"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, July 16, 2012

THE FUNCTION


Adalah sangat membantu sekiranya kita tahu fungsi seorang penternak yang memilih untuk menjadi pembiak. Dalam banyak banyak jenis penternak, pembiaklah memikul tugas paling mencabar. Di pundaknyalah tergantung harapan rakyat untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.

Tetapi kita jarang dihargai. Pandangan kita sering diperlekehkan, kebajikan kita selalu diabaikan, dan kita kerap ditipu dan ditindas. Apalagi kita seorang pembiak kecil. Sememangnya mencabar tugas kita. Lebih baik kita masuk persatuan, sekurang kurangnya nasib kita terbela. Kepada mana mana pembiak kambing yang terbaca blog aku ni, boleh la join Persatuan Pembiak Kambing Malaysia. Boleh emel aku untuk maklumat lanjut dan borang keahlian.

Kita teruskan cerita. Jadi apakah fungsi seorang pembiak?

Assist those who are weak.

Bantu mana yang lemah.

Inilah fungsi kita, kenalpasti dan bantu mana mana kambing yang lemah. Bantu mereka untuk meneruskan kehidupan. Dalam kehidupan semulajadi atau liar, yang lemah ni akan mati. Yang kuat akan terus hidup. Natural selection favor survival of the fittest.

Tetapi sebaik sahaja kambing ini jadi ternakan kita, realitinya law of nature ini tidak lagi terpakai. Survival of the fittest bertukar menjadi survival of the weakest. Kita akan gunakan segala resource dan input yang termampu untuk membantu mereka yang lemah ini meneruskan kehidupan agar dapat memberi keuntungan kepada kita.

Dalam sesuatu gerompok ternakan, terbahagi kepada 3 golongan – 10% elite performer, 70% median performer, 20% low performer. Dan biasanya kita peruntukkan 80% masa rawatan kita kepada 20% yang low performer atau lemah ni. Normal.

Yang tak normalnya bila kita sibuk menghabiskan masa kita dengan 10% elite performer. Patutnya jangan kacau, sibuk sibuk nak bagi ubat atau dedak lebih atau perhatian lebih kepada kambing elit. Biarkan je diorang ni mendapat input yang sama seperti median performer.

Fungsi kita bukannya membantu kambing yang kuat tetapi membantu kambing yang lemah.

Adakah patut kita menakai (cull) kambing yang low performer ni?

Tak perlu bagi pembiak yang belum mencapai full running capacity. Lagi pun kita bela kambing pedaging, bukannya nak buat baka. Dan dengan kecanggihan rawatan dan makanan yang available kepada seorang pembiak sekarang, kita masih boleh mendapat hasil yang berpatutan daripada kambing low performer ni. Tinggikan sikit input kita, kita masih dapat output yang masih menguntungkan kita (kambing pedaging kacukan tempatan, lain lain baka hmmm I don't know).

Boleh ke kita meninggikan peratusan kambing elit dalam gerompok kita?

Bilangan boleh tapi peratusan tetap sama. 10%:70%:20% tetap tak lari. Akan sentiasa ada kambing yang low performer dalam gerompok kita. Sebabnya? Ok, katakan kita kahwinkan pejantan elit dan induk elit, adakah semua anaknya elit juga? Tak. 10% je anak dia yang elit, 70% median, 20% low.

Ia akan terus berulang. Itulah sifat pembiakan seksual atau 'mating', tak seperti pembiakan aseksual yang menghasilkan klon, sebijik macam induk asal.

Kita tak boleh kata ini kecacatan pembiakan seksual, pasti bersebab kenapa Tuhan jadikan macam tu. Kita dok kata kambing tu low performer berdasarkan kehendak kita (contohnya aspek kenaikan berat badan). Tapi mana tahu tiba tiba ada wabak penyakit baru yang menyerang kambing, yang kambing elit habih semua vulnerable tapi yang kambing low performer ni ada daya tahan pula. Mana tahu kan?

Hmm aku rasa itu ajelah kot cerita aku kali ni. Salam hormat.

5 comments:

  1. itu nisbah tetap la prof..10:70:20 ek.prof aku bru perasan market kmbing nih..kmbing akikah mmgla utk org Islam,tp kmbing utk sembelihan@selain akikah majoritinya dr kaum India ke prof..sbb aku prhatikn demand dr kaum India utk kambing sgt tinggi..n kebanyakan yg dtg beli kmbing smpai msuk ldang tempat aku pun org India..

    mgkin slah satu sbbnya diorg xbleh mkan dging lembu,so beralih kpd kambing..ptutla prof.xde mslh jual kmbg..Perak kn byak org India.xgtu prof.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demand untuk kambing memang tinggi betul dari kaum India. Tapi diorang tak makan bebiri. Kambing je yang diorang nak. Kalau berkaler, bertanduk lagi bagus. Sanggup bayar premium.

      Delete
    2. tula yg aku heran dgn sorg kwn India tu.bela biri2 punyela banyak dkat 150ekor.last2 xmkan jgak..okla tu aku bt sistem barter dgn dia.aku jual kmbg jantan xckup umur aku n amek biri2 betina dia.haha..bru ni amek 5ekor kmbg jntan aku ade 2ekor je cri jgakla kt member lain..dptle 3ekor biri dr 2ekor jntn tu.hehe..

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Wrmbth, tugas penternak ni dah kira macam sheriff. Hehe, I will uphold the law inside my barn. Anything you yell at me will result in suspendation of feed concentrate.

    BEtul la tu, ekonomi kalau harta berputar ditangan orang kaya saja maka nantikan lah balasan daripada Allah swt. Kes kambing pun sama, kalau kita terlebih manjakan kambing kelompok elit dan abaikan kambing median dan botom performer mana la nak jalan bisnes.

    Puasa pun tetap jadi gembala kan.

    ReplyDelete
  3. Aneh, jurang kekayaan (wealth gap) makin melebar kat malaysia ni. Terbukti dengan gini coefficient yang dipublish baru baru ini.

    ReplyDelete