Terima kasih kepada ahli
ahli dan bukan ahli yang ingin tahu perkembangan Persatuan Pembiak
Kambing Malaysia. Well PPKM masih bergerak aktif, dan realitinya kita
masih muda. Perlukan banyak usaha memperkenalkan diri. We are nascent
and we are still in the introduction period.
Ada banyak meeting antara
PPKM dan Kementerian Luar Bandar kebelakangan ni. A back and forth
series of intensely draining and exhaustive meetings. Dan aku tak
dapat hadir kerana faktor jarak. Bila tak dapat gambaran jelas, nak
update pun tak berani.
But frankly, blog aku ni
adalah blog peribadi. Bukannya blog rasmi persatuan. Jadi apa yang
aku cerita pasal persatuan adalah bercampur dengan pandangan peribadi
aku. Kalau silap cerita, mau naik angin pengerusi dan ajk. Boleh jadi
disaster. Mau berasap asap
telinga aku kena jentik.
Pasal
tu aku tak berapa nak cerita perkembangan persatuan, melainkan ada
website rasmi. Dan website rasmi ni sebenarnya dah jadi satu kerja
full time juga. Nak kena engage seorang petugas atau pegawai khas
persatuan.
That
will cost money. A lot. N we don't have the resources.
Anyway hasil mesyuarat
panjang x lebar x tinggi = isipadu dengan rural ministry ni, diorang
dah setuju bekerjasama dengan kita persatuan. Funding pun dah
release, possibly akhir tahun ni kita start pilot project di 3
negeri. Melaka, N9, Perak. Mentor akan dipilih di kalangan ahli
persatuan. Dan mentor akan cari mentee 5 orang setiap tahun. Setiap
mentee dibekalkan 25 ekor kambing.
Kita start kecik. Tak
mahu besar besar. Sebabnya anything that opens to great fanfare
usually fail miserably. Lebih baik start kecik kecik susah susah diam
diam. Kalau kena kutuk, dipandang remeh lagi bagus, lagi aku suka.
Haa tinggilah sikit peluang nak berjaya.
Tapikan nak cari mentee
yang qualified susah sikit, yang membuatkan aku termenung. Potential
mentee banyak, ketua kampung punya list sedara mara dia je dah
panjang berjela jela. Tapi nak cari yang betul betul berkelayakan –
yang driven, knowledge seeking, discipline, charitable. Kalau
main hentam aje pilih mentee, alamatnya jadi macam banyak projek mana
mana ministry sebelum ni.
Tunggang langgang. 99.99%
gagal (statistik ni orang kementerian sendiri yang cakap).
Pening jadi mentor macam
ni. Anyway aku ada satu observation yang aku nak nyatakan di sini.
Kakitangan (atau pegawai
je?) kerajaan memang suka meeting. Kalau tidak takkan jadi kat
kitorang 10 meeting sebelum keputusan dicapai.
Ten meetings to arrive at
one decision. Thats a ratio of 10 to 1.
Marvelous. Magnificiently
efficient. Truly musyawwarah.
Obviously these guys love
meetings. Mungkin disebabkan lebih banyak meeting, lebih banyak
nescafe dihidangkan dan diminum. Jadi otak berjalan lebih baik, lebih
banyak light bulbs muncul, lebih terang benderang, so better
decision making.
Makanya aku menggesa
penubuhan sebuah kajian saintifik (bukannya Royal Commission of
Inquiry hehe) untuk mengkaji kaitan antara kekerapan meeting,
kekerapan minum nescafe, dan kualiti decision making.
Dan kalau kajian tersebut
mendapati lebih kerap meeting, dan lebih banyak nescafe diminum, dan
kualiti decision making bertambah baik, maka aku propose semua agensi
kerajaan mengambil langkah serupa.
Mewajibkan semua pegawai
yang masuk meeting untuk minum nescafe sebanyak mungkin. Dan buat
meeting banyak banyak.
Better decision making
will lead to better policy. N better policy will lead to a better
nation. No doubt about it.
Semuanya disebabkan lebih
banyak nescafe diminum oleh pegawai pegawai kerajaan.
Hehehe.
Dan kajian saintifik
tersebut boleh juga uncover berapa banyak caffeine junkie
dalam pejabat pejabat kerajaan. Dan berapa banyak budget kerajaan
dihabiskan untuk caffeine consumption. Ahh that will be a very
very interesting study..
Good day!
planning kita slalunya cantik dah..tp bila smpai bab melaksanakan tu yg hancur.kronisme trlalu tinggi.ukuran penilaian brdsarkan siapa kenal siapa.Makin tinggi pangkat orang yang dikenali makin cerahla peluang untuk mendapatkan sesuatu..
ReplyDelete25ekor tu kmbing jenis apa prof?kalu aku jadi mentee ok jgak nih.haha..mentor kalau di Pahang ni aku tak nampak siapa yang layak.Kebanyakannya berskala kecil dan baru,yang tinggal orang lama mungkin Panching Ternak.Tak dapatla aku jadi mentee.haha
Kalau nak cakap pasal tunggu giliran memang tak dapat la. Takpela, aku sanggup lalu jalan susah belajar dari bawah daripada terus dimanjakan. Kalau ada orang nak tolong alhamdulillah. Tak nak tolong pun takpa, Allah dan hukum alam tetap ada.
ReplyDelete