"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, June 16, 2013

BILA RAZLAN BERTANYA...

Setiap hari aku akan dapat panggilan atau sms bertanyakan hal hal kambing. Dari seluruh Malaysia. From Perlis to Johor, and Sabah and Sarawak. Kadang kadang aku tak terjawab, tak mampu nak handle semua panggilan dan sms tersebut. Ada antaranya di luar bidang pengetahuan aku, ada yang di luar kemampuan aku.

Tapi yang ini boleh la kot. Kot lah. Nampak simple, berani lah aku jawab. Kalau tak jalan tanya vet lah, lagi baik. Bab bab disease identification and control ni, orang vet lah yang expert.

Sms dari razlan di sabah. Semalam.

"Askum prof...maaf mengganggu... saya ada anak kambing yang tiba2 ada banyak luka... xtau kurapkah atau kudis... prof ada pengalamankah perkara ini?"

Baik. Sebelum aku jawab, aku kena bagitau. Pengalaman bela kambing yang kita lalui masing masing berbeza. I frequently feel stumped by other breeder's experience. Theirs can be much more bizzarre and much stranger than what I have gone through.

Ok. Bagi kes di atas, aku rasa penyebabnya ialah hama. Yang halus halus, selalu berkeliaran celah celah bulu. Atau pun mange. Yang ni lagi brutal.

Mungkinlah. Walau pun kandang baru, tapi kalau kayu secondhand yang digunakan berasal dari kandang ayam, kemungkinan ada banyak hama. Atau pun kita ada bela banyak ayam berhampiran kandang kambing, senang berlaku letusan hama. Atau pun dalam kes aku, tikar plastik hijau yang aku gunakan untuk lapik kambing yang baru beranak - hama datang bila lama tak sapu atau tukar.

Hama dan mange boleh sebabkan kegatalan extreme dan luka luka, pertumbuhan terbantut, dan bagi kes tanpa rawatan, kematian.

Aku nak point out juga pengalaman aku di mana bila wujud situasi overcrowding dalam kandang, hama mudah sangat datang dan merebak. Jenuh oo bila ada letusan hama ni. Kalau sekor dua takpe, tapi bila dah sesak sangat kandang, semua kambing mudah kena. Pehh..

Ada kawan aku sampai ke tahap mandikan semua kambingnya 400 ekor. Dia guna bekas tong ikan yang warna oren (banyak kat pasar tu), lepas tu penuhkan dengan air + malathion (ada lagi tambah ubat apa ntah, aku tak ingat dah). Haa amik kambing sekor sekor, campak masuk ke dalam tong tu. Termasuklah pejantan pejantan 90kg 100kg. Empat orang handle acara mandi ni. Semua demam lepas tu.

Datang balik hama kat kambingnya, sebab dia tak hapuskan puncanya. Haa kalau kandang gelap dan lembap, susah cahaya matahari untuk sampai dan keringkan - that is the biggest source of external parasites. Lagi satu memang kandangnya overcrowding. So penat sangat lah bila jadi letusan hama ni. Penat penat.

Aku takdelah sampai tahap macam tu. Pasal kandang aku guna atap transparent, jadi cahaya matahari boleh sampai semua kawasan dalam kandang. Melainkan 2-3 petak beranak pasal ada tangki air di atas yang menghalang sampainya cahaya matahari. Dan petak petak beranak yang gelap suram lembap ni memang tak berapa cantik kambing yang menghuninya. Ada lah hama hama kat diorang ni kot.

Anyway untuk merawat ni samada boleh mandikan kambing guna campuran racun anti serangga, atau pun cara yang biasa aku gunakan - guna cydectin pour on atau ivermection/ biomectin/ kelamectin/ dectomax injection.

Yeah aku prefer guna group avermectin (macrocyclic lactone) bukan sebagai dewormer tetapi sebagai anti parasit luar. Sekali sekala je aku guna, bila ada hama, ada nampak kambing gatal gatal bising tak berhenti mengembek. Ye aku tahu group avermetin boleh sahaja diguna sebagai dewormer, tapi aku reserve untuk masa depan. Sok mana tahu dewormer yang aku guna sekarang dah tak jalan, aku tukarlah kepada group avermectin.

Hmm.. ada pun rawatan hendaklah diberi kepada mak kambing juga. Jangan bagi kat anak je. Kalau bagi kat anak je, tak lama lepas tu datang balik hamanya atau mange. So make sure bagi dua dua mak dan anak.

Well aku harap ini boleh bantu mr razlan. Kalau tak jalan juga cadangan aku ni, aku minta maaf. Tanyalah veterinarian untuk pendapat lebih bernas.


Salam! 

6 comments:

  1. hama.. emm, rasanya ada simptom kat anak kambing baru aku tu..

    Good info!!!!
    i like!!!

    ReplyDelete
  2. Assalam prof. Terima kasih. Saya akan post detail sket mengenai mange & ivermectin. Dalam hari ni atau esok. Sangat penting sbb sy dah kena.

    ReplyDelete
  3. Assalam prof. Terima kasih. Saya akan post detail sket mengenai mange & ivermectin. Dalam hari ni atau esok. Sangat penting sbb sy dah kena.

    ReplyDelete
  4. Kapten Don. Bagus tuh, Kandang saya pun ade a few dah start kena jangkit.

    ReplyDelete
  5. Kandang pun kne sembur ubat kutu n hama ni.cukup 21hari kne sembur lg skali.

    ReplyDelete
  6. Askm....kalau tak larat nak mandikan satu2, boleh cuba buat campuran malation dlm tong pump racun,kurung semua kambing dlm petak terhad dan spray semua sampai lencun...lepas tu spray pulak kandang....
    Kalau sikit kutu2 cuba spray co-go(CNI) @spray lipas baygon d belakag kmbg...sikit2 je...biasanya kutu belah bila kambing tu bergesel sesama dia walaupun spray sikit2.....inshallahhhhhh....boleh cuba.

    ReplyDelete