"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Tuesday, July 2, 2013

CHASSIS LARI

Bukan daerah hilir perak.

Somewhere deep in Perak.

Seorang penternak kecil sedang merungut kepada seorang pegawai pejabat haiwan berkenaan kambing bantuan yang diberikan kepadanya. 10 ekor. Bukan rungutan pertama, tapi dah banyak kali.

"Macam mana ni encik, asal beranak je kambing ni, habih lari chassis anak anak kambing ni. Bengkang bengkok badan, nak berdiri betul betul minum susu maknya pun tak lepas. Habih mati semua anak anak. Rugi besarlah saya macam ni. Bagi makan bukan main lama, pulak tu penat nak uruskan anak anak kambing tulang bengkok ni, tapi takde hasil. Takde untung saya bela kambing bantuan ni, rugi ada".

Jawab si pegawai pejabat haiwan yang sudah acapkali dengar rungutan si penternak kampung.

"Nak buat macam mana. Kalau bagi ibu kambing cantik cantik sihat sihat, mudah menjadilah kambing beranak pinak. Tapi nanti rugilah pula yang dapat kontrak membekalkan kambing. Kalau semua kambing menjadi pembiakannya, macam mana pula geng depa (importer dan supplier) nak cari makan? Pasai tu depa bagi kambing cikai (slaughter) punya standard, bukan baik (breeder) punya standard"

.....................................

Kambing bantuan jadi kambing beban.

Importer dan pembiak sebenarnya opposing forces. Kepentingan masing masing sangat berbeza. Geng pembiak berjuang memajukan industri untuk jangka panjang, geng importer pula tiada hasrat memajukan industri tapi nak untung jangka pendek yang sangat lumayan.

Malangnya JPV sekarang gravitate, berpihak kepada importer. Pandangan importer diambil berat, selalu dipanggil mesyuarat. Tapi pandangan pembiak selalu diketepikan, dan jarang jarang dipanggil bermesyuarat.

Survival importer dipastikan, survival pembiak? Lantaklah mati berderet deret pun. Nanti kita tukar program, dari boer jadi dorper. Adalah punca baru keuntungan. Sok nanti dorper tak boleh cari makan, kita tukar lagi. Tukar dan tukar.

Dan gelombang demi gelombang kematian pembiak kambing terus menghempas.

Importer memang tak nak kita berhasil dalam membiak kambing. Memang tak nak. Rugilah mereka. Cakap memanglah manis bagaikan menanam tebu seribu ekar di bibir, tapi dalam hati - matilah ko penternak.

Tuan puan, importer dan supplier tidak dikenakan penalti walhal mereka membekalkan kambing tiada kualiti, tidak ikut spec, malah membahayakan dengan penyakit penyakit asing. Mereka membunuh industri, mereka membunuh kita semua, mereka berlaku zalim, tapi tiada sebarang tindakan diambil.

Tapi kita yang membiak, yang dapat kambing bantuan, diasak bertalu talu untuk membayar balik samada dengan kambing atau dengan wang. Kita dapat kambing sakit, bukan low grade, tapi langsung takde gred - dan kita disuruh membiakkannya, bayar balik dengan kambing sihat sihat.

Benih yang tidak baik diharap tumbuh subur menjadi pulau?

Kita berusaha membiakkannya dengan penuh siksa, sampaikan menitik nitik berjurai jurai peluh jatuh ke tanah. Wang simpanan kita habis, anak bini ikat perut, tangguh yuran sekolah - demi melihat keberhasilan ternakan kita. Malangnya kita yang dikenakan penalti bila kita sukar bayar balik kambing. Kita yang dikenakan tindakan.

Kita disenarai hitam. Kita dikatakan penternak yang tidak tahu bersyukur. Kita dikatakan bodoh lagi bahlul, tak tahu bela kambing.

Tuan puan sekalian, siapa sebenarnya kudis industri? Siapa sebenarnya racun industri? Siapa sebenarnya pembunuh industri? Siapa sebenarnya menggelapkan masa depan industri?

Kenapa penzalim tidak dikenakan tindakan, bebas sebebas bebasnya merosakkan industri? Tetapi kenapa pula yang dizalimi dikenakan tindakan?

Kenapa membiarkan mass killing ini berterusan?

Tuan puan pembiak kambing, sudah terlalu lama kita dizalimi dan ditindas. Sudah tiba masanya kita berdiri bersama dalam satu barisan, bergandingan bersama pembiak lain dalam satu saf. Kita akan bangkit menentang kezaliman dan penindasan. Kita akan bangun mempertahankan hak kita.

Kita akan berjuang untuk masa depan industri yang lebih cerah.

Kita sudah tahu siapa seteru kita.

Kita cuma perlu bersatu dan bersuara.

"Kejahatan dan kezaliman akan membiak bilamana kebaikan dan kebenaran berdiam diri"

Kita tidak akan membiarkan ianya berlaku.

Bangunlah saudara saudara pembiak ku. Bersama kita dalam satu saf, bergerak serentak, membentuk benteng terakhir. Sama sama kita berjuang!


Ayuh!

