"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, August 26, 2012

THE U.S.


Dedak naik harga sekarang. Pasal soya dan jagung dari US mengalami musim kemarau yang teruk. Dan US adalah pengeluar gandum, soya dan jagung terbesar dunia. US mampu jadi pengeluar makanan terbesar dunia kerana memanfaatkan teknologi 'genetic modification' (GM) yang menambah output jagung dan soyanya lebih 60% dalam masa tak sampai 5 tahun.

Fantasticlah tu. Bukan senang nak capai standard output pertanian macam tu. Dalam kita dok sibuk berdebat patut tak patut guna GM food dan feed, US dah guna senyap senyap. In fact untuk livestock feed, ntah ntah dah 100% jagung jenis 'genetically modified'. Kita semua dah guna dan makan genetically modified organism tanpa kita sedar.

Takde masalah buat aku. Pasal aku on the practical side, aku adopt cowboy approach. Maknanya aku tak rigid dalam fahaman aku, aku bersifat lebih terbuka dan risk taker. Tapi takdelah sampai tahap ultra cowboy atau ultra liberal atau ultra modern. Ada jugak traditionalism sikit sikit. Tak tahulah macam mana nak describe setepat tepatnya fahaman aku ni. Orang politik lagi tahulah kot bab bab ni. Liberalist, conservative, left wing, right wing, ayamas chicken wing with black pepper....

Perlu sebenarnya teknologi GM ni. Lantaklah greenpeace atau mana mana fahaman hijau nak kata apa. Kalau takde teknologi GM ni, mau dah triple harga makanan dunia sekarang. Mau meletus food riot merata rata. Mau kejap kejap tumbang kerajaan seluruh dunia. Mau umat manusia sentiasa dalam situasi anarki.

Anyway, walaupun jagung dan soya GM US sekarang ni outputnya fantastic, kelemahannya dia tak tahan cuaca ekstrem dan perubahan cuaca yang mendadak. Varieti yang digunakan sekarang tahan serangan perosak jadi tak perlu banyak guna racun. Pasalnya cuaca kat US sebelum ni dikira stabil manakala perosak (serangga, bakteria, patogen) yang menjadi ancaman utama. So fokus diorang dalam GM ialah menghasilkan varieti yang tahan perosak. Tapi tak sangka kan, cuaca dah jadi kelam kabut tunggang langgang. 2012 ni memang output jagung dan soya turun mendadak kerana musim kemarau yang berpanjangan.

Tetapi US masih boleh eksport jagung dan soya dia, masih ada lebihan daripada domestic consumption. Masih dianggap food bowl dunia. Yang buat tak bestnya ialah polisi biofuel di US ni. Telah dimandatkan oleh US Congress agar 40% kandungan minyak (fuel) datangnya dari sumber bio – jagung dan soya.

40% is way too much.

Ni yang buat kacau, ni yang tak pasal pasal meningkatkan harga jagung dan soya. Unnecessarily putting an upward pressure on the corn and soy prices. Ye lah dah elok elok jagung dan soya untuk makanan manusia dan ternakan, sekarang jadikan jagung dan soya sebagai biofuel. Dah wujud persaingan. Sapa punya idea ni menghasilkan biofuel daripada jagung, soya mahupun minyak sawit? Sapa yang kuat melobi biofuel ni? Karut betullah.

Tanah dah la terhad. Tanah subur lagi lagilah terhad. Patutnya tanah yang terhad ni digunakan sepenuhnya untuk pengeluaran makanan manusia dan ternakan. Ada plak dijadikan biofuel – minyak kenderaan atau minyak industri untuk penghasilan tenaga elektrik. Tak patut, tak patut.

Memang aku menentang keras biofuel ni, dan penyokong penyokongnya. Carilah dari sumber lain. Food security mana boleh buat main main. Boleh jadi globar war nanti. Arab Spring sebelum ni pasal harga makanan naiklah, semenjak biofuel ni dimandatkan di US. Perasan tak?

So itu sedikit cerita pasal dedak yang naik harga sekarang. Musim kemarau yang melanda amerika sekarang, dan polisi mengarut biofuel di amerika la ni, yang memberi kesan kacau bilau kepada seluruh dunia.

Tuan tuan,

Amerika ni macam mana kita benci dia sekali pun kita kena sedar beberapa perkara. Tak best tapi kena akui hakikat ini. Amerika adalah kuasa tentera terkuat dunia dan dalam masa yang sama gudang makanan dunia.

Sama macam egypt di zaman firaun, sama macam kerajaan rome, persia (parsi), british, sama macam mana mana empayar termashyur dan terkuat dalam sejarah manusia.

Darab 10. Yaa tuan tuan darab 10.

