"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, November 21, 2013

SEMALAM

Aku sarapan durian sebiji (bukan seulas), roti canai dan nescafe 3 gelas. Pehhhhh...... tak lama lepas tu rasa macam ada puting beliung dalam perut aku. Taufan Haiyan ke Superstorm Sandy nih? Memang bergelodak perut aku. Langsung tak stabil aku semalam. Rasa macam nak demam. 

Dan aku ada dengar cerita, ada orang mati bila makan durian dan minum air coke. Huii dasat juga side effect durian ni ye. So durian ni memang kena hati hati makan bagi orang yang sensitif. Nasib baik semalam aku kena angin ajo. Fuh selamat selamat. Alhamdulillah.

Semalam juga 210 Halimah beranak. Kembar. Ada hubungan sedara dengan 308 Bau. Aku tak ingat macam mana tapi kalau check balik family tree, memang boleh nampak. 

Body condition 210 masa baru beranak kurang memuaskan. Jadi aku kena cepat cepat 'rectify' atau betulkan situasi ini. Kalau tidak, tak cukup susu anak anaknya. Betina 2 ekor. Aku recommend kita buat prepartum deworming. Jadi body condition induk masa beranak lebih memuaskan. Masalahnya aku tak buat. Jangan ikut aku. Cincai sangat ni. 



Semalam juga ada customer beli kambing jantan. Bukan nak sembelih tapi nak buat pet. Dah lama dulu dia booking. Dah berbulan bulan. Baru semalam tertunai hajatnya nak beli kambing tersebut. Namanya Kentam, anak kepada 115 Cinonit. Berat 27kg. Muda lagi. Merah satu badan. Manja. Pasal pekerja aku botol susukan dia tanpa pengetahuan aku. 


Kambing jantan yang lain semuanya lari jauh jauh. Kentam seekor je yang datang dekat dan minta dibelai. So terima kasih diucapkan kepada tuan customer yang beli Kentam ni. 

Semalam juga aku pindahkan seekor kambing jantan ke kandang penggemuk. Tapi ntah macam mana boleh terlepas. Lari menyorok bawah traktor. Fuhh seksa nak 'retrieve' dia ni.


So that was what happen yesterday. Thanks dear readers!


6 comments:

  1. What do you mean by "prepartum deworming" Bro??? Kambing Jamna aku cam tulerr rupanya averytime lepas beranak!! Pakai ubat aper untuk deworming??

    ReplyDelete
    Replies
    1. deworm masa mengandung 3-4 bulan. masa ni masa kritikal. jenis ubat - apa sahaja yang boleh cover tapeworm dan flukes.

      Delete
  2. http://myrigiagrofarm.blogspot.com/2013/11/kambing-nostagia-sekarang-dan-masa-depan.html

    Teruskan usaha Alwi!

    ReplyDelete
  3. Haha.kelakor weh pndai jgak rupanya kmbing mnyorok yer..alwi anak kmbing den kalu branak msa mragut msti risiko tnggi utk pusat busuk,cmna tu nk kna boh iodin ka kt pusat anak kmbg yg branak kt luar?yg branak dlm kndg ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. busuk berulat? jawabnya maggot spray lah.

      pelik juga ye? baby kambing aku lebih sihat mantap bila beranak kat tanah. dan takde pula kes pusat busuk walau tengah musim lalat.

      Delete