Untuk
perhatian Sime Darby, TNB, Pejabat Tanah. Juga Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia.
Suara
seorang penternak kecil.
Berhampiran
tempat aku, ada estet Sime Darby. Memang luas seluas luasnya estet
ni, sampaikan Teluk Intan dia kepung, dan pekan besar ni takde option
nak berkembang melainkan makan tanah estet ni.
Ada
line api TNB memotong kawasan estet ni, dan ada parit besar selari
dengan line api ni. Parit besar ni diselenggara Jabatan Pengairan dan
Saliran. Ada dua orang penternak yang bela lembu kambing kat sini.
Seorang penternak kecik yang merupakan kawan aku, dan seorang lagi
penternak besar.
Kawan
aku ni kecik aje operasinya, kambing 30 ekor lembu 30 ekor. Penternak
besar ni pula ada kambing 20 ekor, dan lembu 300-400 ekor. Ternakan
masing masing lepas dalam estet Sime Darby ni lah.
Dua
dua sewa tanah JPS untuk dibuat kandang, masing masing 1 ekar jenis
TOL, dibayar kepada Pejabat Tanah. 1 ekar sewanya 400 setahun.
Yang
buat tak bestnya ialah bilamana sang penternak besar menekan dan
menindas si penternak kecil. Macam macam cara dibuatnya untuk
menghalau penternak kecik keluar daripada estet Sime Darby ni. Dia
nak bolot semua kawasan tanpa ada belas kasihan kepada rakan ternak
lain.
Aku
tak akan cerita detail apa yang dia buat kepada sang penternak kecil,
pasal memang panjang senarai kezalimannya dari dulu sampai sekarang.
Senang cerita dia guna 'strong arm tactics' termasuklah threat and
intimidation. Dan dia pay off atau merasuah semua pihak berkaitan
demi memuaskan cita citanya. Lagi tak bestnya dia takde segan silu
curi ternakan orang. Lembu orang dia claim dia punya. Sawit orang
(dan sawit estet) pun dia claim dia punya.
Betul
betul beraja di mata bersultan di hati.
Baru
baru ni dia pasang pagar betul betul bawah line api TNB. Nak buat
kandang fidlot lembu. Tiang pagarnya konkrit 2 kaki x 2 kaki. Amik
kau... kena guna backhoe nak tanam tiang pagar tu. Yang hairannya TNB
senyap aje walhal laporan dah dibuat. Bukan ke struktur kekal tak
boleh buat bawah line api?
Satu
perkara yang mengejutkan juga ialah bila kawan aku sang penternak
kecik ni pi Pejabat Tanah nak renew lesen TOLnya, boleh pula Pejabat
Tanah kata fail hilang. Aii sebelum ni elok aje renew tiap tiap
tahun, ada aje failnya, macam mana pula tiba tiba hilang? Takkan
tikus bawak lari?
Penternak
besar ni makin besar cita citanya, dan makin hilang kewarasannya.
Greed certainly brings out the worst in people.
Satu
lagi yang banyak orang tak puas ati pada estet Sime Darby ni ialah
monopoli kontrak. Dulu kerja kerja ladang diagih agihkan kepada
banyak kontraktor kecil. La ni satu orang je bolot semua. Potong
buah, kutip buah, pruning, baja, buat jalan semuanya dia. Tapi tetap
juga dibalun buah sawit estet walau kontrak lumayan habih semua dia
sapu. Banyak sangat ketirisan dalam pengurusan estet Sime Darby ni.
Aku pun pening kepala nak cerita.
Orang
kampung dan sang penternak kecik yang sedang ditindas lebih tahu
cerita cerita ni. Aku cuma tolong sampaikan. Nak minta pandangan tuan
puan.
Macam
mana nak buat menentang kezaliman ye?
Salam,
ReplyDeleteKenapa tak dilaporkan sahaja perkara sebegitu kepada pihak pengurusan Sime Darby?
Ya. Jumpa pengurus ladang, slow talk.
ReplyDeleteBoleh hantar pada SPRM, mereka akan buat yang selanjutnya.
Buat hubungan dgn pihak berkaitan.
Dalam isu ini, salah satu perkara adalah PR - public relation.
ReplyDeleteDisamping sibuk mengembala, kita kena aktif juga dalam menjalinkan hubungan dgn pelbagai pihak, sama ada pihak berkuasa atau juga 'samseng'. Kerana mereka ini dicipta Allah ada hikmahnya kpd kita.
Lagilah, Tn Alwi sebagai SU persatuan seluruh Malaysia, maka, hubungan dgn pelbagai pihak akan memberikan banyak advantages kpd apa saja isu.
Good luck.
Salam
ReplyDeleteSusah nak bagi pandangan, sebab bila berhadapan dengan orang tamak, dia sanggup buat apa sahaja. Lupa dosa, pahala entah ke mana... Apa dia ingat, bolot selagi ada.
Cuba bincang dengan otai2 dalam persatuan, mesti mereka ada kabel bagus...itu lebih baik dari bertindak sendirian.
Dan jangan lupa minta kepada Allah. Bukankan ubun-ubun kita semua di bawah kekuasaanNya?
Salam. Saya yang 'post on June 5, 2013 at 11:46 PM'
ReplyDeleteSelepas berjumpa dengan Pengurus Ladang, adakah pengurus ladang tersebut mengambil apa2 tindakan selepas itu? Boleh saya tahu, apa nama ladang itu?
Salam. Pengurus ladang tiada apa tindakan.
DeleteNama ladang ialah Selaba Estate, Jalan Changkat Jong.