Dalam post : Egypt the
short lesson, aku ada cerita pasal sifat madu yang tak akan basi, tak
akan rosak buat selama lamanya, tanpa perlu sebarang teknologi
pengawetan. Dan aku ada beli madu kat supermarket, yang beri kesan
sampingan kepada aku.
Sekarang aku tahu kenapa.
Madu yang dijual di
supermarket dan pasaraya bukan madu tiruan. Ianya adalah madu asli,
ori gak, cuma asal madu tersebut adalah dari lebah yang diternak. Dan
madu supermarket ni masih jauh lebih baik dan meyakinkan daripada
yang dijual di kaki lima atau salesman yang dok pusing kedai kedai
makan.
Sekurang kurangnya ia
adalah 100% madu, tanpa campuran gula tebu atau gula batu, walau pun
daripada lebah yang diternak.
Tapi ada perbezaan yang
besar bagaikan langit dan bumi antara madu dari lebah liar dengan
madu yang diternak. Perbezaan yang tak nampak dengan mata kasar
melainkan dikaji secara mendalam.
Tobias Oloffson dan
Alejandra Vasquez, penyelidik Jabatan Perubatan Mikrobiologi di
Universiti Lund, Sweden mendapati lebah liar dan madunya ada
sekumpulan bakteria asid laktik yang unik (ada lain sikit daripada
yang dalam yoghurt atau produk susu difermentasikan). Bakteria ni
hidup dalam perut lebah liar, makan nektar (manisan bunga) yang
dikumpul oleh sang lebah, menukarkan sebahagian nektar kepada madu
dan merembeskan asid laktik unik sebagai bahan buangan.
Bakteria unik ini
melindungi nektar dan madu, dan sang lebah beserta larvanya. Bakteria
unik ini adalah komponen maha penting bagi sistem imun lebah.
Dan bakteria unik ini
tidak wujud atau wujud sedikit sangat dalam lebah madu yang diternak.
Dang!
Tuan tuan, lebah madu
yang diternak sekarang diberi makanan sintetik. Mereka tak perlu
terbang jauh mencari bunga (nektar) macam lebah liar. Jadi dalam masa
yang singkat lebah madu yang diternak ini dapat mengeluarkan madu
dalam kuantiti yang banyak berbanding saudara liarnya.
(Macam cerita kambing
liar dan kambing fidlot – serupa).
Dan lebah madu yang
diternak ini diberi antibiotik 3 atau 4 kali setahun demi menjaga
survivalnya – antibiotik ni memang sangat berkesan dalam
mengembangkan populasi lebah madu dengan drastik, sebab itu ia
digunakan. Serupa juga macam umat manusia – teknologi medicine
(antibiotik) dan sanitasi berjaya melonjakkan umat manusia kepada 7
billion dalam masa singkat.
Malangnya makanan
sintetik dan antibiotik membunuh bakteria unik ini. Dalam semua botol
madu lebah ternak yang dijual di supermarket – bakteria asid laktik
ini tak wujud. Padanlah bila aku makan, macam takde apa apa pun. Side
effects lagi ada. Health effects melayang ntah ke mana.
Nampaknya kena cari madu
liar jugak ni.
Kono jadi spiderman
berani panjat pokok tualang!
Salam.
madu di tngan kananku,racun di tngan kiriku(lagu singkong dan keju).haha..mcm tu ye beza madu dri lebah liar dgn lebah ternak.skrg mmg byk org ternak lebah kelulut..di integrasikan dgn tanaman yang berbunga.lebih2 tak tahula pulak..prof tak nak ternak lebah kelulut ke?tmbah source of income tu..hehe
ReplyDeleteLebah kelulut ni lebih kepada pendebungaan kan? Bukan apa, lebah lebah ni takut langgar masuk kandang kambing, habih kambing aku.
ReplyDeletelebah diternak untuk madunya..selain itu mmg agen pendebungaan semulajadi prof..btul tu btnye di attack kmbing tu,ok lg..kalu di attack tuan kambing lagi naye..haha
ReplyDeletebaru2ni aku ade tengok rancangan Madu Tiga dlm tv1, katanya madu liar dan ternak sama jee, kita je memandai kata tak sama, diorg buat ujikaji bertahun2 maa..
ReplyDeleteBtil tu...
ReplyDeleteMadu liar dan madu lebah ternak sama je kuqlitasnya...
Lebah ternak pun hidup meliar gak
ReplyDeletebetul tu..aku sokong.mane ade madu ternak makan dedak
ReplyDeleteada maklumat tak betul dlm artikel nni
ReplyDeleteada maklumat tak betul dlm artikel nni
ReplyDeleteYa aku pun ada tgk rancangan tu....madu liar ngan madu ternak sama khasiatnya....bezanya cuma panjat pokok dgn tak je....
ReplyDeleteMadu ternak pun ada banyak kaedah.. kalau lebah ternak cari nektar dari pokok bunga tertentu mesti beza kalau nektar dari bebunga hutan.. mesti berbeza dari lebah yang diberi nektar/sirap/gula mcm setgh tgh penternak buat.
ReplyDeleteWebsite paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
- Adu Q
- Bandar Q
- Bandar Sakong
- Bandar Poker
- Poker
- Domino 99
- Capsa Susun
- BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )
Contact Us
Website arena-domio.net
WA : +855964967353
Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop