"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, June 17, 2013

BILA KHAIRIE BERTANYA..

Soalan khairie dari ketemba agro farm di Kedah:

"napier 2 sy ambik hari2....x jauh dari rumah pon...
hahaha....palung pvc tu hari2 la cuci...lepas tu cepat patah sebelah tepi, kambing saya tu suka garu perut sampai patah hahaha...
prof nak tanyan sikit, klau time hujan lepas x kambing?kalau x lepas bagi rumput ja ke?
haaa.....satu g soalan, boleh x kalau prof tunjukan cara mencucuk dan bahagian cucuk yang betul....kalau bleh tunjuk gambar pon tak pe.."

Khairie ni aku jumpa sekali aje, masa di Pondok Tanjung. Geng Don Jenal. Muda lagi, belum kahwin kot, sama macam Don. Aku tak tahu banyak pasal khairie melainkan apa yang ditulisnya dalam blog ketemba agro farm.

Salah satu perkara yang menarik perhatian aku ialah Khairie ni dah merasa pahitnya kegagalan masa mula mula menternak. Especially masa buat feral trading. Semua kawan penternak aku, semua ye, every single one of them, dah merasa pahitnya trading kambing feral atau kambing asing, tak kisahlah sumbernya dari negara pun.

Ada yang rasa pahit, dan kemudian rasa manis. Ada juga yang dah rasa pahit terus give up tak nak main kambing lagi. Anyway apa yang aku nak sampaikan ialah kepada sesiapa yang berhajat nak trading kambing luar, always prepare for the worst, and accept the fact huge losses will occur. It will. No kidding here.

Akan tetapi khairie ni tak putus asa, masih teruskan usaha ternakannya, dan aku gembira bilamana dia kata dia jatuh cinta kali kedua dengan kambing kambingnya. Jatuh cinta adalah perkara yang sangat manis. Jatuh cinta kali kedua adalah lebih lebih manis sehingga meninggikan kemungkinan mendapat diabetes hehehe.

Kegagalan bermakna kejayaan semakin hampir, dan aku berharap khairie akan berjaya pada masa depan, berkat jatuh cinta kali kedua.

Now kepada soalannya pasal boleh tak lepaskan kambing meragut masa hujan?

Boleh. Boleh sangat.

Pengalaman aku bela kambing kacukan tempatan, takde masalah walau lepas awal pagi, walau dalam keadaan hujan awal awal pagi tu, dan walau makan pucuk ubi segar basah basah ketika itu.

Kambing ni steady aje makan dalam hujan, tak tau sapa kata kambing takut air? Jangan risau, takdak kembung atau sakit sakit bila kita lepaskan kambing meragut time hujan. Lebih lebih sakit pun demam sekejap.

Kalau hujan lebat sangat, dia akan berhenti makan, cari tempat berteduh. Tunggu hujan slow sikit, dia sambung makan. Kita sebenarnya sebagai gembala, yang tahan atau tak tahan. Kambing kita semua akan melihat isyarat dari kita, kalau kita goyang semacam aje masa hujan lebat, dia pun lari berterabur balik kandang. Tapi kalau kita maintain buat dunno, dia pun ikut buat dunno.

Melainkan kalau petir sabung menyabung, guruh berdentam dentum. Kambing terkejut, aku pun takut - balik semua.

Kalau hujan sehari suntuk, dan lebat (bukan intermittent) - aku tak cari rumput bagi kambing. Aku biar aje kambing berlapar. Aku cuma kasi makan kambing yang menyusukan anak je. Tu pun bagi dedak ajo, malas cari rumput hujan hujan ni.

Ye, memang nampak brutal, bila kita biarkan kambing tak makan sehari, tapi kan, dari segi nature - biasa ada tempoh kekurangan makanan. Sekali sekala training diorang berlapar, takde masalah kot, mungkin ada baiknya juga.

Kalau ikut kajian tempatan mengenai tumbesaran anak ayam, bila tak diberi makan masa umurnya empat, lima, dan enam hari - didapati tumbesaran akan datang lebih baik, rawatan antibiotik tak diperlukan dan umurnya lebih panjang. Haaa... memang ada baiknya puasa puasa ni.

