"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, November 8, 2013

BILA SYAKIR DATANG

Idea Awal Bentuk Kandang Kambing


Semalam. Bersama isterinya. Pasangan muda. 25 tahun. Dari kedah. baru je kahwin bulan 5 yang sudah. Don Jenal yang rekemen. Thanks mr Don.

Berdasarkan keterangan Syakir, aku merasakan ada potensi besar bagi program pembiakan kambing mereka. Tapi diorang akan start kecik dulu. Testing. Asalnya nak buat kandang kecik, 16' x 16'.

Tapi tu lah, alang alang ada potensi besar, aku cadangkan diorang buat kandang 20' x 20' beserta ruang untuk pembesaran projek. Kalau boleh terus push pada 20' x 40'. Lagi cepat kambing membiak. Tapi 20' x 20' pun dah ok untuk awal awal ni.

Tiang 4" x 4". Jangan guna 4" x 3". Alang tiang (ke rasuk?) guna kayu 2" x 5". Jangan guna 2" x 4" - tak cukup kuat untuk tampung berat kambing. Lepas tu pasang sesiku, dari tiang ke alang (rasuk?). Bagi lebih stabil kandang, kurang goyang. Penting untuk buat struktur cukup kuat dan stabil masa awal awal. Jangan tunggu kemudian.

Untuk lantai kandang guna kayu masak 1" x 2". Biasanya harga 40-50 sen sekaki untuk kayu baru. Tahan sikit kayu masak untuk buat lantai kandang. Tak mudah patah. Kalau kayu 1" x 2" yang murah sikit tu (30-40 sen) tak sesuai untuk lantai. Lebih sesuai untuk dinding.

Petak beranak individu kena ada. Kena buat. Sangat penting untuk naikkan survivabiliti anak kambing. 4' x 4'. Letak sebaris di bahagian tepi kandang. Biar cahaya matahari kena seluruh petak beranak. Cahaya matahari penyahkuman semulajadi yang paling murah dan paling efektif - melebihi penyahkuman kimia. Anak kambing akan lebih sihat segar bugar dan ceria bila dapat bermandi cahaya matahari.

Jarak lantai kandang ada kontroversi sikit. Terpulang kepada citarasa individu. Macam aku buat jarak 1" antara setiap kayu 1" x 2". Besar. Anak kambing kecik kecik boleh jerlus kaki. Tapi boleh tarik balik. Insiden patah kaki ada, tapi minima. Negligible. Advantage - tak yah sapu kandang. Banyak jimat masa.

Kalau buat 0.5", jawabnya kena rajin sapu kandang. Hari hari. Kambing susah tersepit, tapi tahinya banyak melekat kat lantai. Susah nak lepas ke bawah.

Bagi aku sapu kandang ni kerja.... atau aktiviti... yang tidak berapa produktif. Tak berapa signifikan untuk matlamat pembiakan kambing pedaging. Tapi kalau buat agrotourism, atau menteri menteri pengarah pengarah selalu datang melawat - jawabnya kena jaga betul betul lah kebersihan.

Kemudian cerita sikit pasal atap kandang. Bagi kandang yang lebarnya 20' dan ke atas (bukan panjang ye), lebih baik guna atap transparent selang 10'. Bagi cahaya matahari melimpah ke seluruh kandang. Biar lantai kandang cepat kering. Habih mati kuman kuman. Kambing akan jadi ceria. Mood kandang pun ok. Takdelah suram aje.

Hmmm... kalau boleh guna nipple drinker ganti baldi untuk bekalan air minuman kambing. Lebih bersih dan lebih mudah kerja. Tak lalu kejap kejap kena tukar air dalam baldi. Bekalan air mesti senantiasa ada atau adlibitum. Kalau air ada takde, jawabnya kambing tak akan perform. Dehydration. Sikit aje tahap dehidrasi, banyak fungsi metabolisme badan jatuh mendadak. Macam mana kambing nak membiak kalau basic function pun asyik terganggu ye tak?

Oklah dulu buat sementara ni. Nanti sambung baliklah. Ada pelawat nak datang kejap lagi. Terima kasih kepada Muhammad Syakir dan isterinya Nor Hayati Subhi, dan juga Don Jenal, kerana sudi melawat ladang aku yang kelam kabut lagi tunggang langgang ini.


Salam!

2 comments:

  1. wah.. dah sampai dah syakir ke Bidor.. hahaha.. terbaik!, syabas Syakir. Ada usaha. Semoga bermanfaat atas hasil lawatan tu.

    No problem prof. In Sya Allah, akan ada lg yg datang tu.

    Apsal tukar nama pena plak tu. hehehe.

    ReplyDelete
  2. Den ni tak sampai2 lg kek tuan alwi ni...hehehe

    ReplyDelete