"It
only seems impossible until it is done - Nelson Mandela"
Salam
sejahtera kepada semua penternak kambing dalam multiple universe,
Dulu
aku ada sebut pasal kadar kelahiran kambing sebenarnya boleh lebih
1.8 per tahun. Bukan sahaja lebih 1.8, tapi boleh lebih 2.3, boleh
juga cecah 2.95, malah boleh dapat 4.0.
Kadar
kelahiran 1.8 ni maknanya kalau kita ada 100 ibu kambing, kita dapat
180 anak dalam tahun tersebut. Kalau 2.3 maknanya 100 ibu kambing
dapat anak 230 ekor per tahun. Kalau 4.0 maknanya 100 ibu kambing
dapat anak 400 ekor per tahun.
Bila
kita buka buku tempatan pasal kambing (jpv atau mardi), dan kertas
kerja projek ternakan kambing yang biasa dihantar ke bank pertanian,
semuanya guna parameter kidding rate tidak melebihi 1.8 per tahun.
Betul tak?
Doktor
penyelidik Jpv dan Mardi semuanya susah nak percaya kadar kelahiran
kambing boleh lebih 1.8. Ada sesetengah yang advance sikit memang
kata boleh, tapi diceduk dari australia dan south africa - boer di
tempat asal mereka (zon panas dan kering), atau di negara cuaca
temperate, buat semi intensif boleh dapat 2.1, 2.2.
Tetapi
aku boleh dapat 2.3, alhamdulillah. Dengan menggunakan sistem low
input. Bukannya sistem high input. Dan takdak genetik baik baik,
pejantan pun bukan jenis kembar.
Dan
bila aku kata kadar kelahiran boleh pecah 2.3, boleh cecah 2.95
sehinggalah 4.0 - aku tahu ada kalangan doktor kambing, dan
penternak, hatta yang berpengalaman pun, cakap aku merepek. Ada yang
pakat gelak, dan mungkin juga ada yang kata aku insane. Dah tak
waras. Si alwi ni tengah berkhayal, dah tertelan sekilo air daun
ketum agaknya..
......mmmm
Let
us see.
Aku
dapat kidding rate 2.3 per year, dan purata jarak kelahiran 8.1
bulan, dengan opex aku pada $0.27 per ekor per hari. Opex tu masuklah
dedak, gaji pekerja, garam, ubat dan whatever variable cost.
Maknanya dengan 300 ekor kambing, opex aku sebulan ialah $2430.
Kira
ok lah, kira low input. Ada kawan aku kambing 400 ekor, opex sebulan
$15,000. Haa pada input macam dia ni sahih tak boleh buat operasi
pedaging, kena target pembakaan. Tapi dia ni pun kaya, Porsche
Cayenne ada, Porsche 911 Turbo pun ada, jadi dia tak kisah sangat
pasal survivability bisnes kambing dia. Ada bisnes lain yang boleh
tolong support usaha perkambingan kalau kambing tak untung pun.
So,
sekarang aku push opex aku kepada $4000 sebulan pasal aku tengah buat
eksperimen skala besar. Dulu aku tak bagi suplemen kepada kambing
yang beranak dua (dan tiga atau empat), tapi sekarang aku bagi. Tak
semua kambing beranak dua aku bagi, sebab petak beranak tak cukup.
Tapi adalah dalam 30 ekor satu satu masa.
Bila
opex $4000 sebulan, dan purata harga jualan per ekor ialah $500,
maknanya aku kena jual sekurang kurangnya 8 ekor per bulan untuk
cover opex. Yep, it is.
Eksperimen
masih berjalan, dah masuk bulan kelapan, dah lapan bulan lah opex
berlegar tahap $4000 per bulan. Dan selain supplementation untuk
kambing beranak dua itu, aku juga employ seorang lagi pekerja. Sebab
tu opex aku naik, walhal sebenarnya tak perlu pun.
Dan
berdasarkan pemerhatian aku, semua ibu kambing yang beranak dua, dan
diberi supplementation - penting ni - betul betul penting - kidding
interval (jarak kelahiran) semuanya jatuh bawah 7 bulan.
Semuanya.
Walaupun
bagi mereka mereka yang sebelum ini purata jarak kelahirannya 10 ke
12 bulan.
