1921.
Britain adalah empayar
terbesar dunia, menguasai satu perempat tanah di bumi. Tentera
lautnya adalah terkuat dan termaju di dunia. Tetapi yang memeningkan
British adalah jajahannya yang berterabur merata rata di segenap
ceruk dunia dan tentera daratnya yang tak sekuat mana.
Field Marshal Sir Henry
Wilson, Chief of Imperial General Staff : “ Our small army is much
too scattered... in no single theatre are we strong enough – not in
Ireland, nor England, nor on the Rhine, nor in Constantinople, nor
Batoum, nor Egypt, nor Palestine, nor Mesopotamia, nor India”.
Mempertahankan jajahan
takluknya yang sebegitu luas adalah mustahil, apalagi menyerang
negara lain. Britain terpaksa bergantung kepada diplomasi (lebih tepat, tipu daya) berbanding kekuatan ketenteraan.
1932.
Bilamana empayar Jepun
semakin kuat dan menjadi ancaman kepada Soviet dan negara negara
Eropah yang memiliki jajahan di Asia – ketua turus angkatan tentera
British berkata pada bulan februari 1932 : “the whole of our
territory in the Far East as well as the coastline of India and the
Dominions and our vast trade and shipping, lies open”.
Overstretched.
Britain nampak kuat
bilamana dia memiliki jajahan yang sebegitu luas dalam sejarah
manusia, tapi sebenarnya dia lemah. Terlalu banyak komitmen. Dan bila
perang dunia ke 2 meletus, pakatan Allies – Britain, Perancis,
Soviet Union memerlukan bantuan Amerika untuk menyelamatkan mereka
daripada serangan pakatan Axis – Jerman, Itali dan Jepun.
Amerika adalah pemenang
sebenar perang dunia ke 2, menjadi kuasa dunia dan polis dunia
selepas perang tersebut.
Persoalan aku, yang
membuatkan aku tertanya tanya sempena Hari Merdeka ni, apa yang
sebenarnya terjadi bilamana Tunku Abdul Rahman pergi ke London untuk
urusan kemerdekaan Tanah Melayu?
British sangat lemah
selepas perang dunia ke 2. Banyak jajahannya bila dapat menghidu
kelemahan British ni, berderet deret mengisytiharkan kemerdekaan
termasuk Tanah Melayu. Tapikan takkan semudah itu British nak bagi,
takkan mudah dia surrender lordship dia ke atas kita ni?
Orang di tampuk kuasa
mana mahu lepaskan kuasa sebegitu mudah, ye tak?
Anyway, cerita sebenar
aku ialah 'overstretched'. Yaa aku rasa aku dah overstretch sekarang
ni. Seorang pekerja tak mampu menjaga dengan sempurna 350 ekor
kambing. Dari segi teori nampak bolehlah, tapi penat oo. Boleh jaga,
tapi tak sempurna, kurang detail.
Sekarang ni pekerja aku
main job dia jadi gembala kambing. Side job – cari rumput untuk
anak kambing. Bersihkan tahi kambing tu dah kira upah lain. Merawat
kambing dia tak buat, aku yang buat. Total work hour – 6 ke 7 jam
sehari.
Hmm tak sampai 8 jam pun.
Ada kandang kambing aku pergi, pekerja kerja dari 7 pagi sampai 11
malam. 14 jam sehari. Gaji 700 – 800. Kena rawat kambing, kena
perah susu, bagi susu botol kat anak kambing. Betul betul perah
tenaga kuli. Rasa macam slave labor plak.
Kat kandang aku takde
buat macam tu. Takde nak bagi susu botol anak anak kambing ni. Jadi
takdelah teruk sangat kerja. Biasanya pekerja aku start 9.30 pagi,
dan habih kerja 4.30 petang. Takdelah sampai ke tengah malam kerja.
Maknanya sistem semi
intensif dengan 350 ekor kambing boleh lagi guna seorang pekerja
sekiranya aku bantu. Aku punya main job – rawatan kambing,
bagi makan kepada anak kambing dan kambing sakit yang tak boleh ikut
meragut, dan bagi makan kambing kambing jantan yang dah cerai susu di
kandang jantan. Total work hour – 2 jam.
