Geng tegar surau alhuda langkap sedang lapah kambing |
Salah
satu objektif 2013 adalah memperuntukkan 12 ekor kambing bagi mana
mana pihak yang memerlukan. Maksud aku sedekah lah, termasuk zakat.
Biasanya madrasah anak yatim, rumah orang kurang upaya, masjid atau
orang susah.
Alhamdulillah
walaupun ladang aku diuji dengan beberapa peristiwa berturutan, Allah
masih memberi ruang dan kemampuan untuk aku meneruskan niat aku. All
praise to the Lord of the Worlds, Who provides endless susteinance
and bounty to all His creatures.
Dan
aku ada satu persoalan di sini. Seboleh bolehnya bila aku bersedekah,
aku nak jadikan semuanya sebagai zakat. Argument aku ialah zakat
sudah pasti jadi sedekah, tapi sedekah bukan zakat. So to be on the
safe side, demi memastikan aku memenuhi kewajipan berzakat, semua
sedekah kambing ni aku niat sebagai zakat. Boleh ke? Kalau kita bagi
kat masjid atau surau, untuk jamuan penduduk selepas ceramah, adakah
itu boleh dikira zakat?
Mohon
pencerahan daripada sesiapa yang lebih arif.
By
the way, aku ada bagi kambing dua ekor semalam kepada surau alhuda di
langkap. So ada empat ekor kuota lagi untuk dipenuhi bagi tahun ini.
Biasanya
aku jual hidup hidup, aku kurang sikit bab bab processing ni. Seboleh
bolehnya aku nak elakkan sembelih dan lapah di ladang aku, kena pulak
kalau aku yang disuruh buat. Aii tak maulah, tak pandai satu, tak
lalu pun ye. Rasa sakit senak meragam saje perut ni tiap tiap kali
aku kena naik saksi kambing aku disembelih. Pekerja aku pun sama,
rasa nak demam tak boleh nak tidur satu malam.
Tapi
semalam ada banyak geng surau yang datang, jadi meriah suasana.
Kambing yang aku bagi tu, disembelih dan dilapah berhampiran ladang
aku. Seberang jalan, jadi kambing kambing lain tak nampak. Haa ok lah
sikit.
Orang
surau nampak aku macam berani bab bab sembelih dan melapah kambing
ni. Padahal aku pejam mata bila kambing tu kena sembelih, lepas tu
buat buat alasan gali lubang nak tanam sisa kambing, nak mengelak
dari melapah punya pasal. Peh gali lubang cetek pun berjam jam.
Kambing dah habih dilapah, aku tak siap siap gali lubang hahahaha.
Anyway
aku menyaksikan satu benda pelik yang belum pernah aku saksikan
sepanjang 8 tahun aku membela kambing ni.
Biasanya
kita dengar macam macam petua nak mengelak daging kambing berbau
hamis. Macam macam berderet deret petua. Tak boleh angkat ketiak masa
sembelih, jangan bagi bulu melekat kat daging masa melapah, guna daun
itu daun ini masa masak kambing, dan bermacam macam lagi.
Kali
ini memang pelik betul, pasalnya bila dah siap melapah, karkas
kambing ni dilayur dengan api. Ye, pelepah sawit yang kering tu
dibakar dan apinya disuakan pada karkas. Bagi bulu bulu yang terlekat
pada karkas habih terbakar. Jadi takde bau lah, pada pandangan geng
surau ni.
Now
aku takde masalah bab bab petua ni, tapi apa yang aku tahu, faktor
penentu paling besar bagi kelembutan, kesedapan, dan ketidakbauan
bagi daging kambing ialah kita pilih kambing di bawah umur setahun
(kambing muda), dan grain fed (kita bagi bijirin sebagai makanan
kambing ketika penggemukan).
Kambing
bawah setahun, dan bijirin masa finishing.
Semua
petua petua adalah kaedah sampingan yang lebih kepada 'masking
techniques'. Baik petua orang dulu mahupun petua moden termasuklah
'enhancement techniques' macam karkas disejukkan selama dua minggu
atau dua bulan sekali pun.
Basicnya,
yang paling asas, tetap umur dan pemakanan kambing.
And
yeah, banyak kita kena educate consumer kita. Oh oh this will takes
lots of time and resources. Kita kena banyak sabar. Negara kita dari
segi bab pengetahuan pasal daging memang banyak ketinggalan
berbanding negara negara maju yang semuanya kuat makan daging merah.
Hey,
perasan tak benda tu? Semua negara maju kuat makan daging merah? Aaaa
ni kita kena investigate, kalau kita betul betul ikut sunnah, betul
betul kuat makan kambing, nescaya lebih cepat maju negara kita ni. Ye
lah kenapa kita tak perasan?
Anyway,
aku nak sertakan sedikit gambar masa proses sembelih dan lapah
kambing ni. Selesai proses ni, daging kambing dimasak kurma. Sedap
sedap daging muda...
BURN BABY BURN!
Bulu yang melekat memang habis terbakar, tetapi... |
kalau zakat kena ikut syarat sah zakat. umur kambing dan golongan yang layak terima.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteZakat diberi pd yg hak,kmbing pun kne ckup umur. Lbh sesuai kita niat sedekah@hadiah.
Pasal daging berbau tu,sy rasa ia dpengaruhi dr cara pnyembelihan n siapa yg menyembelih
nak tanye kandang prof alwi x buat sembelih n lapah. jadi kalu customer nak bli untuk akikah dorang sentiasa amik hidup ke?
ReplyDeleteAssalamu'alaikum. TUan kena pastikan yang dapat tu ASNAF. Ada guideline dia, kalau yang dapat bukan asnaf tak kira zakat la tu.
ReplyDelete"Proper carcass handling does not involve using water, no meat washing."
ReplyDeleteExactly. Another alternative way nak buang bulu kat daging ni ialah dengan menggunakan.........kain lembab aje (tak lembab sgt pun) Tepuk saje pada daging yang ada bulu melekat.
However seorang yang pro lapah, kurang bulu melekat kat daging.
Geng surau ni cantik lapah dia. U can see at the flank (bahagian kulit daging kat perut) is still intact and no wastage on meat.
Tahniah diatas usaha bersedekah prof dan diharap menjadi contoh kepada yg lain.