"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, August 9, 2012

BILA ISAL DATANG PART 2


Isal datang ke ladang aku itu hari dengan membawa ipad atau something like an ipad. Yaa tablet pc sebenarnya. Boss dia sponsor. Kaya betul boss dia ni. Kereta toyota vios 1.6 pun bagi.

Dan aku terkejut bila isal boleh guna facebook kat ladang aku. Maknanya adalah connectivity. Selama ni aku ingat tak dak coverage. Isal prove otherwise. Tapi tu lah kat rumah aku signalnya lemah, weak connectivity. Kena pi duduk bawah sawit, baru kuat sikit signalnya. Kacau gak ni, takkan nak keluar rumah berpanas berhujan bergelap bila nak masuk internet.

Anyway bila bini aku tahu ada wireless broadband coverage, dia pun rajinlah pujuk aku suruh melanggan. Senanglah dia melayan facebook ngan kawan kawan dia. Bini aku lagi handal dan mahir main facebook berbanding aku. Aku tak tahulah sindrom apa yang terjadi kat aku, tapi sebaik sahaja aku tengok facebook aku terus jadi pening.

Information overload. Terus jadi mabuk. Pening pening. Bagi akulah blogging ni senang sikit, learning curve takdelah curam sangat. Kalau facebook, baru tengok dah pening, tak sempat nak masuk learning curve hehe.

Tak tahulah nak langgan ke idak. Godaan tinggi ni. Buat masa sekarang aku pi cybercafe untuk update blog. Sekali pergi seringgit dua ringgit bayarnya. Purata 2 kali seminggu. So kos cyber cafe lebih kurang rm16 sebulan. Tapi nak kena ambilkira minyak dan masa. Kena pula cybercafe 15km jaraknya dari rumah aku. Memang tinggi kos.

Kalau aku langgan wireless broadband, berapa ye? 100 sebulan? Lebih kurang kot. Tapi slow kan nak download? Leceh gak tu. Tensen menunggu.

Hmm aku rasa aku buat cara sekaranglah. Pi cc bila sempat. Wireless broadband memang instant, continuous connectivity tapi aku rasa aku tak perlukan ciri itu. Aku lagi suka ada masa, ada kesempatan untuk detach, membebaskan diri dari cengkaman teknologi. Ada masa untuk buat benda lain tanpa asyik memikirkan blog dan facebook.

I can live without the need to stay connected.

Yeah, I can live.

Live my life.

As an overcaffeinated goat boy.

Good day!

*Aku baru dapat tahu yang pekerja indon aku boleh layar internet, facebook kat ladang aku ni. Siap access aku punya blog lagi. IT savvy betul pekerja indon aku ni. Malu pulak aku dibuatnya. Aku sendiri guna handset nokia rm90, pekerja guna smartphone. Aiseymann..

2 comments:

  1. assalamualaikum prof..

    itu smsung galaxy tab 10.mrah je jual kmbg 3ekor dptla.haha..pakej broadband hari tu aku pakai Celcom RM68 sebulan.Tapi lepas duduk siam rugi jela bayar tapi tak pakai,jadi batal langganan dan ambil pakej harian atau mingguan jenis top up.1 hari Rm5,seminggu Rm18.Hehe..

    memang power pekerja indonesia prof tu.lawan tokey nampaknya.tapi aku rasa lagi jimat dia pakai internet untuk menghubungi keluarga di indonesia dari pakai panggilan biasa.boleh gune whats app dan video call lagi.mungkin sebab tu dia pakai smartphone ada internet..

    ReplyDelete
  2. oh voice call murah la kot guna internet, flat rate, canggih canggih. macam mana aku tak tahu yek, slow betullah

    ReplyDelete