Tapi sekali sekala lah. Biasanya dalam setahun, adalah satu hari tu yang akan berlaku hujan lebat sepanjang hari di mana kita tak boleh nak lepas kambing meragut. Cuaca kawasan aku lah, tempat lain tak tahu lah.

Ok masuk bab cucuk mencucuk pula.

Jujurnya aku tak expert langsung bab ni. Elok tanya mat pet mat pet yang jelas lebih superior knowledge nya hasil keberanian diorang buat self experiment. Kalah doktor pakar haiwan.

Anyway aku rekomen guna jarum dan syringe disposable, dan jarum ditukar setiap kali kita nak cucuk kambing, walau pun kambing yang sama. Jangan bagi ubat kita tercemar, dan kambing tercemar hanya kerana nak jimat seposen. Langsung tak berbaloi.

Always change the needle everytime after a jab. Always. Gunakan jarum fresh setiap kali menarik ubat keluar dari botol ubat.

Dan gunakan jarum panjangnya 1 inci untuk kambing. Cukup. Lepas tu kan bab teknik mencucuk ni, ada dua jenis yang utama - subcut dan intramuscular (IM). Tujuan subcut injection nak perlahankan penyerapan ubat, manakala IM untuk mempercepatkan penyerapan.

Antibiotik biasanya IM manakala dewormer jenis injection akan buat subcut. Subcut kita akan cubit kulit kambing tu, kemudian kita cucuk pada pangkal cubitan, jarum masuk sikit je.

IM pula takdak cubit cubit, terus cucuk dalam otot, benamkan tiga suku jarum (biasanya aku benamkan semua bila handle kambing dewasa), dan buat perpendicular. Straight je 90 degrees, bukan serong serong bila nak masukkan jarum.

Bagi aku IM jauh lebih mudah dari subcut, especially bila kita kena buat sorang sorang. Subcut ni leceh, kena pula bila kambing tu dah besar kuat. Aduh laa payah betul. Kadang kadang kalau dah susah sangat, aku sebat aje buat IM walau pun ubat tu patut subcut. Berkesan juga.

Now another important thing. Aku selalu sangat, memang selalu sangat dengar penternak komplen, bilamana pejabat haiwan datang cucuk kambing, besoknya kambing mati.

Bila aku tanya kat mana pejabat haiwan cucuk - semuanya akan jawab pada kaki belakang. Tuan puan, bagi kambing aku rekemen upacara cucuk mencucuk ni hanya pada kaki depan. Jangan cucuk pada peha belakang. Bebiri takpe kita nak cucuk peha belakang. Kambing ni lain sikit, dia sensitif pada peha belakang.

Kambing boleh mati mengejut walau pun sihat walafiat selepas kita cucuk kaki belakangnya. Sistem limfanya ada beza sikit ngan bebiri, di mana kalau kita tercucuk je nodus tu, kambing terus kiok, padahal sebelum tu elok aje cergas melompat sana sini.

So aku langsung tak rekemen cucuk peha belakang untuk kambing. Lantaklah pejabat haiwan atau vet nak kata apa pun. Kalau diorang nak cucuk juga peha belakang, jangan bagi. Buat sendiri. Cucuk kaki depan je, yang banyak otot tu. Takdak masalah kambing kita kemudian hari.

Aku harap penjelasan aku ni dapat memuaskan hati khairie ketemba agro farm. Sori aaa takde gambar. Aku slow sikit bab bab gambar ni. (Anybody can teach me how to post pictures into facebook? I don't get it, I don't know why - perhaps I need the IQ level of Einstein before I finally discover how to post pictures into the arcane world of facebook, darn...)


Ok, jumpa lagi. Salam!

1 comment:

  1. bebiri bleh di cucuk kat kaki belakang tapi kat otot bahagian atas pun tak bleh..banyak saluran darah..bawah sangat pun tak bleh, kena tulang..

    ReplyDelete