Post
aku sebelum ini "Adakah aku merepek?" sebenarnya belum
habis lagi. Dan bila El Cambras Hambriento beri komen, aku dapati aku
kena luaskan lagi apa yang aku belum cerita.
Sebenarnya
aku dah taip panjang isi untuk post kali ini, tapi bila aku pergi
solat jemaah kat surau, dan balik dari situ, aku tengok anak pompuan
aku sibuk main tekan tekan laptop - habih hilang semua apa yang aku
tulis. Aiiii hilang semangat aku nak update blog.
Jadi
ini versi lain. Jauh berbeza dengan yang original.
Ada
tiga situasi yang menggalakkan pertumbuhan pantas populasi
organisma. Pertamanya bila dia fikir ada banyak ruang lagi untuk
membiak. Breeding always require space, or the illusion of space.
Keduanya
bila dia fikir sumber makanan lebih dari cukup. Malangnya bila sampai
bab sumber makanan ni, kita tak boleh buat ilusi macam ruang. Nak tak
nak makanan memang kena cukup, dan lebih dari cukup.
Ketiga
bila wujud ancaman kepupusan. Masa ni survival instinct kick in,
keperluan tenaga untuk pembiakan jadi super efficient. Tapi aku tak
akan sentuh faktor ketiga ni. Cuma situasi pertama dan kedua.
Bila
kita berjaya mewujudkan dua situasi di atas, ternakan kita akan
pantas berkembang biak. Growth. Explosive growth.
Dan
darjah kepantasan pembiakan ni semakin tinggi untuk organisma kecil
berbanding organisma besar, di mana organisma besar ni semakin kuat
daya menentang tumbesarannya, maka semakin banyak sumber diperlukan
untuk melawan daya menentang itu. Hmmph.. senang cerita feed
conversion ratio (FCR) untuk haiwan besar makin tinggi (makin tak
cekap) berbanding FCR untuk haiwan kecil.
Makna
yang tersirat ialah bagi lembu, kena pula yang saiz besar besar,
lebih banyak tenaga diperlukan untuk pencernaan, jadi kapasiti fungsi
pembiakan kena dikorbankan - jadi perlahan. Breeding vitality tak
tinggi, tak cukup robust.
Manakala
bagi kambing, sebab saiznya kecil banding lembu, kena pula kambing
yang saiz sederhana sedang sedang (40kg ke bawah) - tak setinggi mana
tenaga diperlukan untuk pencernaan - jadi lebih banyak tenaga boleh
allocate untuk fungsi pembiakan. Haa kambing punya breeding vitality
adalah lebih tinggi dan lebih robust banding ngan lembu.
Justeru
bila breeding vitality tinggi, kidding interval pendek pendek tidak
mendatangkan masalah kepada breeding capacity. Yep, inilah apa yang
aku cuba terangkan kepada ECH.
Lagi
satu, dalam eksperimen aku tu, aku bukannya menambahkan bilangan anak
kambing setiap kali beranak. Aku cuma memendekkan kidding interval.
Bila beranak, majoritinya tetap dua anak. Kadang kadang je terlebih,
bila ibu tu saiz besar.
Aaaa...
bila beranak dua senang nak maintain energy input > energy output.
Baik pada kambing atau baik pada kita. Pasal kita delegate
tanggungjawab besarkan anak kepada ibu kambing. Kita cuma pastikan
makanan ibunya cukup.
Bila
beranak lebih dua ekor ni yang susah sikit, sebab jelas terang lagi
bersuluh, nak tak nak kita kena expend input lebih besar. Susu botol,
masa kita, tenaga kita - pendek kata bila lebih aje dua, kita makin
kelam kabut. Kita dah ambil alih tanggungjawab besarkan anak kambing.
So
sebenarnya aku fikir eksperimen aku memendekkan kidding interval
tidak akan mempengaruhi future breeding capacity secara negatif.
Kambing punya breeding vitality tinggi, dan aku cuma target dua anak
setiap kelahiran.
In
fact, apa yang aku buat, sebenarnya positively affect future breeding
capacity.
Yeah,
I add more spring, or dynamism into my goat breeding potential.
TAPI,
Ada
satu benda yang buat aku risau.
Bila
guna supplementation, dan maksud aku ialah dedak atau konsentrat, dan
bila semakin tinggi kuantiti suplemen digunakan - aku akan hilang
independence. Aku akan hilang kebebasan, I will lost my freedom.
Aku
kena bergantung kepada pengeluar dan pembekal dedak. Kalau terputus
bekalan, atau harga melambung pecah bumbung, boleh jadi kacau bilau
operasi pembiakan aku apalagi kalau aku dah masuk full gear.
Aiseyman.. mana boleh macam ni.
Salah
satu tujuan rasul rasul semuanya jadi pembiak dan pengembala kambing
ialah untuk menjaga kebebasan diri mereka. Mereka tidak mahu
bergantung kepada mana mana manusia. Mereka hanya bergantung kepada
anugerah alam semulajadi dari Tuhan - padang rumput, matahari, dan
air.
Apa
yang aku buat ialah menambahkan risiko ke dalam bisnes aku. Well,
bila risiko bertambah, untung pun bertambah lah. Tapi tu lah, aku
mungkin hilang kebebasan sepenuhnya.
Its
a trade off. I have to wisely balance it.
Hmmm...
lama tak mengomenkan diri. saya setuju, kita pengembala kambing perlu berusaha untuk hidup bebas daripada bergantung kepada orang lain. kita perlu berusaha untuk cari jalan mana yang lebih banyak memberi ruang kebebasan kita. apabila kita terlalu bergantung kepada orang, kita akan menjadi manja, berlemak dan jati diri semakin berkurang.
ReplyDelete