Dan memandangkan aku
takde bekalan air paip, aku guna tubewell, dan sekarang musim kering,
aku habiskan masa pam air ke tangki rumah aku, rumah pekerja aku,
kandang kambing – tambah lagi 1 jam setengah.
Kalau betul betul nak
perah, nak guna seorang je pekerja, boleh gak tapi aku tak suka. Aku
lagi suka dia fokus pada tugas gembala kambing.
Dan kalau aku tengah
rajin, betul betul on the mood, aku akan kerja dari 6 pagi sampai 7
malam. Lagi lama dari pekerja aku. Pasang tag telinga, potong kuku
anak kambing yang tak reti reti turun kandang, mesin rumput yang dah
memanjang keliling kandang, update rekod ternakan bla bla bla.
Sebenarnya majikan lagi
lama kerja dari pekerja, betul tak?
Anyway yang betul betul
buat aku rasa overstretch sekarang ni adalah kedatangan orang ke
ladang aku. Selalu orang datang, hampir setiap hari. Walau pun ladang
aku takde papan tanda, walau pun aku tak guna iklan memberitahu orang
lain kewujudan aku. Itulah dulu masa start bela kambing, selalu
mengharapkan orang datang ke kandang, la ni bila dah banyak visitor,
jadual kerja plak lari, susah nak buat.
Aiii memang dilema. Pasal
tu aku rasa nak kena engage lagi seorang pekerja.
Menurut buku panduan
imigresen, ladang kambing yang buat semi intensif hanya boleh ambil
seorang pekerja sekiranya kambing 300 – 500 ekor. Tak boleh ikut
sebenarnya ni.
Bayangkan kambing 300
ekor. Bila lepas bukan semua ikut meragut. Nuun berderet deret anak
kambing kecik kecik kena tinggal kat kandang. Kalau pekerja sorang tu
dah jadi gembala, mana dia tahu apa yang terjadi kat kandang masa dia
tengah gembala? Takkan nak biarkan kandang tak berjaga, takde orang?
Kalau kita selalu ada kat
kandang takpalah, masalahnya kita ni banyak komitmen, kena beli
dedaklah, kenduri kahwinlah, anak beranak nak shoppinglah peh macam
macam hal. Lebih selamat tambah pekerja seorang lagi.
Mengelakkan overstretch.
Terinagt game red alert 2 . Soviet lawan allience. mEMang best pakai prism tank lawan apocalypse tank. Semoga sukses tuan. Bole jadi guideline orang lain insyaallah. Pencen kubur sampai lepas mati.
ReplyDeletePerghh.. Memang bersinar2 kubur orang buat baik ya.
aku addicted juga dengan red alert punya series. Masa bujang dululah. Dah kahwin, dah ada anak, memang takde masa nak main.
DeleteAku dah gantung joystick. Retire. Kira pencen macam ko la. Sekarang ganti main bela kambing. Lagi syok, Real time strategy jugak tu
DeleteTuan Alwi dah popular skarang.Sebab tu ramai pelawat dtg ke kandang.Tapi tak ada lagi yang pecahkan rekod aku sebagai Pelawat terawal sampai ye tuan.haha..kalau aku tak ada kerja aku apply dah kerja di kandang Tuan Alwi,gaji pun lumayan.Jauh dari hiruk pikuk kota..cuma dekat dengan jirat Cina jela.Seram jugak tu.hehe..Tuan gajikan jela bini Pengembala sekarang tu,laki bini keje senang tak ada nak bergaduh tak puas hati ape nanti.hehe..
ReplyDeletememang appoint bini dia ganti tugas aku masa aku takde. Laki bini memang stabil, reliable, boleh la diharap buat kerja.
DeleteWah. Aku suka main red alert.
ReplyDeleteBest. Suka game strategi.
Jaga kambing pun kena byk strategi.
Selain itu.. Age of empire. Pun sama!
Haha aku suka red alert, age of empire, civilization - semuanya genre strategi. Tak sangka pula ko pun sama.
DeleteWebsite paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
- Adu Q
- Bandar Q
- Bandar Sakong
- Bandar Poker
- Poker
- Domino 99
- Capsa Susun
- BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )
Contact Us
Website arena-domio.net
WA : +855964967353
Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop