"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, July 24, 2013

MULA DENGAN 10 INDUK

Sms mr rasyid dari perak;

"Salam en alwi. Maaf ganggu, saya nak tanya sikit je. Ada orang tanya saya dia nak buat projek kambing biak. Betina 10 ekor, jantan seekor. Dia tanya agak agak secara kasar berapa kos yang kena spend untuk seekor kambing termasuk makan, ubat, dan lain lain lagi untuk sebulan. Agak agak secara kasar berapa yea encik alwi?"
_______________________________________

Aku andaikan dia nak biakkan kambing pedaging, menggunakan baka kambing kacukan tempatan.

Pertama sekali, cari baka kambing dari ladang pembiak sama ada sistem semi intensif, atau intensif. Kita nak high performance straight away. Jadi bila beli kambing dah educated, yang dah masuk master servant relatioship, yang dah tahu siapa master siapa servant - potensi pengeluaran tinggi.

Harga betina biasanya $500 ke $600 per ekor. Harga pejantan biasanya $700 ke $900 per ekor. Jadi kos belian kambing 11 ekor dalam $7000.

Bila buat kandang kena fikir ruang untuk anak kambing yang bakal dilahirkan dan membesar. Biasanya nisbah ibu anak mana mana ladang pembiak yang aku pergi ialah 1:1 dalam satu satu masa. Maknanya kalau 11 ekor yang kita beli, buat kandang muat untuk 22 ekor.

1 ekor kambing ruang selesa, dan untuk mengelakkan situasi overcrowding yang mengundang pelbagai penyakit, biasanya 14 - 16 kaki persegi per ekor. Ambil 16. Jadi 16x22=352 kaki persegi.

Kos kandang pastikan jangan lebih $18 sekaki persegi. So kos maksimum kandang 352x18=$6336.(Aku punya kos $13 sekaki persegi, dan aku pasti kita boleh dapat kos kandang jauh lebih rendah untuk kambing cuma 10 ekor induk).

Ubat pula. Biasanya dewormer dan antibiotik, jarum dan syringe. Kurang $200. Tahan 2 tahun untuk operasi biak 10 induk.

Dedak? Tak payah lah. Foraj dah cukup. Cut and carry pun boleh pakai motor aje. Biasanya 1 trip motor boleh cover 10 ekor kambing punya makan, kalau makan tanggunglah. Kalau lepas gembala lagilah jimat. Foraj satu trip motor boleh peruntukkan untung kambing beranak, kasi extra susunya.

Sebaik baiknya dedaun liar tepi jalan. Tok sah berebut rebut dengan penternak lain bila nampak napier, atau rumput walau pun nampak sangat cantik, hijau, segar, gebu dan menggiurkan. Ada banyak dedaun liar yang orang tak pandang tapi mighty fabulous untuk kambing.

Penting ye! Dedaun akan pastikan kejayaan pembiakan kambing kita. Jangan bergantung pada rumput, dan memang tak perlu susah susah tanam rumput.

Ramai pembiak baru tak cukup bagi makan kambing mereka. So beware. Takat 10 ekor induk, kalau kambing kurus tak cukup makan - aku tak tahulah nak cerita macam mana.

Ok. Kos awal tadi berapa ye? Emmm $7000 + $6336 + $200 + $300(miscellaneous)= $13836.

$14000. Jadikan $15000.

Pendapatan biasanya bermula tahun kedua (tapi aku dah ada revenue tahun pertama). Kita jadi pesimistik sikit, jangan optimis sangat. So kidding rate awal awal ni rendah sikit dalam 1.5 ke 1.6. Mortaliti tinggi sikit bubuh aje 30% mati atau 0.3. Nak rendahkan mortaliti, aku syorkan semua kambing di deworm setiap 4 bulan. Sok dah mahir nanti takpe boleh buat selective deworming.

Maknanya anak kambing boleh jual dapatlah 1.2 atau 1.3 awal awal ni. Maksudnya 10 induk dapatlah 12 atau 13 anak boleh jual tahun tersebut. Purata harga $500 per ekor. Darab 12=$6000.

Tapi tahun seterusnya kalau tuan puan betul betul baca blog aku dan aplikasi ilmunya, sekurang kurangnya anak boleh jual per tahun ada dalam 20 ekor daripada 10 induk. At least.

At least.

So minimum revenue per tahun seterusnya ialah 20x$500=$10,000.

There you go, operasi pembiakan 10 induk.

Oh by the way, kita sedekah seekor dua kambing betina kat masjid - insya allah kita punya breeding rate accelerate, dan sangat memudahkan jualan kita. Aku kata kambing betina pasal kita nak educate customer yang sebenarnya kambing betina boleh juga dibuat pedaging atau aqiqah.

Dan aku juga menggalakkan sedekah kepada surau dan masjid setiap tahun, atau mana mana rumah anak yatim, tahfiz, oku dsb, pasalnya operasi pembiakan 10 induk ni memang belum sampai tahap bayar zakat lagi, tapi lebih elok sedekah demi keberkatan bisnes kita nanti.

So itu saje buat masa ni, harap tuan rasyid dapat baca penjelasan aku ini, dan berpuas hati.

Salam!




4 comments:

  1. Tq for the 3 new post prof. Topik ni dah suitable sangat lah org nak refer (cost) to decide nak start breeding pedaging.


    ReplyDelete
  2. Tak boring baca post Ni. Terima kasih alwi

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tuan atas pencerahan.
    Saya mohon sedut elmu tuan

    ReplyDelete