"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, July 7, 2013

BILA ARB DATANG LAGI

Salam sejahtera kepada semua pembiak kambing pada seluruh multiple universe, dan langit tujuh lapis dalam alam semesta.

Minggu sudah dua pegawai ARB anak syarikat MardiTech datang melawat ladang aku. Sebagai Multiplier Farm Visiting Agent (MFVA). Tujuan utama ialah memberi kontrak perjanjian asli, dan menghadiahkan Standard Operating Procedure bagi ladang pengganda, dan juga menghadiahkan sebungkus buah jambu air cap pekan bidor kat aku hehe. Haa tima kasih lah banyak banyak.

Yang datang tu Haji Jamsuri dan orang baru yang aku belum pernah jumpa lagi, Azri. Diorang ni sehari sebelum datang ladang aku dah pi melawat Wawasan Manis di melaka. Lepas tu giliran aku pula.

Haji Jam ni aku dah lama kenal semenjak aku buat attachment di ladang kambing mardi serdang 9 tahun yang lalu. Si Azri aku tak kenal lagi. Umur 29 tahun. Belum kahwin. Ada hajat nak buka ladang kambing sendiri, ataupun dah buka - aku tak ingat.

By the way, Azri cerita dia dah habis baca blog aku dari awal sampai yang terkini. Dan aku nak ambil kesempatan ini - aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog, ada yang betul betul menelaah dari post terawal sampai terakhir, ada yang bersengkang mata sampai pukul dua tiga pagi (dah lima enam orang yang bagitahu aku lagu ni), dan ada juga yang print habis semua entry blog aku ni - boleh buat buku kot kihkih.

Terima kasih di atas sokongan tuan puan pembaca sekalian. Ini menunjukkan ada banyak peminat kambing hardcore, dan ada keinginan yang menyala nyala dalam sanubari setiap pembaca dan penternak kambing, dan ada harapan untuk masa depan industri yang lebih cerah.

Ok. Cerita pasal SOP atau Standard Operating Procedure yang ARB hadiahkan kat aku.

Jujurnya selama ni aku tak pernah ada SOP. Jadi bila ARB bagi SOP, aku jadi excited. Mana ada dalam buku buku ternakan tempatan cerita pasal SOP. Takdak.

Takpelah SOP untuk pembiakan boer pun. Janji SOP. Jadi aku boleh bandingkan prestasi ladang aku dengan SOP Mardi ni. Ok ke tak ok performance ladang aku, atau pun aku syok sendiri aje.

Dan kepada semua ahli persatuan, kita akan gunakan SOP yang dibuat ARB ni sebagai garis panduan dan untuk penilaian prestasi ladang kita. Kita semua akan dapat salinan SOP ni.

Tapi sebelum diedarkan kepada semua ahli, aku cerita dulu. Aku rasa ni bukanlah rahsia tahap Wikileaks. Benda ni bukanlah mengancam keselamatan dalam negara kalau didedahkan. Sebaliknya mendatangkan kebaikan kepada industri. Bukan apa tuan puan, aku saspen juga pasal dalam agreement aku dengan ARB ni, ada klausa klausa yang menghalang kebocoran maklumat. Karang tiba tiba je sampai surat suruh aku masuk mahkamah. Tapi aku rasa tak de apa lah kot kalau aku kongsi SOP ini dengan umum.

Ok. Aku nak sentuh indeks produktiviti, atau productivity index, PI.

PI ni adalah sasaran utama bagi setiap ladang pengganda bawah ARB. La ni ada lapan ladang pengganda di Malaysia - Boden di N9, Sayfull di Pagoh, Syamille di Perak, PPNT Terengganu, Integrasi Ternakan Chuping di Perlis, PPK Jeli di Kelantan, Wawasan Manis di Melaka, .... dan aku.

Apa yang aku tahu semua ladang pengganda ni start up capital semua melebihi 2 juta. ARB sendiri sebagai nukleus, peruntukannya $53 juta - sama tahap Pondok Tanjung. Peh juta juta ye. Start up capital aku $10,000 je. Gedebak gededuk 8 tahun biakkan kambing, total capital investment adalah dalam $150,000.

Aku punya investment adalah satu per dua puluh, atau satu per tiga puluh, atau satu per empat puluh, atau bila dibandingkan ARB - satu per tiga ratus daripada investment diorang ni. I am just a fraction of their financial layout.

Keciknya aku :)...

Dah la modal ciput, bilangan kambing pun ciput, tahap semi komersial je aku ni. Pelik sungguh bila aku masuk kumpulan multiplier ni. Memang aku kena pasang tangga bila nak bergambar bersama diorang ni. Kalau tidak sahih tenggelam aje aku ni tak nampak kepala langsung :).

Ok, ok tak masuk PI pun lagi ni. Merepek memanjang.

PI ni ada beberapa komponen. Kita mulakan dengan yang pertama. Jarak beranak, atau kidding interval, KI. Standard yang mesti dicapai oleh semua ladang pengganda ialah kidding interval di bawah 9 bulan. Kidding interval bawah 9 bulan bukan hanya kepada kambing kambing tertentu tapi purata semua induk induk pembiak. Elit + median + poor performer.

Aku punya macam mana?

PASS. Aku dapat 8.1 bulan untuk purata jarak beranak. Dan itu ketika aku tak buat supplementation. Bila aku tengah buat large scale experiment di mana ada supplementation, jarak beranak semuanya dipendekkan, 5.5 bulan ke 7.0 bulan. Tak sampai 7 bulan, semuanya dah beranak kembali. Cuma buat masa ni aku tak boleh bagi exact figure pasal aku masih bereksperimentasi dan belum update rekod pariti aku. Anyway aku pass standard bawah 9 bulan untuk kidding interval. Great!

Ok, masuk komponen kedua. Kadar kebuntingan adalah 78%. Maknanya sasaran semua ladang pengganda ialah, koman koman 78% betina yang mencapai umur induk, dan dikahwinkan, - boleh bunting.

Aku?

PASS. 99% kadar kebuntingan. Tuan puan, alhamdulillah semua induk induk aku takde yang mandul selama 8 tahun aku membiakkan kambing, walau pun ada induk tua tua tertanggal tanggal gigi kekal. Melainkan seekor. Itu pun dia dah beranak sekali. Tapi lepas tu dua tahun tak beranak beranak. Jadi aku dah barbeku kan dia.

Aku fikir fitness main peranan sangat besar dalam penentuan kesuburan kambing. Takdak fitness, breeding vitality rendah. Dan cara terbaik untuk dapatkan fitness - jalan, jalan, dan jalan lagi.

Ok. Komponen ketiga ialah litter size pada 1.4. Aku rasa ni kidding rate, tapi kena tanya Dr Jo untuk lebih pencerahan. Maknanya setahun dapat 1.4 anak.

Aku?

PASS. Dapat 2.3 per tahun. Tak yah cerita panjanglah kidding rate ni. Kalau tuan puan habih baca blog aku ni, memang fahamlah sangat sangat penekanan aku pada kidding rate.

And then komponen keempat - umur sapih (cerai susu) bawah 3 bulan.

Aku?

Aisymann.. ni ada lain sikit ngan praktis aku ni. Biasanya aku sapih pada umur 4 bulan. Melainkan bagi kambing kambing yang diberi supplementation. Haa yang tu aku berani sapih pada umur bawah 3 bulan. Dan aku tahu ada sesetengah pembiak yang sapih anak kambing pada umur 2 bulan. Yang macam ni kena pastikan nutrition plane exceptionally high. High level supplementation - baru berani buat. Jadi aku tak pass tang ni.

Komponen kelima ialah kadar hidup hingga sapih adalah pada tahap 90%. Maknanya semua ladang pengganda kena pastikan 90% anak yang dilahirkan berjaya dibesarkan ke umur 3 bulan.

Err... aku ada rekod, tapi takde pula kira kira menatang ni. Nanti kena buat lah.

Komponen keenam ialah kadar hidup selepas sapih adalah pada 95%. Maknanya semua ladang pengganda kena pastikan 95% anak selepas sapih adalah hidup sehingga umur jualan, atau pembiakan.

Haa yang ni pun sama, aku ada rekod tapi takde buat kira kira. Kena buat balik semua ni. Aduh banyak kerja weiii... yang research UM ngan aku pun banyak data tertunggak tak buat buat. Ni tambah sibuk pula dengan ARB. Aaaa pening pening.

Ok komponen ketujuh ialah nisbah pejantan 1 kepada 25 induk.

Aku? 1 pejantan kepada 50 induk. Underperforming? NO. Aku pastikan pejantan aku superbly fit. Aku tak pernah kurung pejantan aku. Dia akan makan meragut sama seperti induk aku. Dia akan berjalan, dan berjalan, dan berjalan...

________________________________

Productivity index (PI) = kadar kebuntingan (KK) x kidding rate (KR) x kadar hidup sehingga sapih (KH) x 12/9.

Berdasarkan sasaran yang ARB tetapkan kepada semua ladang pengganda, PI = 0.78 x 1.4 x 0.9 x 12/9 = 1.3.

Yeah semua ladang pengganda kena sasarkan PI at least pada 1.3. Tak dapat 1.3 ni, kena turun taraf tak boleh jadi ladang pengganda. Kena jadi ladang komersial.

Adakah aku boleh capai PI 1.3?

Yeah aku fikir aku bukan boleh capai, tapi dah dicapai. Alhamdulillah, aku bukan lagi berada pada tahap terkapai kapai sedang mencari rentak pembiakan. Aku kini berada tahap selesa dalam pembiakan, walaupun cuma 100 induk, bukannya 500 induk seperti ladang pengganda yang lain.

Apa yang aku perlu buat sekarang ialah fine tuning operasi pembiakan.

Yep fine tuning it is.


Salam!

12 comments:

  1. PI ni adalah sasaran utama bagi setiap ladang pengganda bawah ARB. La ni ada lapan ladang pengganda di Malaysia - Boden di N9, Sayfull di Pagoh, Syamille di Perak, PPNT Terengganu, Integrasi Ternakan Chuping di Perlis, PPK Jeli di Kelantan, Wawasan Manis di Melaka, .... dan aku.

    ....aku tak abis baca lagi post ini..pjg sgt..sebab aku nak balik makan dulu, nanti sambung.

    TAHNIAH!

    TERUSKAN USAHA.

    kalau ko orang cakap merepek, kami yang ikut ko ni macam KEREPEK JER.

    (ambil kata-2 Ust Don dalam group whatsapp kitaorang).

    KEREPEK SEDAP !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh? saya ada cakap macam tu ke? hahaha. betul! Kami kerepek yang sedap. ada ikan bilis, ada kacang.

      Delete
    2. prof main kompang ke? hahaha. kerepak kerepak kerepuk kerepuk.

      Delete
  2. Fuhh.. saya habis baca. sekali jalan je, tapi belum hadam lagi, maklumlah, penternak ruminan, nak kena chewing cud dulu. hehe

    terbaik. rasanya saya ada jumpa SOP ni. Ce google SOP kambing boer. tapi kalo dapat yang ARB punya pun ok. hehe.

    dalam kerja ada KPI, key performance indicator, lebih kurang macam PI ni jugak kot. Ada target yang perlu dicapai. Lebih banyak dicapai, lebih bagus prestasi.

    Nak komen banyak pun, belum digest lagi serat2nya. Nanti la. Hahaha.

    Bahan Aktif Dalam Racun Ektoparasit

    ReplyDelete
    Replies
    1. PI tu salah satu komponen KPI dalam SOP untuk ladang pengganda ni

      Delete
  3. Bgus dh PI utk Ldg Pengganda Boer(LPB) ni,siap dgn SOP apa suma,Working Instruuction(WKI) xde ke prof.hihi.bleh apply MS ISO 9001:2008 nnti.barulah ada kelassss..

    apa kata nnti kita organize rombongn cik kiah ke kndg2 LPB ni?bleh tgk sndri nnti sistem pembiakan di sana..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PPKM la anjur. sewa 1 bas. jalan sekali. family day. hahaha.

      Delete
    2. ada banyak lagi kandungan SOP nanti aku cerita pelan pelan

      rombongan ke ladang pengganda? Aku pilih BoDen dan Wawasan Manis.

      Delete
    3. dh lma berangan nk g BODEN tp msih xksmpaian wlaupun jarak dlm 30-40km jer dr kmpung den.hehe..nnti bolehla bt lwatan ke BODEN or Wawasan Manis..xbest mlawat rmai2 Ust.Don dlm kumpuln kecil sdap cket brtnya soalan..

      Delete
    4. haha.. saya setuju. tapi entah la tahun bila baru boleh join. puasa ni aci tak?

      Delete
    5. Yang jauh dari kelantan pun nak pergi jugak.haha..

      Selamat berterawikh ini malam

      Delete