20 comments:

  1. Masalah ni dh lma prof. Kesian kt mreka yg bergntung harap pd kmbing pwah ni. Org2 jpv pun pndg sebelah mata je problem ni. Kmbing xelok pun bg,jnji penerima sign n kje diorg settle. Bila buat kje x ikhlas, penternak yg jd mgsa. Sy hrp ppkm dpt mnjadikn hal ni dpt diajukn pd pihak atasan. Selagi importer yg berhati busuk ni ada, slagi tu kegagalan demi kegagalan pnternak terjadi. Benih dh xbagus,xkn kita mgharapkn buah gred A.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kan mudah aje nak settle isu transparency ni. Documentation dan audit.

      in fact kalau jpv implement rigorous documentation, industri tempatan kita akan pantas berkembang. Broadband punya speed.

      tapi pegawai tinggi jpv tak nak keluar zon selesa. They have the power. They just need the will.

      The Will.

      Delete
    2. they need the guts to do it. walk the talk or walkaway.

      Delete
  2. Hamba nak focus tentang kerelaan jpv menerima haiwan yg dibekalkan oleh importer yg mana subpar dan out of spec.

    Bagaimana ini boleh terjadi?

    Adakah melibatkan elemen rasuah? Money changing hands?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasuah,komisen,lobi... bnda yg buruk bleh jd 'bagus'..

      Delete
    2. proper documentation can reduce corruption drastically.

      Mana mana pegawai yang tak makan rasuah, jujur dalam menjalankan amanah, mana ada problem kawasan diorang. elok aje membiak ternakan.

      Delete
  3. Ada kemungkinan ke anak kambing ni kekurangan zat atau nutrient deficient?

    It happens..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada hemat patik, kurang nutrien bleh jd sbb. Kalsium,selenium, vitamin E.

      Delete
    2. chassis lari ni terjadi pada kambing bantuan je. kambing lain ok.

      Delete
  4. Di Aussie ada mcm2 gred kmbing dr F1,F2,F3 dan sterusnya.Ada plak yg kategori sembelihan,pembiakan dan baka.Apa yg trjadi pd hekmat den,diorg beli yg slaughter/reject ni tp kira sbgai breeding protocol.brang beli di Aussie 300-400 smpai di Malaysia jd 1200,margin 800 sekor weh.Mau xkaya glongan opportunis ni..nak plak yg ada kabel dasar laut.mmg pyah nk diusik.hehe..

    Dua2 pihak brsalah importer n JPV..yg teraniaya penternak ler jwbnya..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tengok berapa orang pegawai jpv yang jaga pusat kuarantin di klia dan pelabuhan, entry points untuk kambing import.

      kat sini yang penting.

      tapi lebih penting lebih baik ialah tapisan sebelum kambing tu masuk ke bumi malaysia. Maknanya di negara sumber lah. Rasa rasa berapa orang yang handle ni?

      la ni jpv banyak handle disaster impact or aftermath. lagi baik curahkan tenaga kepada disease prevention.

      lagi baik terus haramkan import. ni dah pandangan ekstrim lah.

      Delete
  5. Tuan semua sedia maklum..malah saya sejak 2009 lagi (kumpulkan maklumat dari para penternak) dan tahun lepas saya hantar Memorandum kat MOA Putrajaya, berdasarkan keluhan penternak (yg kebanykan skrg ni sudah tutup kandang).

    memanglah, respon dari depa, sure takde, terimakasih pun takde..tapi ajak aku pi meeting kat Putrajaya..sorryla..aku banyak kerja lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebabnya bukan aku taknak pergi meeting..but as usual, they should know better than me..this is their field of interest..i am only a breeder..and I just/already gave them enough information..it is up to them to implement..

      jika saya pergi sekalipun, mereka akan kata mereka dah buat semua perkara, tetapi masih tidak 'berjaya'.so, better spent time to commercial breeder...who can success

      but commercial breeder is also an importer, betul tak?

      Delete
    2. meeting tu mesti dihadiri geng importer, nak counter attack breeder punya attack

      Delete
    3. dalam persatuan pembiak, commercial breeder takde yang jadi importer. Import awal awal untuk program breeding sendiri ye ada.

      semua ajk bukan importer.

      ahli boleh jadi breeder, importer dan trader. Bukan 100% breeder aje yang boleh join. Tetapi selagi amaun import tidak melebihi kuantiti yang dibiakkan.

      salah satu objektif persatuan ialah push jpv untuk meregulasi kualiti import dengan lebih baik. kita tak halang import buat masa ini, akan datang bila dah mula nampak cerah sikit pembiakan tempatan, kita akan push for as little import as possible.

      Delete
  6. assalamualaikum w.b.t,sy bru nak mulakan menceburi bidang penternakan...blh tak tuan2 share kambing dgn biri-biri mana satu yg permintaan pasaran tinggi..dn bila sy lihat comentar diatas macam jpv xleh nak caya 100 peratus jer

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum w.b.t,sy bru nak mulakan menceburi bidang penternakan...blh tak tuan2 share kambing dgn biri-biri mana satu yg permintaan pasaran tinggi..dn bila sy lihat comentar diatas macam jpv xleh nak caya 100 peratus jer

    ReplyDelete
  8. Sya bru berhasrat nk import kambing..nk jd trader jek.. pening kepala ni nk cri modal.. stu hal lg byk bnda nk dbuat. Permit dan sbgainya.. bila baca blog ni smgt nk bt breeding kembali.. byk peternak yg sya jumpa kbykannya nk bt trader sbb cepat dan mudah dapat keuntungan.. ada juga trader yg tak layan kita ,sebab kita breeding je.. ceta sal jpv puikk.. hampeh. Dorg tu staf jek tk tau pe pun. Peternak tu lain ceta la.

    ReplyDelete