Archeologists yang
menggali kubur Firaun Firaun di Valley of the Kings sering terjumpa
setempayan besar madu lebah di sebelah sarcophagus maharaja maharaja
mesir ini. Kesemua madu lebah ini telah berusia lebih 3000 tahun.
Anehnya madu ini masih boleh dimakan. Setelah dibuat ujian makmal,
didapati tiada sebarang unsur bakteria atau virus yang bersarang
dalam madu lebah itu, walaupun berusia ribuan tahun.
Madu lebah adalah satu
satunya makanan dalam dunia yang tidak akan basi, tidak akan rosak,
tidak akan ada expiry date, dan tidak memerlukan sebarang teknologi
pengawetan atau penyejukan. Madu lebah bersifat antibakterial dan
antivirus yang cukup kuat. Madu lebah juga adalah salah satu makanan
dalam syurga selain daripada daging, susu dan buah buahan.
Maka madu lebah eloklah
dijadikan suplemen kesihatan yang diambil hari hari. Akan tetapi aku
sendiri ada masalah bila makan madu lebah hari hari. Badan jadi panas
dan bibir pecah pecah. Allergic reaction kot. Satu lagi sebab aku
beli madu lebah yang jual kat supermarket ni. So tak tahulah ori ke
tidak. Mungkin makan yang cetak rompak punya jadi adalah undesirable
side effect and special effects.
Ok. Egypt atau Mesir
terletak dalam zon cuaca panas dan kering, atau arid macam
australia dan south africa. Besar dan luas. Ada 84 juta penduduk. Dan
98% rakyatnya menghuni lembangan Sungai Nil yang merupakan 5%
keluasan Mesir. Lagi 95% adalah padang pasir, wasteland. Tanpa Sungai
Nil, Mesir adalah kawasan yang sangat tandus dan tiada peluang
menjadi peradaban (civilization).
98% rakyat menghuni 5%
kawasan? Maknanya 82 juta orang bersesak sesak, macam sardin dalam
tin pula. Sayangnya, kawasan yang subur macam Sungai Nil ni patutnya
dijadikan kawasan pertanian je, tak patut dijadikan penempatan.
Kalau australia pula
penduduk sama macam Malaysia 30 juta orang je tapi luas mak aih.
Memang patutlah kambing lembu lebih banyak. Kena pula panas dan
kering, kurang sesuai untuk pertanian tapi cantiklah untuk
penternakan. Sama macam Egypt.
The fact is, lembangan
Sungai Nil adalah tanah paling subur dalam dunia. The most fertile
flood plain in the planet. Hmm flood plain ni maknanya sering dilanda
banjir secara bermusim. Dan banjir ini menyuburkan tanah dengan cara
mengganti nutrien nutrien dan memberi peluang untuk tanah berehat.
Secara berkala. Setiap tahun. So flood plain ni sesuai sangatlah
untuk tanaman jangka pendek tetapi tak sesuai pula untuk tanaman
jangka panjang.
Unfortunately, lembangan
sungai Nil hanyalah 5% kawasan Mesir. 95% adalah desert and
wasteland. Tak sesuai untuk pertanian tetapi sesuai sangat untuk
penternakan.
Didapati kambing kambing
di kawasan desert and wasteland ni memiliki saiz yang lebih besar dan
mortaliti lebih rendah berbanding saudaranya yang diternak di kawasan
lembangan Sungai Nil. Sebabnya parasit banyak sangat di kawasan subur
tetapi parasit kurang di kawasan tandus (panas dan kering).
Walau pun rumput rumput
nampak subur, gemuk, tebal menghijau di kawasan lembangan Sungai Nil
tetapi konsentrasi parasit yang terlalu tinggi menyukarkan usaha
pembiakan kambing (atau ruminan lain). Berbeza pula dengan kawasan
padang pasir. Rumput nampak kurang tetapi parasit pun rendah
konsentrasinya. Senang pula usaha membiakkan kambing di sini.
