Kambing Aku Suka Gigit Mini Skirt
Ada
pelawat ladang aku yang cukup 'daring' dalam berpakaian. Ada yang
pakai seluar pendek yang sangat pendek. Ada yang pakai mini skirt,
mungkin juga lebih sesuai dipanggil micro skirt. Ada juga yang nampak
cleavage atau pangkal dada.
Well,
semua pembaca blog aku tahu yang aku ini jantan, bukannya betina. Dan
jantina aku ini membuatkan aku dalam keadaan serba tak kena lagi tak
keruan bila dikunjungi pelawat serba seksi.
Aku
tak boleh fokus cerita pasal kambing bila sekaki dua dari aku ada
'gelombang keseksian' tahap badai taufan no 5, atau pun Rozita Che
Wan, atau Hyuna K-Pop. Aku tak tahu jantan lain macam mana, tetapi
aku tahu diri aku sendiri, dan aku sangat tahu aku lemah betul
selemah lemahnya bila sampai bab ini. Dah la iman aku lebih nipis
dari kulit bawang atau lagi lagi lagi nipis dari transistor 25
nanometer dalam cip komputer. Lari habih berterabur pula iman yang
sedia nipis tu bila pompuan seksi depan mata. Langsung takde baki.
Yilek. Mampuih aku...
Mungkin
para pelawat seksi ni ingat aku buat agrotourism. Padahal ladang aku
ni super hardcore. Tunggang langgang, banyak hama kutu dan parasit
parasit yang sekufu dengannya. Kalau terhinggap kutu hama kat peha
atau pangkal dada yang seksi tu, aku tak tahulah nak cerita macam
mana (of course aku dapat bayangkan - kepala otak jantan, memang
panjang bersambung sambung bagaikan cacing pita imaginasi ni).
So
bagi aku hak berpakaian pelawat ladang aku tak boleh kacau. Dan aku
tidak ada dan tidak akan menyatakan kod pakaian. Aku bukan pejabat
kerajaan, tetapi ladang private. Terpulanglah kepada citarasa para
pelawat.
Nampak
gayanya aku kena sembur juga kandang kambing dengan semburan anti
parasit dan anti mikrob, dan EM. Kena kurangkan faktor risiko tergaru
garu kepada para pelawat utamanya yang jenis seksi lagi seksa jiwa
raga aku ni.
Time
to clean up!
Salam!
*Setakat
ini belum ada pelawat pakai kasut tumit tinggi yang runcing hujungnya
tu. Kalau ada yang berani pakai, ...... hey seronok juga bayangkan
apa yang terjadi di atas lantai kandang.. :) :) :).
Ado gak yang nak tgk kambing pakai micro skirt parah btul ...hahahaha
ReplyDelete