Saintis saintis yang
mengkaji matahari mendapati cahaya yang terbebas bilamana berlakunya
pelakuran nuklear (fusion) dalam perut matahari rupa rupanya
terperangkap selama 100,000 tahun sebelum berjaya mencari jalan
keluar ke permukaan matahari dan akhirnya dibebaskan ke seluruh alam.
Dan cahaya matahari cuma mengambil masa 8 minit untuk sampai ke bumi
sebaik sahaja ia terbebas.
Maknanya cahaya yang
menyentuh kulit kita sekarang telah berusia 100,000 tahun dan 8
minit. Cahaya purba, yang jauh lebih berusia berbanding sejarah
manusia.
Cahaya yang membolehkan
tumbuhan membuat makanan, menggunakan karbon dioksida dan membebaskan
oksigen yang menyokong kehidupan. Dan oksigen membolehkan manusia
hidup di bumi.
Sesungguhnya cahaya
matahari membolehkan kehidupan wujud di bumi. No sun light, no life.
Ok. Ada sebuah kampung di
Itali yang terletak di sebalik banjaran gunung. Oleh kerana
kedudukannya yang terlindung dalam lembah dikelilingi gunung ganang,
kampung ini pada masa masa tertentu tidak mendapat cahaya matahari
selama 3 bulan. Maknanya bergelaplah 24 jam selama 3 bulan. Dan
kampung itu sanggup memasang deretan cermin besar yang bernilai
RM400,000 semata mata untuk memantulkan cahaya matahari ke arah
kampung tersebut.
They have to. Otherwise
they got depressed. Very depressed to the point of suicide for some
villagers.
Elektrik ada. Lampu ada.
Banyak dan terang benderang bagaikan siang.
Bagai.
Tetapi keterangan dan
kemeriahan semua lampu elektrik itu masih tidak dapat menggantikan
cahaya matahari yang bukan sahaja menerangkan, tetapi
menghidupkan dan menggembirakan.
Terang, hidup,
gembira.
Tuan tuan, kekurangan
cahaya matahari mewujudkan suatu simptom penyakit yang digelar
Seasonal Affective Disorder (SAD). Kemurungan atau depression
yang disebabkan kurangnya badan terdedah kepada cahaya matahari.
Kemurungan ini mampu mendorong manusia menjadi delusional dan
membunuh diri. Tak boleh buat main main ni.
Dan SAD biasa terjadi
pada manusia yang duduk dalam zon empat musim (temperate) apalagi zon
artik (kutub). Especially masa winter lah. Didapati suicide
rate meningkat semasa musim sejuk. Kalau duduk dalam zon tropics
atau arid takde risiko penyakit ni melainkan 24 jam duduk
dalam bangunan, terlindung sepenuhnya daripada cahaya matahari.
Barangkali ada kes bunuh
diri kat malaysia ni puncanya disebabkan tak dapat cukup cahaya
matahari. Or taking drugs or whatever that impairs or shutdown
the body's sunlight absorption mechanism. Pakar pakar psikologi patut
menyiasat kemungkinan ini. Yelah budak budak zaman sekarang suka
duduk dalam rumah dan bangunan main games, playstation, ipad bla bla
bla. Kurang sangat terdedah kepada cahaya matahari tak macam budak
dulu dulu kat kampung.
Budak dulu keluar ramah
panjat pokok, tangkap katak dan ikan, melastik burung. Paling cikai
pun main kejar kejar polis pencuri atau main ting ting. Tapi dapatlah
cahaya mataharikan? Jadi ada dapat unsur terang, hidup dan gembira.
Jiwa lebih stabil. Budak kampung dulu lebih mantap jiwanya, tak mudah
mengaku kalah atau surrender bila ditimpa masalah. Budak
sekarang lain macam. Ganas, temperamental dan mudah surrender bila
susah sikit.
Aku tak tahulah tuan tuan
perasan ke tidak tapi itulah yang aku nampak.
Aku sendiri kalau satu
hari duduk dalam rumah je rasa rimas, tak kena, depressed. Nak kena
keluar jamah cahaya matahari juga. Itu baru satu hari, bukannya gelap
sangat rumah, masuk gak cahaya matahari. Anak bini pun sama. Mood
diorang lebih baik, improving considerably bila dapat jamah
cahaya matahari.
Dan mungkin explanation
dia macam ni. Maybe I am wrong, maybe not. Hipotesis aku. Kalau nak
lebih yakin tuan tuan kena siasat jugalah.
Zon artik samada di kutub
utara atau kutub selatan adalah mencabar bagi manusia dan kehidupan
lain. Sejuk satu hal, tapi yang lebih tak tahan ialah musim sejuk
yang berlangsung selama 6 bulan. Kalau kat kutub selatan, langsung
tak nampak matahari selama 6 bulan. Total darkness. Manusia memang
tak mampu hidup di situ. Saintis saintis yang buat penyelidikan di
situ pun duduk masa musim panas je. Masa ada mentari je.
Tapi ada juga mamalia
yang boleh hidup kat benua antartika (kutub selatan) ni. Rilek je dia
hidup kat situ. Seronok betul. Penguin, ikan paus, anjing laut, singa
laut, etc. Didapati hati atau liver diorang ni mempunyai
concentration Vitamin A dan D yang sangat tinggi, mencecah multi
million IU's. Kalau dibandingkan dengan kapasiti hati manusia, jauh
berbeza ni. Bukan tahap overdose, tapi megadose.