Lesson : Kita di Malaysia
yang tropika ni (panas dan lembap) memang kena beratkan usaha
pengawalan parasit di kalangan ruminan kita. Memanglah rumput banyak
subur menghijau jadi tak perlu risau makanan tetapi parasit ni pula
yang menjadi bebanan utama kepada pembiak pembiak di Malaysia.
So aku propose budget
research untuk parasite control ditingkatkan (atau lebih baik dilipat
gandakan). Penting ni pasal parasite problem ni memang unik kat
negara negara tropika tak macam negara negara panas dan kering. Kita
kena ikut jalan lain sikit daripada diorang ni.
Tapi tulah Malaysia kita
ni kan, kurang kesedaran memburu ilmu, tak berapa nak menyelidik.
Cuba bayangkan, cuma 0.2% aje peruntukan utk research daripada GDP
Malaysia ni. Amerika pula membelanjakan 2% GDP untuk research. Pasal
tu jauh sangat jurang teknologi. Semua negara maju sanggup belanja
tinggi untuk research.
Kali ni China yang
berhasrat mengejar dan meninggalkan Amerika giat menambahkan usaha
penyelidikan. Belanjawan researchnya lebih 3% GDP. Jadi langkah China
untuk mengejar status negara maju semakin pantas. Kita? Habis kat
pilihanraya kot? 10% GDP apa?
Anyway cerita pasal Egypt
belum habis lagi.
Egypt sebelum Arab Spring
ni sebenarnya makin mundur dan mundur di bawah pemerintahan diktator.
Dictatorship ni salah satu sistem perintah yang tinggi corruption
levelnya. Bila rasuah berleluasa, semua polisi negara tak berjalan
sempurna, tak sampai target. Yelah peruntukan tak sampai ke tangan
yang sepatutnya, gagallah semua program pembangunan.
Termasuklah polisi
pembangunan pertanian Egypt.
Realitinya Egypt adalah
pengimport gandum terbesar dunia. The world's biggest grain importer.
Dan pembekal utamanya adalah United States of America. US membekalkan
gandum sebanyak 3 juta tan pada 2010. 3,000,000 tan. Banyaknya.
Masalahnya Egypt takde duit nak bayar. Terpaksa bergantung kepada US
untuk menukarkan pembelian sebagai bantuan (aid), dengan kebenaran US
Congress. Dan US Congress dipenuhi pengaruh Zionis. Dan 500,000
tentera Egypt bergantung kepada persenjataan, spare part, kepakaran
dan bantuan Amerika.
Maka Egypt di bawah Hosni
Mubarak adalah boneka yang tunduk sepenuhnya kepada kemahuan Amerika
dan Zionis. Maunya idak, kalau melawan, tak dapatlah makan roti
gandum. Kelaparanlah dia, konconya dan sekalian rakyatnya. Bila
rakyat lapar, berlakulah uprising, hilanglah kuasa dan kekayaannya.
Maka lebih baik dia tunduk kepada master nya, yang mengumpan umpan
roti gandum di depan matanya. Like a dog puppy, wagging his tail
incessantly, wishing to please his master just to get that pieces of
bread.
Inilah jadinya bila kita
memandang ringan pembangunan sektor makanan negara, dan bila rasuah
menghalang niat baik saki baki polisi yang bagus tujuannya. Kita
macam mana? Takkan nak jadi macam Egypt?
Semua negara maju
mengambil berat sektor penghasilan makanan mereka, apalagi makanan
ruji. Masing masing melaburkan wang yang banyak untuk research, dan
selalu bersedia dengan subsidi. It's food security. No food, no
power.
Kerajaan yang bijak, yang
mahu terus berkuasa, akan memastikan pengeluaran makanan dalam negara
cukup untuk rakyatnya, akan memastikan harga makanan tidak
membebankan rakyat. Self sufficient and affordable to all levels of
citizen. Barulah rakyat tak bising bising sok sek sok sek nak
tumbangkan kerajaan.
Egypt sekarang menghadapi
masa yang sangat sukar. Siapa yang jadi pemimpin sekarang memang
tersepit, berat kepala tak boleh nak tidur. Macam macam masalah yang
membelit. Antara keperluan rakyat atau kehendak rakyat (necessity or
want), Amerika dan Zionis.
