ARB
ni Advanced Reproduction Technology Sdn Bhd. Ke Berhad? Aku dah lupa.
ARB ni anak syarikat MardiTech which in turn is owned by MARDI. Kot?
Ah lantaklah macam mana pun, yang aku tahu ARB ni ada bau bau
deodoran ngan Mardi.
Semalam
chief ARB tepon aku, katanya nak evaluate ladang aku sebagai
multiplier farm (ladang pengganda). Evaluate je, bukannya shortlisted
atau pun selected. Anyway cerita sikit pasal ARB ni yang aku tahulah.
ARB ni kat Kluang Johor. Tapi bukannya Institut Haiwan Kluang, lain
tu. Misi ARB adalah membangunkan usaha pembiakan baka kambing
boer di Malaysia dan ARB adalah ladang nukleus dengan kapasiti semasa
1500 ekor boer. Setup cost kalau tak silap aku antara 5 – 7 juta.
So
konsep yang digunakan ialah nukleus to multiplier to satellite. 3
peringkat.
Nucleus
farm ni ada satu je. ARB lah. Dan ARB telah ada 7 atau 8 ladang
multiplier di seluruh Malaysia. Tahun ni dia nak cari 7 lagi ladang
multiplier (geram betul aku tulis multiplier ni, dari tadi asyik
silap taip aje). Setiap ladang multiplier akan dapat 250 induk boer
dan beberapa pejantan boer dari ARB. Kemudian setiap ladang
multiplier akan cari 5 ladang satelit, dan bagi setiap ladang satelit
50 induk/dara boer hasil daripada pembiakan 250 ekor induk boer yang
telah diberi ARB.
Maknanya
ladang multiplier tak perlu bayar tunai 250 ekor induk boer tu. Tapi
bayar dengan anak kambing yang dihasilkan, dan bukannya kepada ARB
tetapi kepada ladang satelit. ARB bangunkan multiplier dan multiplier
bangunkan satelit. A proven concept dalam membangunkan usaha
pembiakan. (Kalau gagal, bukannya konsep yang bermasalah tapi
pengurusanlah, seperti biasa.)
Anyway
chief baru ARB ni tak pernah sampai lagi ladang aku tapi aku selalu
jumpa. Manakala chief yang sebelum ni pernah sampai 2 kali ke ladang
aku. Aku pun tak pernah sampai lagi ARB kat kluang ni hehehe. Jangan
marah chief, nanti ada masa aku pi lah.
Dulu
masa aku mula mula dengar program ARB 3 - 4 tahun yang dulu, ada juga
aku siasat siasat macam mana nak turut serta. Tapi masa tu aku tak
kenal top management atau chief chief ni. Yang aku kenal general staff kat ARB tu. So diorang kata “Awi, kalau ko ada dato' atau tan sri
belakang ko, back up ko, senanglah sikit mohon jadi ladang pengganda,
dapatlah 250 ekor boer”. Peh kena ada tan sri ka? Rasa nak je jawab
“tan sri memang takdelah, tapi kalau tiang seri kandang adalah, tak
boleh jugak ke?” Hehehe
So
antara syarat nak jadi ladang pengganda ialah kambing 200 ekor ke
atas dan menyimpan rekod ternakan yang teratur. Selain dari itu, ada
kapasiti untuk menampung 250 ekor induk dan anak anaknya. Obviously
kena ada modal besarlah. Bukan senang tu nak menguruskan 250 induk.
Aku sekarang 100 lebih induk kambing pun boleh tahan peningnya,
banyak kerja yang tertunggak. Kalau 250 induk?
Tertonggeng
tonggeng aku karang
Realitinya
aku takde kapasiti nak menampung 250 induk buat masa ini, walau pun
aku baru siap expansion boleh muat 300 ekor lagi (la ni ada 340
ekor). Kalau aku dah parking 250 induk boer kat kandang baru, mana
pula aku nak parking yang aku ada sekarang. Tujuan asal expansion
adalah untuk menampung perkembangan baka sedia ada.
Tulah
dulu nak sangat, sekarang ada peluang, entahlah.
Kepada
sesiapa yang habis membaca entri dalam blog aku ni, akan tahu yang
aku ni quite reluctant dengan boer ni. Unless crosses punya type. Haa
yang tu aku receptive sikit.
Atau
maybe ARB boleh loan kat aku pejantan pejantan best yang dia ada.
Boleh ke chief? Ok gak idea tu. Nanti bincang baliklah. Pasal aku
rasa offer jadi untuk multiplier farm ni di luar jangkauan aku. Out
of reach. Tak cukup keupayaan dan sumber. Kalau satelit boleh
consider lagi.
Hmmm...
kepada rakan rakan pembiak kambing yang mahu diberi peluang
menjadi ladang multiplier atau ladang satelit boleh la panjang
panjangkan cerita kat aku. Tapi syarat utamanya kena jadi ahli
Persatuan Pembiak Kambing Malaysia dan menyimpan rekod ternakan serta
mempunyai capacity dan capability yang cukup. Tak jadi
ahli, tak dapek den nak nolong.
Chief
dulu lain syaratnya, chief sekarang lain syaratnya.
Ok,
salam hormat.
ladang pengganda ARB bunyi mcm mnarik,tp knape aku xde dgr dh ldang2 pengganda yg lain sblum ni mcm Perfect Agro,Saypool Agro,Syamille Agro n even Boden pun agk senyap skrg..
ReplyDeletetp prof alwi jgn rsaula nk parking mna yg 340ekor tue..aku dgn rela hati terima dgn seadanya.haha..ikut harga Kamran la tapinya.hehe..
Unfortunately, they are failing, but not failed. Are failing, except BoDen.
DeleteKapasiti semasa 250 ekor je, dah terlajak ni. Memang setiap 2 tahun kena besarkan kandang. Ada sape2 boleh inject capital ka hehe?
Kenapa ya agensi kerajaan masih pandang tinggi pada kambing boer. Dah ramai sangat yang gagal tap masih nak terus kan juga. Kita tak boleh ubah arah angin tapi boleh ubah arah layar.
ReplyDeletePower and influence circulate the boer, local breed will have a tough time to crack this, may take several decades.
DeleteNorthern Australia which is subtropic, took a hundred years to finally recognize the facts.