"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Thursday, July 25, 2013

10% MANA CUKUP WEH!

Bila kita buka kitab purbakala jpv berkenaan ternakan ruminan kecil seperti kambing, kita dapati recommendation kuantiti rumput segar yang mencukupi bagi seekor kambing ialah 10% daripada berat badannya. Kiranya kalau berat kambing 30kg, kuantiti rumput segar (basah) yang harus diberi setiap hari ialah 3kg. Menurut jpv, cukuplah 10% ni, tak payah dah tambah dedak atau suplemen. Kambing boleh maintain dan perform baik pada tahap 10% ni.

Boleh ke?

Mmmm.. No.

Aku tak fikir sebegitu.

Aku lihat kebanyakan penternak baru, termasuk aku suatu ketika dahulu, terperangkap dengan cerita 10% ni. Pasal tu, banyak kambing kurus tak cukup makan, dan banyak kambing underperform.

Aku rasa recommendation 10% ni dicedok daripada artikel negeri omputih, negeri negeri yang cuacanya temperate atau panas kering. Di sini purata bahan kering (dry matter) foraj adalah 20%-30%. Maksudnya kelembapan (moisture), atau air ada dalam lingkungan 70%-80%.

Dry matter ni penentu kuantiti tenaga yang ada (available) dalam foraj tersebut. Lagi tinggi peratusan dry matter, lagi bagus, lagi banyaklah kuantiti tenaga. Takdelah banyak sangat kuantiti foraj yang perlu dimakan bagi membekalkan tenaga secukupnya untuk keperluan metabolisme badan.

Memang patutlah intake fresh forage 10% daripada berat badan - sekiranya kambing tersebut berada dalam zon cuaca temperate, atau panas kering macam australia. Sebabnya cuaca mereka tak banyak air, jadi kualiti foraj lebih baik.

Lain pula situasinya di negara negara tropika macam kita ni. Kan cuaca kita panas dan lembap. Banyak hujan. Jadi kandungan air tinggi betul dalam foraj. Rumput memang lah tumbuh menghijau bagai nak rak dalam cuaca kita ni tapi penuh dengan air aje. Dry matter kurang.

Purata dry matter foraj bawah cuaca tropik ni adalah 10%. Lebih lebih pun 20%. Kena musim hujan - tu diaa napier cuma 5% je dry matter. Biasanya 80%-90% adalah air (moisture) dalam foraj tropik.

Bila sarat dengan air, dry matter kurang, sumber tenaga pun kurang. Berdasarkan pengalaman aku, kalau nak kambing kita perform, adalah lebih baik lebih afdal target 20% daripada berat badan. Maknanya kalau kambing tu beratnya 30kg, kita pastikan dia dapat makan 6kg foraj basah setiap hari.

Now, 6kg foraj basah untuk berat 30kg adalah merujuk kepada famili rumput sebagai komponen utama, macam napier atau guinea. Tetapi kalau kita banyak guna dedaun, maka bolehlah kurangkan sikit berat foraj basah tu. Dedaun tropik ni memang lebih tinggi dry matter nya berbanding rumput tropik. Dari segi kualiti pun memang lebih baiklah untuk kambing.

Bila kita buat macam ni - intake foraj basah adalah 20% daripada berat badan, barulah kambing tak monyok, boleh perform to full production potential. Kalau 10% aje aduh laa memang takat maintain hidup segan mati tak mahu, tak cukup tahap tenaga untuk pembiakan. Dan pembiakan memerlukan tenaga yang tinggi.

Kita kena ingat, kena make sure kalau nak kambing kita membiak pantas, pastikan kuantiti tenaga cukup, pastikan dry matter intake tinggi. Barulah menjadi kambing kita.

So kita kena buang jauh jauh recommendation 10% ni, dan sasarkan 20%.

Fabulous jadinya kambing kita nanti.

hmm.. aku rasa kan, kalau kita dapat capai 20% ni, kita dah dapat 80% full production potential. Dah takde pening pening kena tangani penyakit. Nutrition cukup, yang lain jadi senang. Ada masalah pun sikit sikit je lah. Jarang jarang.

Nutrition ni penting sangat untuk kita master. Kalau kambing kita genetically inferior pun, tapi makan cukup mantap, dia akan perform (well, kurang efficient but still perform profitably). Jangan kita gah dengan superior genetik kambing kita, tapi bila sampai bab nutrition - makan tak cukup, salah makan pula tu - memang habih punah operasi pembiakan kita.

So make sure kambing kita cukup makan.

Yep, target lah 20%.

Baru cukup weh!






6 comments:

  1. saya sokong & setuju 100% apa yang prof cakap. kalau 10% napier dari berat badan memang x cukup. kena kira peratus DM dari berat badan. 4-5% DM dari berat badan. kalau 30kg kambing, mau kena bagi 1.2 - 1.5 kg dry matter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best nya baca blog blog korang ni..nk no tipon bolehh..? nnt nk mulakan projek kambing ..boleh g ziarah ...
      baru nk berjinak jinak dgn penternakan kambing n lembu..
      pengetahuan zero...huhuuhuuhuuuhuu...
      thanks for the best info I ever read..
      from fifi 0194569801

      Delete
    2. for basic maintenance, dry matter 2% of liveweight, kalau tengah nursing, atau pejantan elok 3-4%.

      Delete
    3. no tepon ada di penghujung post.

      thanks for reading, fifi!

      Delete
    4. Fifi, saya punya 019-4513061. blog saya Projek Kambing Muda

      basic maintenance 2% ye prof. hehe. ok la dh tau minimum requirement. sebab sy nk kena buat jeruk jerami ni, adik saya lepas meragut sekejap je, dedak je lebih, duit parak, underperform habis kambing saya. at least cukupkan DM intake pun jadi la sementara ayahanda di perantauan. CP kalo 6 7% ok x prof? sebab jeruk jerami ni lebih kurang tu je.

      Delete