Tuan
puan kalau masih ingat dalam post aku yang terdahulu, aku ada sebut
50% induk aku memiliki kidding interval 7 bulan ke bawah.Lagi 50%
purata jarak kelahirannya 7 bulan ke atas. Masa tu opex aku $2500
sebulan, dan purata jarak kelahiran semua kawanan kambing aku = 8.1
bulan.
La
ni dah lain.
Asal
bagi aje supplementation, kidding interval akan jatuh ke bawah 7
bulan, ... dan sudah pasti kidding rate per year melonjak.
Jadi
nak pecahkan 2.3 tidak mustahil.
It
is ... technically feasible,
Surprisingly
easily achievable.
Dan
itu belum lagi buat genetic upgrade.
Adakah
masih ada di kalangan tuan puan yang fikir aku merepek? Masih
berdongeng? Masih berkhayal?
No
sir.
This
is real, this is the magic of sunnah, this is the amazing potential
of our blood.
Masih
tak percaya?
Wahh...eksperimen berimpak besar ni. Bgus untuk dijdikn pnduan pda pembiak yg lain. Nnti dh siap kajian, prof buatlh perbentangan. Kami dahagakn tunjuk ajar...
ReplyDeleteBtw, supplement tu dedak ke?
aku guna dedak untuk ibu beranak kembar. sebelum ini tak buat.
Deletesebenarnya simple sangat eksperimen ni, takde menda pun lah.
segan pula aku bila dikatakan buat high impact experiment kihkih
benda yg simple ni org terlepas pndang n xpercaya. Sebenarnye aku pn percaya yg nutrien yg ckup bleh buat ibu kmbg perform better
DeleteSalam prof..
ReplyDeleteHebat memang hebat.kambing prof dah jadi macam breeding machine..less than 7 months after giving birth..poof keluar satu lagi..mungkin dua..atau tiga..
Tapi kalau rapat sangat agak2 akan ada effect tak atas breeding ability for long term..I mean kalau nak kidding interval below 7 months..mesti kena masuk pejantan dalam 2nd month after kidding..baru boleh kejar gestation period of average 5 month or 150 days.so practice ini utk long term bagus kah utk kambing kita?atau we have pushed our breeders just a bit off their limit.
As with all mammals, semua kena ada resting period for at least couple of months.this is true to the extent of maintaining the breeding value of any females.animals need the rest bcs giving birth alone takes a toll on their small bodies.even highly productive, AI driven dairy industry pun dia bagi rest utk cows sebelum conceive another calf.utk maintain breeding value for at least up to 8 years of age.partly is true..another part is to synchronize the delivery date so all calves will be born in spring.winter time kilang susu tutup sebab logistics problem and holidays.
Lagi satu supplement apa yg digunakan? Synthetic based atau au naturel? Please enlighten us.
aku jawab dalam post berikutnya
DeleteSalam Prof..
ReplyDeleteYour post always amazes me and your determination is inspirational. All the best on the new experiment prof. Hasil kajian ini berpotensi mengubah dan mencorak industri ternakan kambing pedaging.
Tuan El Cabras
Awaiting for your new post. Lama dah menyepi :)
Yaaa Mr Adil, apa khabar?
DeleteAdakah kambing semakin sihat?
Harapnya mr adil pun ada blog kambing, untuk memeriahkan industri kambing kita!
biarkanlah jela prof..hnya pembiak tulen yg mnyimpan rekod jer yg boleh faham benda ni.den pun mlas dh nk ckp byak.orang tnya den jwab,xtanya den snyap ler.yg penting prestasi kndang dan kambing sntiasa ditambah baik dr smasa ke smasa.hehe..
ReplyDeleteaku harap semakin banyak penternak kambing menyimpan rekod dan buat blog menceritakan kisah suka duka pengalaman mereka. I really wish that.
DeleteProf Alwi, funny u mentioned that. Baru je start blogging. Jemputlah ke http://lalahrivergoat.blogspot.com.
ReplyDeletehahaha. setakat sembang lebat dengan teori buku boleh blah la. makcik tua nak monopos pun boleh beranak lagi, ini plak kambing yang jantannya libido tinggi.
ReplyDelete