Berat berat.
Semoga kita tidak akan
sampai ke dalam situasi Egypt.
Salam.
Assalamu'alaikum Wrmbth,
ReplyDeleteanalytical dan critical thinking nih. Hoho.. Vote for Malayan Goat Party.. Cross breeding with local blood for sustainability of the nations.
Haha
Parti Cap Kambing hahaha
DeleteWalaupun ko ada sindrom asperger, rasanya ko tak da masalah bergaul dengan orang atasan korporat nih. Membuatkan aku teringat filem TEMPLE GRANDIN di TV ALHIJRAH 2 minggu lepas tentang penghidap dyslexia yang merevolusikan penternakan lembu di Amerika. Kisah benar ni..
DeleteAssalamualaikum prof serba tahu..
ReplyDeleteade unsur politik cket dlm entry trbru ni.mgkin byk komen la kalu bab2 politik xcaya tanya fairul.haha..dasar kerajaan berkaitan makanan negara aku ingt dh byk dh tp dr segi pelaksanaan mmg hancuss..mgin sbb diktator msih ada dlm Malaysia nih wpun dh ltak jwtan.hehe..
kebetuln trbaca psal bantahan Petani di Jepun trhadap TPP(Trans Pacific Partnership ala2 FTA) antra jepun,US,Canada,Singapore(apsl Singapore join??)..yg bkal mnyebabkn 2juta petani n pekerja sektor pertanian trjejas.smbgan sektor prtnian xsmpai pun 1% kpd KDNK Jepun tp sektor ini bgitu dlindungi mgkin ade kaitn dgn food security yg PSt alwi sbutkn..kita pulak mcm mane??slagi ade untg utk org tengah n org dlm jabtn.tertentu..blasah jelaa..APTB...
Aku nak sentuh juga pasal Pejabat Pemakmuran Ternakan dalam entri ni, tapi aku dah delete. Bulan pose, takpe dah habis puasa nanti sambung balik.
Deletelupe pulak nk ltak link..hehe..http://www.businessweek.com/articles/2012-08-02/japan-wants-free-trade-dot-its-farmers-dont
ReplyDeletePolitik ni isu sensitif. Lebih2 lagi kalau tentang tanah air tercinta ni. Kebanyakan orang nampak satu pihak hitam dan satu lagi putih. Tapi dunia ni kelabu. Mana ada orang betul semua dan salah semua kecuali nabi yang maksum.
ReplyDeleteKasihan orang rohingya di Myanmar, kalau tulis tentang mereka pun mana ada orang nak komen ya tak. Tapi kalau kita perhatikan, kebanyakan etnik yang kena tindas ni memang daya inisiatif rendah, kalah dalam persaingan dan salah memberi keutamaan pada nilai yang dipegang.
Wallahu'alam
Apesal kerajaan Malaysia senyap je, genocide ni macam Pol Pot di Cambodia.
DeleteTapi kan korang perasan tak???
Yang selalu jadi mangsa invasion/genocide/ethnic cleansing semuanya kaum petani. Kalau kaum pastoralist (penternak) diorang jadi invader/killer. Contoh Mongol - China, dan di Rwanda Tutsi - Hutu.
Makes me wonder why..
Benda ni isu ASEAN, ahli asean dah consensus takkan masuk campur urusan negara anggota. Rumit tapi masih ada gerakan underground juga tolong mereka ni, cuba tengok berapa ramai orang mereka di Malaysia.
DeleteAku pun tak berapa faham benda macam ni. Setahu aku, kaum penternak ni perlu cari sumber penting iaitu makanan ternakan mereka seperti kuda dan kambing. Kawasan tandus ni memang tempat mereka jadi sifat nomad ni membuatkan mereka pindah randah dan cukup sesuai untuk hit and run macam taktik gerila. Hehe..
Temple grandin..
ReplyDeleteLink: http://www.templegrandin.com/
copy dan paste di browser anda