Menghidupkan
kembali apa yang mati. Itulah salah satu kemampuan Dajjal sebagaimana
yang diceritakan Nabi kita dalam tanda tanda akhir zaman.
Pyrenean ibex
2000.
Pyrenean
ibex yang terakhir mati. Ibex ni adalah kambing liar pergunungan
bersaiz besar, nama pendeknya bucardo. Hidup tinggi di banjaran
pyrenees antara dua negara - perancis dan sepanyol. Boleh mencecah
berat 110kg. Diburu dengan rakus.
Pada
tahun 1999, saintis mendapati hanya tinggal seekor bucardo. Betina
yang diberi nama Celia. Ditangkap, dipasang radio collar pada
lehernya, dan dilepaskan semula ke habitat asalnya. 9 bulan kemudian,
radio collar itu memberi isyarat yang Celia telah mati. Remuk
dihempap pokok tumbang.
Bucardo
pupus.
2003.
Sel
Celia masih hidup (sel telinga), dipelihara dalam makmal di Zaragoza
dan Madrid. Usaha menghidupkan kembali Celia dimulakan menggunakan
teknologi yang sama dalam pengklonan Dolly - pemindahan nuklear.
Ada
sedikit beza dengan Dolly si bebiri, klon mamalia pertama dunia.
Dolly berasal daripada sel kelenjar susu ibunya, dan ibunya masih
hidup, berusia 6 tahun ketika sel kelenjar susunya diambil untuk
dijadikan Dolly. (Kepada sesiapa yang kurang tahu, klon ialah betul
betul serupa dengan induk asal. Proses ini tidak menggunakan
perkahwinan jantan kepada betina).
Manakala
Celia si bucardo, telah pun mati. Hampir sama jalan cerita dalam
filem Jurassic Park di mana dinosaur dihidupkan kembali melalui
nyamuk yang telah menghisap darah dinosaur, dan nyamuk itu
terperangkap jutaan tahun dalam tree sap (getah pokok). Haa lebih
kurang gitulah.
Aku
kata hampir sama, yang tak samanya ialah sel telinga Celia diambil
dan disimpan ketika Celia berumur 13 tahun, jauh lebih tua daripada
induk si Dolly. Kalau yang Jurassic Park tu sebenarnya tak terjangkau
lagi dengan teknologi yang ada - DNA dinosaur habih semua reput dah
jutaan tahun macam mana nak hidupkan balik ntah.
Adapun
cubaan menghidupkan Celia yang telah pupus bolehlah dikira berjaya
walaupun klon itu hanya hidup selama 10 minit. Yeah cuma 10 minit -
klon tersebut gagal bernafas kerana ada ketumbuhan besar dalam
peparunya.
Perkara
yang biasa berlaku dalam pengklonan, abnormaliti disebabkan usia
bahan genetik. Makin tua bahan genetik, makin berisiko kewujudan
kecacatan klon.
Apa
pun yang pentingnya, fakta yang kita tak boleh lari, cacat atau tidak
cacat, membazir sumber atau tidak membazir - klon itu hidup walau pun
cuma 10 minit. Binatang yang dah pupus dah mati, tiada harapan untuk
kita lihat lagi pada masa depan - berjaya dihidupkan kembali.
...........
Frightening
or awesome?
Inilah
yang dimaksudkan oleh nabi kita berkenaan Dajjal Al Masih.
Menghidupkan apa yang telah mati. Menghidupkan apa yang telah pupus.
Si Dajjal ni memanglah tak mampu nak menghidupkan dengan sempurna apa
yang telah mati - ini kerja Tuhan, kehebatan Tuhan, ilmu ini milik
Tuhan.
Tapi
teknologi pengklonan menjadi tingkap kepada kehebatan ilmu Allah.
Bagi sesiapa yang beriman, dan berpengetahuan - cloning menunjukkan
betapa kerdilnya ilmu manusia, justeru hatinya tidak gusar malah
imannya bertambah menyaksikan kehebatan ilmu Allah.
Tetapi
bagi sesiapa yang imannya mudah goyang, dan kurang pengetahuan -
akidah boleh tergelincir. Dia boleh kata sains lebih hebat dari
agama, Dajjal lebih berkuasa dari Tuhan.
