Aku
tengah sibuk sekarang ni samada betul betul sibuk atau pun saja saja
buat nampak sibuk. Masuk bulan puasa lagi sibuk dan nampak sibuk. Dan
masa puasa ni aku tak dapat caffeine fix seperti kebiasaannya. So
otak aku berada dalam situasi low cycle, low voltage, synaps synaps
dan neuron neuron gagal bersambung dan misfiring, justeru output otak
aku rendah lantas mengehadkan kreativiti aku.
Yang
betulnya otak aku tengah lembap, kan senang cerita. Masuk cerita
synaps neuron low cycle plak hehehe. Saja nak bagi alasan yang lebih
sedap didengar. Bunyi saintifik sikit dak? Macam george bush dan geng
neocon jugak la, guna istilah collateral damage nak bagi
nampak less traumatic, padahal pembunuhan yang disengajakan,
yang tak perlu.
Bengong
george w bush ni.
Anyway
otak aku masih dalam slow setting, susah betul idea nak
ditransmisikan ke jari jari menaip. Idea ada dan banyak tapi tak
boleh bergerak. Macam kereta yang engine dah start, tapi tak masuk
masuk gear. Gearbox rosak, transmission failure, so kereta tak jalan
jalan. Adakah ini yang dinamakan writer's block?
I
need my caffeine.
I
really crave for the caffeine.
I
am a caffeine addict.
I
am caffeine dependant.
I
am a caffeine guzzler.
Damn
it, I am a caffeine junkie.
And
I prefer my caffeine from 100% arabian coffee beans.
Dang.
Biasanya
aku akan minum 3 mug sehari. Kalau tak minum kepala jadi pening,
mengantuk je. Lemah satu badan, susah nak buat kerja. Otak pun gear 1
je. Itu nasib baik masuk juga gear 1, kalau tak masuk masuk gear? Mau
jadi beku macam frozen food kat supermarket haha..
So
bila ada simptom macam ni, bagi aku caffeine ni sebangsa dengan dadah
juga. Macam daun ketum. Tapi caffeine ni dikira dadah yang 'legal',
ada permit. Pasalnya bukan sikit manusia yang minum kopi dan nescafe
ni, mau berbilion bilion juga ni. Dah banyak sangat yang minum,
terpaksalah dibenarkan.
Tapi
kan ada kebaikan yang jarang diketahui pasal caffeine. Ada
antioxidant, itu claim biasa pengeluar kopi ni. Yang lebih bermakna
ialah yang ini:
Caffeine
didapati memberi lebih tenaga kepada sperma.
Sperma
ni sel paling kecik dalam tubuh kita. Dan tugasnya sangat berat,
super heavy duty cabarannya. Dia kena berenang tahap ultra
marathon mencari ovum yang merupakan sel paling besar dalam tubuh
manusia. Dah la kena berenang tahap ironman, dia kena buat tanpa
menggunakan satnav atau gps atau checkpoint atau papan tanda arah.
Berenang dalam persekitaran yang acidic, yang menyesakkan, yang
mengelirukan, dan yang membunuh dia. Berlumba lumba dengan jutaan
sperma lain sebagai pesaing. Dan bila jumpa ovum, dalam keadaan yang
sangat penat, terpaksa menggagahkan diri mengerah segala kudrat yang
berbaki untuk menembusi ovum yang sangat liat, selektif dan defensif.
Tenaga
yang digunakan umpama menggali terowong SMART. Atau Larian Mendaki
Menara KL 100x tanpa henti.
Betapa
gagahnya sperma kita. Kalah Hercules atau Badang.
Makanya
perlumbaan sperma mencari ovum adalah salah satu nature's greatest
spectacle, fenomena alam yang menakjubkan, perlumbaan berat sebelah
yang paling mencabar dan berbahaya pernah wujud dalam dunia ini.
Perlumbaan terhebat alam semesta semenjak bermulanya Big Bang
sehinggalah kiamat. Belum pernah ada satu persaingan di mana ratusan
juta pesaing dihapuskan, exterminated. Hanya ada satu pemenang. One
victor who live, the rest are loser who will be killed.
Perlumbaan
ini jauh lebih hebat, brutal dan dramatik daripada gabungan
pertandingan One in A Million, Akademi Fantasia, Mentor, The
Apprentice, American Idol, Amazing Race atau sebarang jenis reality
show yang wujud dan bakal diwujudkan.
Hell,
it's even greater than all conquest of mankind in history put
together.
The
Ultimate Death Race.
So
menjadi sperma ni memang sangat penat, banyak menggunakan tenaga dan
mesti bersedia untuk mati syahid.
I
don't wanna be a sperm.