Maknanya mamalia
antartika ni mempunyai storan Vitamin A dan D untuk membantu mereka
survive dalam persekitaran ekstrim ni. Bukan setakat survive
tapi thriving, boleh membiak
dan mereka
gembira
duduk situ. Dengan syarat cukup vitamin A dan D. Sumbernya ialah ikan
ikan yang makan udang udang kecil yang makan plankton. Dan plankton
ini meletus pembiakannya ketika musim panas, ketika ada cahaya
matahari. Plankton inilah yang menyerap dan menyimpan vitamin A dan D
yang terhasil ketika cahaya mentari menyinari permukaan laut.
Cahaya
matahari membolehkan kehidupan berlangsung di benua antartika yang
ekstrim. Dan vitamin A dan D memainkan peranan penting dalam
memelihara fisiologi dan psikologi makhluk makhluk yang hidup dalam
persekitaran sangat mencabar ni.
Maknanya
vitamin A dan D ni instrumental dalam memelihara mental dan perasaan
manusia. Dan aku tak diajar peranan vitamin ini masa kat sekolah.
Yang diajar vitamin A ni untuk mata terang dan vitamin D untuk elak
sakit tulang.
Dan
vitamin A dan D mudah didapati. Biarkan badan dijamah cahaya mentari
yang menyegarkan, menghidupkan dan menggembirakan.
Tapikan
ada pula satu golongan manusia yang anti cahaya matahari. Golongan
yang suka pakai sunscreen and sunblock. Sibuklah sapu lotion SPF (sun
protection factor) 15, SPF 45 dan apa kejadah lagi ntah ke kulit
diorang sebelum keluar rumah. Kononnya cahaya matahari boleh
merosakkan kulit dan meninggikan risiko kanser kulit. 15 minit
terdedah pun bahaya katanya. Takut sangat dengan cahaya matahari. Nak
sangat kulit cantik putih mulus.
Bagi
aku lah kan golongan macam ini adalah golongan yang menafikan nikmat
Tuhan. Bukan takat tak bersyukur je, tapi menafikan. Macam tak suka
je duduk kat bumi. Kalau takut sangat dengan cahaya matahari ni,
jangan duduk kat bumi. Duduklah kat mana mana planet lain yang tak
sampai cahaya matahari.
Kita
patut eksport golongan sunscreen dan sunblock ni ke Kuiper Belt,
lingkaran asteroid di penghujung solar system.
Biar diorang duduk kat situ. Mengada ngada betul takut sangat cahaya
matahari.
Baru
diorang tahu.
Anyway,
masuk cerita kambing pula. Kalau kambing bela sistem intensif, dia
tak keluar kandang, duduk je dalam kandang. Jadi kurang dijamah
cahaya matahari. Memang boleh jadi depression dan mengganggu prestasi
pembiakan. Melainkan kandang direka sebaik mungkin yang membolehkan
cahaya matahari sampai ke seluruh kandang.
Kalau
macam tu, oklah. Kambing pun lagi happy, lagi produktif.
Ada
kawan aku buat kandang besar besar tapi gelap. Dah la bawah sawit.
Kelam dan muram aje kandang dia. Kena pasang lampu kalimantang siang
siang tengahari baru boleh nampak. Kandang paling gelap pernah aku
jumpa.
Dan
usaha pembiakannya memang gagal. Setelah 3 tahun tinggal 15 ekor,
walaupun masa dia start dulu lebih 100 ekor dia beli. Katanya nak
lagi cepat besar, cepat banyak kambingnya dari aku. Capex dia jauh
lebih besar dari aku dulu. Siap pagar cantik cantik 8 ekar. Memang
ratus ribu punya capex.
Sekarang
takde dah, malas nak membiak. Kandang luas luas muat 250 ekor tinggal
15 ekor.
So
kepada pembiak baru hati hati. Always keep abreast with information,
and from the right source. Dapatkan ilmu membiak dari pembiak tulen,
barulah tinggi sikit chances
nak berjaya.
Kambing
sebagaimana manusia perlukan cahaya matahari bukan sahaja untuk
memelihara fizikal tetapi juga emosinya. Badan dan perasaan yang
stabil akan memudahkan usaha pembiakan mereka ni. In fact aku rasa
ruminan macam kambing dan lembu perlukan cahaya matahari dalam
kuantiti yang lebih banyak berbanding keperluan manusia disebabkan
sifat merayau mereka. Dalam habitat semulajadi mereka, memang mereka
sangat terdedah kepada cahaya matahari.
Yaa
kita sebenarnya sangat sangat perlukan cahaya matahari.
Menerangkan
hidup kita, membuatkan kita rasa hidup dan bertenaga, serta
menggembirakan kita. Membantu menghilangkan kemurungan dan kesedihan
(sad) dan mengelakkan seasonal affective disorder (SAD).
Thanks
O My Great Lord the Intelligent, for creating the sun!
Correction
: Dalam post “ARB” sebelum ini, ARB sebenarnya adalah projek khas
MardiTech. Oleh itu ianya bukanlah syarikat sendirian berhad atau pun
berhad.
SAD tu aka cabin fever. Siap ada filem dengan judul yang sama lagi tu.
ReplyDelete