"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, June 14, 2013

SUESEPHIA on "SUESEPHIA on BILA AKU KOMPLEN NGAN SOON SOON"

Komen baru dari puan suesephia :

"Tq prof..dari semalam bc blog prof ni sampai ke lepas subuh sambung balik. Seronok..tgk2 dpt jawapan mcm ni dari prof. 

Nnti saya hubungi contact yg prof beri tu..sebab nampaknya kembar dia pun macam tkena masalah yg sama. Baik saya cepat sebelum hilang sekor lagi yg memang saya plan utk baka.

Means kena cari soybean hull jugak lah ya yg tbaik untuk jantan. Dedak yg prof bagi tu jenama apa ya? Mntak maaf btanya banyak..saya budak baru belajar ;)"

Hmmm...

I would not recommend 100% soybeanhull as feed. Ye, aku tak galakkan guna 100% soybean hull walaupun dari segi nisbah Ca : P takde masalah. Pasalnya ada satu sifat soybean hull yang menjadi batu penghalang kepada penggunaan meluas di kalangan penternak negara maju.

Bagi penternak yang tidak tahu, dia akan kata soybean hull takde masalah, tengok kambing bukan main bulat perutnya. Kembang semacam badan macam dipam pam, bulu berkilat, berat pun cepat naik. Kambing tak kasi makan rumput pun takpe. Elok sihat aje.

Aaa.. banyak penternak yang guna soybean hull kata macam ini. Especially penternak baru.

Well, soybean hull ni secara asasnya lebih kurang sama dengan palm kernel cake (pkc). Maknanya kandungan fiber tinggi, berbeza dengan makanan rumusan bijirin. Dalam proses penggemukan (jangka pendek ye), menggunakan soybean hull atau pkc 100% tanpa foraj adalah possible. Tetapi 100% soybean hull adalah nutritionally superior kepada 100% pkc. Maknanya kambing lebih cantik lah atas diet soybeanhull banding ngan pkc.

Tetapi ada satu masalah besar soybean hull - ianya tidak efisien.

Bagi sapa sapa yang perasan, ruminan yang banyak makan soybean hull tahinya lembik lembik ada 'white flakes'. Maknanya tuan puan, sebahagian soybean hull ini tidak sempat dihadamkan. Kita penat penat kasi makan, hanya untuk melihat ianya jadi tahi.

Aku tak pasti macam mana soybean hull diproses dalam perut ruminan, tapi bagi kambing dan lembu atau mana mana haiwan berperut empat, memang laju macam Ferrari F12 Berlinetta pergerakan soybean hull dalam perut diorang ni. Tak sempat hadam, dah terkeluar. Pehh.. membazir sungguh!

Feed conversion ratio sebenarnya makin tak cekap bila kita guna soybean hull 100%. Kambing dan lembu yang makan soybeanhull, dry matter intakenya bertambah sehingga 1% berat badan - it is a lot of wastage!!! - tapi performance rate of gain sama dengan grain based feed.

Aaa pasal tu soon soon si feedmaker ni perkenalkan dedak lain untuk kambing dan lembu. Dia dah tahu kenyataan ini. No 5180 tu derivatif yang lebih baiklah. Sepatutnya. Anyway 5180 tu ada campuran jagung (bijirin) ke dalam soybean hull. Tujuannya untuk melambatkan pergerakan soybean hull dalam perut. Barulah dapat penghadaman sempurna. Takdelah membazir.

Grain juga ye tuan puan. Memang grain is still the king dalam bab menggemukkan ni. Dan kalau kita guna refined carbs - yang bentuk halus halus macam tepung - lagi cepat naik berat kambing kita tetapi risiko acidosis pun meningkatlah.

So itulah pandangan aku mengenai soybean hull. Terima kasih kepada puan suesephia kerana bertanyakan soalan ini. TQ again.


Salam!

2 comments:

  1. Salam prof,
    Den nk bg soyhull ni kt ank2 bwh 6 bulan je. Tp ratio 20% soy,80% fresh forage. Den ada bca tentang grain xelok bg kt ank kmbing.bg soya lg baik dr gndum. Bg bijirin lbh 50% dr diet harian bleh sbbkn acidosis.am I right?

    ReplyDelete
  2. feed formula biasanya tak lebih 30% bagi bahan bahan utama, tak kisahlah soybean meal ke, atau soybean hull, atau jagung, atau gandum, atau pkc, atau pke, atau opf, atau whatever bahan utama.

    biasanya juga 3 jenis bahan utama disekalikan, untuk merendahkan kos.

    creepfeeding is proven techniques in boosting growth and lowering mortality for kids, n usually creepfeeding use grains as part of the concentrate. so grains can be given to kids, no need to worry.

    n yeah, grain level exceeding 50% of daily feed is always risky.

    ReplyDelete