat" ajerr!! Teruskan, Bro dan selamat maju jaya!

    ReplyDelete
  3. Cerita tuan alwi mmg sadis,tak semua orang mampu atau sanggup lalui apa yg tuan pernah lalui untuk menjadi seorang penternak..pekerjaan yg tak glamour langsung..hahaha.juga berrisiko untk gagal..jangan kita asyik berharap "yg tipis datang melayang tg bulat datang bergolek" je kalau nak berjaya..Assalam.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. Nostagiknya.. Penuh motivasi.. Sejarah baru telah ditempa.. Taniah Prof

    ReplyDelete
  5. teruskan usaha. Aku gembira tengok org ada passion berjaya.

    ReplyDelete