Macamana
caffeine menolong? Well, penjana tenaga sperma ni adalah mitokondria
yang terletak dalam ekornya. Dan caffeine didapati membuatkan
mitokondria on 'turbo mode', excitable. Jadi sperma boleh berenang
lebih jauh dan pantas. Kiranya lebih banyak sperma boleh sampai ke
ovum, therefore increasing the chance of ovum penetration.
Pendek
cerita, caffeine meningkatkan kesuburan lelaki.
Dan
caffeine semata mata, tanpa perlu ginseng, oligofruktosa, tongkat
ali, habbatus sauda atau campuran lain. Aku pun pelik juga ada
sesetengah manufacturer sibuk tambah itu ini ke dalam kopi diorang,
kononnya menambah 'power'. Harga pun kasi up la sikit. Betul ke claim
diorang ni?
Caffeine
by itself is good enough fertility booster, without the need to add
those exotic sounding ingredients.
Haa
itulah gunanya mengambil caffeine, meningkatkan kesuburan kita. Dan
fakta ini mengurangkan rasa bersalah aku bila terlebih minum caffeine
hahaha saja nak sedapkan hati sendiri.
Anyway
kalau terlebih minum caffeine, aku tak tahu pula kesannya kepada
sperma. Takdak pula jumpa research pasal ni. Dan aku pun tak tahu apa
kesan caffeine kepada golongan perempuan dan ovum mereka.
Yang
pasti aku tengah dok timbang untuk mencampurkan sesudu nescafe ke
dalam dedak kambing pejantan aku. Nak tengok hasilnya macam mana
nanti. Tapi kalau dia jadi caffeine junkie macam aku juga, habih la
hahaha
Salam.
salam ramadhan. pertama kali sampai sini.. dari first page aku baca :). seronok bila cerita pasal kambing sebab dari dulu terfikir nak membela.
ReplyDeletebaru tau rupanya boer ngan kambing tempatan tu lain rupanya.
nak tanya lah. untuk permulaan berapa luas sebenarnya tanah seeloknya ada? kalau nak mula berapa kos? kalau takda kambing boleh ka masuk persatuan :) ?
Salam ramadhan. TQ for reading.
DeleteKalau nak tahu, kena discuss betul betul. Anyway the best place to ask is from a breeder, not importer or trader.
Berdasarkan undang2 persatuan, memang kena ada kambing dan buat usaha pembiakan, baru boleh join kitorang. Tapi bab undang2 ni, pengerusi lagi tahulah. Aku dah lupa.
macam mana kalau takda modal tapi ada minat? ada ka bantuan atau pinjaman yang sesuai untuk mula secara kecilan ni?
ReplyDeletesorry banyak sangat bertanya. pasal kambing memang zero la.
bagus blog ni. keep it up ok :)
Minat lebih penting dari modal. Dan knowledge dari sumber yang betul sangat sangat membantu masa mula mula nak bertapak.
DeleteThanks for the encouragement!
Assalamu'alaikum Wrmbth,
ReplyDeleteHaha, awat lari sangat entri blog ko kali ni. MEsti paras caffein dalam darah rendah. Kena belajar berhenti ni. Macam dah kronik je
UMM BARAQAH RESOURCES
http://kambinghalal.blogspot.com
Nak berenti tu yang susah betul. Dah banyak kali pun cuba stop, tapi godaan nescafe tu pehhh!
DeleteAssalamualaikum para jemaah kmbing skalian..
ReplyDeleteLetih aku ngikut kmbing alwi g meragut(naik motor je pun)..tp mmg terbaiklaa..cm kt aussie plak rasenya..samela prof aku pun kaki kopi jgak.tp xdela smpai 3 jag.itu mmg taraf professor laa..aku 1 jag kecik jdila..
3 mug lah, bukan 3 jug. mau masuk hospital aku kalau minum 3 jug hehehe
Deletesilap daa..3mug ok lg prof..ade kwn aku tp kire taraf pakcikla umur 50tahun 1jug shari tu..mmg xbleh hdup tnpa kopi..maiiiii secawannn...
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletenak tanya mcm mana nak joint PPKM
saya penternak kecil- kecilan je harap dgn joint PPKM
dapat banyak infomasi nak memperkembang ternakan dan masalah kambing...Aqil
Waalaikumussalam bro Aqil farm..
DeleteTuan blog ni jarang online sebab kambing banyak sangat.Nanti aku emelkan borang dekat bro..bro emel ke emel alwigoatfarm tu.untuk makluman tuan alwi bro aqil ni memang penternak,aku selalu berhubung melalui Facebook.hehe..
Salam. PPKM lagi suka penternak kecil tapi berjiwa besar. Penternak kecil lebih bersemangat berbanding penternak besar.
Delete