Pasalnya belum pernah wujud dalam sejarah manusia, suatu tamadun yang betul betul berpengaruh globally, kuasa tentera yang jauh meninggalkan gabungan pesaing terdekatnya (China+Russia+whatever country), ekonomi terbesar dunia, budaya yang menyerap ke seluruh penjuru dunia dan dalam masa yang sama pengeluar makanan terbesar bagi umat manusia.

Belum pernah wujud empayar atau tamadun yang sebegitu kuat dalam sejarah Adam dan anak anaknya. Belum pernah tuan tuan. Malangnya kita hidup dalam zaman itu. Zaman sekarang, zaman amerika, zaman dajjal al masih.

Sebijik macam kata kata Nabi kita. Dajjal sangat berkuasa. Dia mampu menggoyang goyangkan umpan roti (makanan) di depan kita. Sapa ikut dia, dia bagi makan cukup. Sapa tak nak ikut dia, tak dapat makanan, alamat kebuluran. Bila Dajjal bercakap, suaranya sampai ke seluruh dunia (CNN, satellite tv, internet, etc). Dan Dajjal sangat haus (penggunaan air per kapita US adalah tertinggi dalam dunia).

Dan itu adalah sebahagian tanda tanda Dajjal al masih.

Kita sebagai umat Islam masih bergantung kepada Dajjal dan sekutunya. Amerika, British, Australia, Zionis.... jagung dan soya US, kambing australia.... powerless, weak, macam buih buih di laut, dibawa ke sana sini.

Hmm..

Global military power + global food bowl + global finance centre = global despot.

And a despot is more powerful than a dictator, more powerful than a king, and more powerful than an emperor. That is United States of America for us.

Kenapa masih ada pemimpin kita yang tak faham faham food security?

*aku pun tak tahu macam mana cerita pasal harga dedak naik boleh terlajak sampai masuk cerita Dajjal plak ni. Sorry lah tuan tuan.

7 comments:

  1. post prof kali ni mmg merangkumi semua..politik,ekonomi,sosial dan agama pun ada.terbaik.haha..aku sokong pndapat prof berkenaan GM dan Bio-Fuel.Elok-elok air tebu buat gula skrang dia buat ethanol xpasal2 harga gula naik.Sawit pun sama(tapi xpala untung kat ayah aku sbgai Pekebun sawit,hehe).asal buat minyak masak dulu nak buat bio-diesel smpai la ni xjalan2 lagi..tp xpa harga sawit maintain sbb barang makanan harga tak jatuh..

    tapi US pun duk risau skrang prof,China akan amik alih sbgai Kuasa Ekonomi dunia dalam 10tahun lagi,la ni duk no.2 tapi jurang KDNK tak jauh dah.Elokla ada negara lain ada pngaruh slain USA,kalau tak asik nak menVETO keja US nih.Malaysia lagi 8tahun nk mnuju wawasan 2020 tak nampak bayang lagi nih.haha..

    ok gak skali skala cita psal lain..Penternak Moden era globalisasi katekan..hehe

    ReplyDelete
  2. yaa jagung buat etanol dan soya buat biodiesel, semua makanan nak buat biofuel, makin naiklah harga makanan akan datang.

    China is getting more powerful. Good, so there will be more than one superpower.

    Aku pun tak nampak bayang lagi wawasan 2020 ni. Income inequality makin melebar, corruption tak nampak surut, investment makin slow. Macam mana ntah ni. Macam tak boleh je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua nak mengurangkan penggunaan petroleum tnpa sedar effect kuat pada barng mkanan.nasib baikla diorg tak buat bio-fuel dari beras.kalau tak matila penduduk asia yang memang bergantung pada beras sbgi sumber makanan.Malaysia lagi laa.hehe..

      Delete
  3. Kalau tak dimandatkan untuk biofuel, dedak boleh jatuh harga dengan signifikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni xbrapa pasti prof.almaklumla barang kalu dah naik pyah dh nk trun.maklumla profit margin producer lagi tinggi untung lagi bnyak nak ke diorg turunkn hrga.boleh tapi kena pakat mogok rmai2 xnak beli dedak..barula diorg turun agaknya.hehe..

      Delete
    2. Lagi bagus kalau kambing dan lembu pun ikut mogok sekali, mogok lapar hahaha

      Delete
  4. Biofuel msia sawit 5%. Byk sykt buka masa harga rendah, namun byk kiv operation lepas harga cpo naik lebih rm3000.
    Pendek kata biofuel policy msia adalah lebih kpd nak stabilkan harga sawit. Kekalkan pendapatan pd pekebun dan pada waktu sama kerajaan sedut tax yg tinggi.

    Soal food security nampak gaya kena kita yg jadi yb baru boleh ubah.

    Atau ubah kerajaan sedia ada skrg.

    ReplyDelete