Semalam,
Prof Ramli tepon aku. Dia bagitau ladang kambing dia di Batang Kali
(nama ladang - Rumpun Asia) sedang buat clearance sale. Boleh juga
rujuk blog cinta penternak kambing pada link sebelah. Yang maintain
blog ni bukan prof ramli, tapi student dia.
La
ni dia ada 500 ekor. Baka campur campur, termasuklah jermasia sikit
sikit. Nak jual dalam 100 ekor lebih, targetnya nak maintain herd
number pada 300 kepala.
Sama
macam aku jugak lah, maintain 300. Macam kelam kabut aje bila lebih
300 ekor ni. Aku punya reason, aku tak cukup kapasiti infra, petak
beranak tak cukup cukup. Prof ramli punya reason - rumput tak cukup.
Sebab tu nak buat stock clearance.
Cerita
pasal stock clearance ni tuan puan, sebenarnya ia adalah satu
necessity, keperluan, mungkin capai tahap kewajipan dalam usaha kita
membiakkan kambing. Kambing ni pantas pembiakannya, so bila kita rasa
bilangan kambing dah cecah suatu nombor tertentu, dan kita rasa kelam
kabut, dan kapasiti kandang atau makanan macam tak cukup - jangan
tunggu tunggu, cepat cepat jual.
Memang
kena jadi judge dredd.
Kalau
kita dok lengah lengah takut nanti datang catastrophe. Tiba tiba je
berderet kambing mati. Berdasarkan pengalaman aku, ye memang jadi.
Makanan untuk kambing cukup, tapi kandang plak overcrowding. Kandang
baru tengah buat tapi lambat siap, ingat boleh la tunggu sekejap.
Hmmph... banyak kematian especially anak anak.
Recommendation
aku, selalu buat clearance. Annually. Bagi kandang nampak macam
kosong banyak ruang dalam tempoh tertentu setiap tahun. Kambing ni
bila tengok sebelah kiri kanan dia banyak ruang, mulalah nak beranak
sahaja. Macam kita juga, baru berumahtangga, balik rumah nampak
kosong je. Mulalah sibuk bikin anak.
Kandang
overcrowding, kambing susah nak perform. Kidding rate akan jatuh
sebab dia stress. Rasa macam duduk dekat hong kong, atau singapura.
Takde selera nak beranak. Tapi kalau ada ruang, dia rasa macam duduk
kat kampung rumah sebijik sebijik sawah keliling. Beranak pinak
sahaja. Fuhhh memang besar besar famili nya.
Memang
elok sangat lah buat clearance sale ni.
So
kepada sapa sapa yang berminat, contact lah no tepon dalam blog cinta
penternak kambing. Jangan tepon aku tanya pasal kambing dia, pasal
aku pun tak sampai ladang dia lagi. Tapi aku selalu lah jumpa prof
ramli ni, sebab dia ajk persatuan pembiak kambing malaysia. Cuma
ladang aje tak sampai sampai lagi.
Ok.
Adios!
*Aku
ni sibuk bagitahu orang lain ada kambing nak dijual, tapi aku sendiri
tak promosi kambing aku kihkihkih...
jual harga murah, confirm esok habis. Jgn malu-2 pulak nak turun harga.
ReplyDeleteNi juga masa utk beramal.
Nikmat yg Allah bagi ni satu ujian, ujian utk kita sama ada guna utk kebenaran atau sebaliknya
(An Zummar-ayat 39 sila rujuk).
Salam.
Assalam.. tuan ada jual kambing jermasia tak? nak buat induk..
ReplyDelete