Tuan
puan, dalam bab ini, sekiranya kita berusaha memahami (bukannya penuh
emosi tolak bulat bulat), kita akan takjub dengan kehebatan dan
kebesaran Tuhan dalam penciptaan. Aku sendiri bila belajar pasal
sains, termasuk cloning, makin takjub jadinya dengan Allah yang Maha
Pencipta. Makin kerdil sekerdil kerdilnya aku rasakan diri ini.
Apatah
lagi bila kita rujuk Alquran, Nabi dan prophecy nya pada masa
hadapan. Betul dan selari satu persatu. Terkejut, dan gentar hati aku
dibuatnya melihat ketepatan AlQuran dan Nabi.
......
Ok.
Aku nak highlight beberapa perkara menarik dalam usaha menghidupkan
kembali bucardo - spesis kambing liar yang telah pupus ini.
Pertamanya 57 implantation telah dilakukan sebelum 1 klon berjaya
dihasilkan. Maknanya ada 57 ibu tumpang yang telah ditanam sel klon
ini dalam rahimnya, dan daripada 57 ibu tumpang ini hanya 7 yang
mengandung. Daripada 7 yang mengandung ini, 6 berakhir dengan
keguguran. Hanya 1 kandungan yang mencapai tempoh matang dan
kelahiran itu dibuat melalui pembedahan caesarean.
Dan
1 kandungan yang berjaya melahirkan apa yang sepatutnya mati ialah
daripada ibu kambing yang merupakan hybrid (crosses) kambing liar
pergunungan dengan kambing tempatan.
Ok
sekarang kita tengok Dolly pula. Dolly ialah spesis bebiri. Tempatan.
Dolly memerlukan 277 implantation = 277 ibu tumpang sebelum berjaya
menghasilkannya. Dan Dolly berasal daripada induk bebiri yang masih
hidup. Dolly hidup hingga umurnya 6 tahun, memiliki beberapa anak.
Umurnya dikira pendek sebab purata umur bebiri tempatan macam dia
ialah 12 tahun.
Apa
yang aku nak tunjukkan ialah kedua dua klon menggunakan darah
tempatan sebagai paksi eksperimen kompleks lagi pelik ini. Kesuburan
darah tempatan memang tidak diragui. Ianya meninggikan kemungkinan
kejayaan berbanding menggunakan darah asing.
Dan
daripada dua eksperimen ini, keyakinan aku bertambah di mana kambing
memiliki kesuburan yang lebih tinggi dari biri biri. Yelah 277
implantation lawan 57 implantation. Banyak beza tu. Kiranya kambing
secara semulajadinya memang lebih subur daripada bebiri. Ye ye semua
orang tahu, tapi eksperimen cloning ni menguatkan argument, haa tu
lah yang aku nak bagitahu.
So
tuan puan pembiak kambing, aku rasa setakat ini sajalah. Terima kasih
kerana sudi membaca sampai sini, dan memeningkan kepala tuan puan.
TQ!
"We
are living right in the age of Dajjal."
"Sebagaimana kambing menjadi petunjuk dan pemangkin sejarah awal manusia, kambing juga menjadi petunjuk dan pemangkin sejarah akhir manusia".
nice sharing!
ReplyDeletebaru tau ada usaha cloning bucardo. Entah byk lagi makhluk cloning yg tak didedahkn.
bila baca tang fakta sains mmg la awesome, tapi bila kena 'ketuk' pasal isu dajjal its rtruly frightening..
yes, we're living right in the age of dajjal.
Allahumma inna nauuzubika min sharri fitnatil masihiddajjal~
cloning tech masih dalam infancy, but progressing rapidly.
Deletebut I believe they won't be able to truly reach the stage of reviving death. reviving extinct species probably will succeed, but the problem of breeding them will be massive.
those cloning scientist won't be able to surpass the words and act of God, even though some of them are claiming ridiculously otherwise.
pergh.. ni betul punya baling boomerang ni. patah balik laju gila. hehehe. local blood! local blood!
ReplyDeletein terms of fertility, local bloods is the king... and queen.
Deleteinteresting article..but I have something more..
ReplyDeletenow I see why you said that after reading your quick to publish post.
DeleteAda hikmah bucardo pupus...Kalau dulu orgnya saiz2 besar, org sekarang saiz kecik. Kalau Ada bucardo....... bergoyang kandang, tak muat kandang, nak aqiqah pon tak mampu. Semuanya ketentuan Allah swt, Ada kebaikan disebaliknya.
ReplyDelete