Aku
belum kenal Arc. Seems like a new guy in the industry, and I would
like to address his question. Semalam. Soalannya pada post Burn Baby
Burn! :
"nak
tanye kandang prof alwi x buat sembelih n lapah. jadi kalu customer
nak bli untuk akikah dorang sentiasa amik hidup ke?
"
Ye.
Customer aku semuanya ambik hidup. Aku jual untuk upacara. Tak
kisahlah Islam, Hindu, Kristian, atau Buddha. Aku tidak target daging
yang telah diproses samada untuk kedai daging, pasar daging, pasar
tani, pasar malam dan yang sewaktu dengannya.
Aku
betul betul pure livestock breeder and seller. Absolute focus.
Seingat
aku, ada sekali je aku sendiri sembelih dan lapah, bilamana kawan
baik aku dari bangi datang beli kambing. Ye sekali tu je aku tawarkan
perkhidmatan tambahan selepas bertahun tahun bela kambing.
Ada
juga potential customer datang mintak aku masakkan sekali. Tapi ini
sikit sangat. Setakat tahun ni, ada dua orang yang minta macam itu,
dan aku terpaksa tolak. Ye aku hilang customer tapi negligible dan
aku direct kepada kawan dan kenalan.
Boleh
ke survive dengan fokus jual hidup sahaja? Betul boleh ke? Banyak
tengok penternak kena buat macam macam side income, jual macam macam,
ada yang buat trading, ada yang depend on susu punya income?
Well,
I still live, surviving and prospering. Still no trading, dan tak
mengharap income susu mahu pun tahi kambing.
Realitinya
ialah apabila kita bela kambing, always target pasaran hidup. Its
lucrative, it's much easier on us, and demand is always there. Aku
tak pasti kenapa ramai rakan penternak yang dah mencapai taraf semi
komersial masih bergelut dengan pasaran yang tidak sepatutnya, yang
tidak padan(matching) dengan tujuan asal bela kambing.
Oh
ye aku tahu - terrible breeders had to find additional revenue
streams (not enough kids to sell), but efficient or expert breeders
always stay inside livestock market (since they have enough kids to
sell).
Ini
penting - hampir semua rakan pembiak full time yang aku kenal,
yang sudah mencapai taraf semi komersial, dan komersial, dan masih
hidup sehingga kini (lebih empat tahun operasi), - hampir semuanya
livestock seller. Downstream services? Kadang kadang.
Bagi
yang tiada kapasiti pengembangan, contohnya lokasi bandar, memang
lebih baik fokus pada katering atau whatever derivative services. Dan
bagi yang lokasi ladang pada rural areas, obviously lebih baik fokus
kepada pembiakan. Kita kena padankan resources yang kita ada dengan
market kita.
Yelah
barbeku barbeku ni dah tentu high demand kawasan bandar, tapi bandar
mana ada kawasan nak biakkan kambing. Bising jiran jiran. Ada juga
penternak yang berani tetapi banyaklah cabarannya. Kena betul betul
lasaklah mental fizikal, pendinding sana sini. Lebih baik serahkan
usaha biakkan kambing kepada mereka yang di luar bandar, beli aje
kambing dari diorang.
ok,
apa lagi nak cerita. Mmm...
Bagi
pembiak kambing pedaging yang berhasrat nak buat full time, kena
target at least 50 induk atau breeders, to be on the safe side. Kalau
bukan full time, tak pe lah tak sampai 50 induk pun. Dengan 50 induk
kambing baka kacukan tempatan (baka lain, lain benar ceritanya ye)
dan buat sistem semi intensif, income bersih kita at least $2500
sebulan (dah tolak lah opex). At least. Tapi tak guna pekerja
ye.
$2500
sebulan tu sasaran kementerian pertanian untuk usahawan tani/ternak.
Aaa rasa rasa sumber yang kita ada tu cukup tak untuk 50 ekor
breeder? Kena fikir dalam dalam sikit ni. Kos kandang dan carrying
capacity of the land?
Kalau
tuan puan di kawasan luar bandar, dan kos kandang dapat buat bawah
$18 sekaki persegi (lagi rendah kos kandang lagi baik, atau pun sewa
je kandang - lagi jimat) - most likely you are suitable candidate to
be a full time meat goat breeder.
Aaa
kita nak buat low input system bagi pembiak yang baru berjinak dalam
industri ni. Besok besok kalau breeding skill dah tip top, reputation
pun dah ok, tak kisahlah tuan puan nak buat high input, dok bela 500
ekor tengah tengah bandar, sebelah KLCC sekali pun. Tak kisah. Takde
hal tu.
Seboleh
bolehnya aku sangat berharap semua penternak baru adopt sistem low
input, demi meningkatkan kadar survival seterusnya kejayaan dalam
industri. Tapi ada juga penternak baru yang nak bantai juga high
input, pasal modal tinggi, tak pelah yang ni aku tak kacau, suka hati
dioranglah. Cuma nya aku dah tahu macam mana likely ending nya nanti.
Probability
kejayaan sebagai pembiak kambing pedaging full time adalah lebih
tinggi sekiranya kita pilih low input husbandry, especially kepada
yang baru terjun dalam industri, dan modal pun tak seberapa. Kepada
sesiapa yang nak pilih high input husbandry, aku tak berapa galakkan
melainkan modal betul betul tinggi, dan kita memiliki high resistance
and high resilience to 'burn out' scenario.
Sekian,
terima kasih!
No comments:
Post a Comment