"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, August 27, 2012

CAMBODIA


Masih cerita dedak. Pasal jagung dan soya. Belum masuk bab pkc dan pke dan pkp. Blog aku ni bukan pasal kambing aje, tapi yang berkaitan kambing. Akan datang, aku nak tulis apa yang aku fikir. Memang boleh lari jauh dari cerita kambing. Nak buat blog khas lain, malas plak rasanya. Mana ada masa lagi pun.

OK. Kerajaan kita mendapat suatu idea dalam usaha mengatasi makanan ternakan yang naik harga kerana dikuasai oleh segelintir pengeluar sahaja – US, China, India yang menjadi pengeluar utama jagung dunia. Tambahan pula cuaca dan tanah kita kurang sesuai untuk penanaman jagung besar besaran. Kecik kecik sederhana boleh la. Mass scale kita tak mampu kerana cuaca.

Banyak kali sebenarnya cubaan tanam jagung besar besaran oleh beberapa syarikat yang nak jadi supplier jagung kepada industri ayam di malaysia. Capex puluhan juta pun ada. Tapi setakat ni semua tumbang. Walau pun jagung kurang gunakan air, jadi secara teorinya lebih mudah lah dari tanam padi, tapi cuaca tropika ni cukup mencabar. Perosaknya hebat hebat.

Agaknya varieti jagung yang ditanam jenis manja mengada ngada kot, banyak sangat guna input walau output tinggi?

Ok, so kerajaan kita dah tandatangan kerjasama dengan kerajaan cambodia untuk membuka sebuah ladang jagung dan soya, khas untuk makanan ternakan. Di cambodia lah. Actually bukan kerajaan kita, tapi sebuah syarikat tempatan yang ada connection dengan tan sri halim saad. Amende ntah nama company tu... Markmore group kot.

Basically tanah yang diusahakan di cambodia tu dianggap milik malaysia. Aku pun tak reti nak cerita selok belok status dan taraf tanah ladang tu. Tapi yang aku tahu hasil mahsul ladang tu dikira produk malaysia, dan menghampiri status koloni macam zaman british dulu.

400,000 hektar. Bukannya 400,000 ekar ye. Maknanya lebih 800,000 ekar luas ladang jagung dan soya ni. Separuh daripada keluasan Felda sekarang, dan Felda adalah plantation terbesar dunia. Maknanya sekali buka ladang ni, terus jadi separuh felda luasnya. Luas ooo...

Modal? 2 billion US dollar. Sama harga dengan sebiji B2 spirit long range stealth bomber atau pun sebiji kapal aircraft carrier nimitz class atau pun dua ketul kapal selam LA class yang boleh bawak ICBM dalam perut dia.

That is a lot of capital, so markmore tak boleh buat sorang sorang, ada la joint venture.

Anyway baru je diusahakan, hasil belum dituai lagi. Tapi besarlah harapan aku, dengan pembukaan ladang khas untuk makanan ternakan di cambodia ni, akan mampu memberi kelegaan kepada pengusaha ternakan di malaysia yang telah lama bergelut dengan harga makanan ternakan yang terlalu tinggi.

Ke harapan aku je? Tengok tengok semua hasil ladang tu jadi makanan ayam je? Takdak menghala ke ruminan. Atau lagi sedih, hasil ladang tu dieksport pula ke luar negara. Haru haru kalau jadi macam tu.

Tapi halim saad kata untuk pasaran tempatan. Menteri pun kata macam tu. Harap harap janji ditepatilah wahai pak menteri dan pak halim ye.

Ntah la tuan tuan, kita tengoklah nanti.

3 comments:

  1. lepas US,Cambodia pulak ye.haha..Tan Sri Halim Saad dh involved dlm pertanian pulak.Dulu antra org trkaya Malaysia dgn company UEM.Lama jugak menyepi dia nih.Kalaulah projek ini mnjadi mmg akan mmbantu banyak pada industri penternakan.Tapi tak tahula kalau diorg jual kat pasaran lain pulak.haha..biasala org berniaga prof.mana offer tinggi dia dapat..aku takut sume pergi ke China je sbb trend skrg semua barang pergi ke sana.Biggest consumer market tu rakyat plak 1billion..hehe

    ReplyDelete
  2. Kawan saya kerja dgn syarikat tu. Memang dah beroperasi ladang besar tu. Last 2 years satu lagi syarikat berkaitan Tan Sri Halim nak buat integated ayam broiler jugak, guna baka apa ntah, bawak dari Europe. Tapi cancel or postponed. Maybe sebab tak sesuai kot. Masa kes NFC, syarikat yg sama actually propose to takeover/save NFC, tapi Gov tak setuju, sbb dah jadi terlalu political. Kalau Tuan nak bagi idea2 bernas untuk buat dedak tu, saya boleh sampaikan kt kawan saya tu. Manalah tau dia berminat nak dgr lebih lanjut.

    ReplyDelete
  3. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    - Adu Q
    - Bandar Q
    - Bandar Sakong
    - Bandar Poker
    - Poker
    - Domino 99
    - Capsa Susun
    - BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )

    Contact Us
    Website arena-domio.net
    WA : +855964967353
    Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

    ReplyDelete