"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Sunday, March 17, 2013

PROJEK KAMBING PPK : THE LESSON


2006, mungkin juga 2007.

Ada seorang pegawai veteran Pertubuhan Peladang Kawasan (bukan tempat aku) datang ladang aku. Bukan nak tengok kambing sangat, tapi mencari benih pucuk paku untuk ditanam di ladang PPK. Masa tu dia cerita Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang merupakan induk kepada semua PPK dah buat keputusan untuk membiakkan baka kambing boer.

17 PPK telah dipilih seluruh Malaysia. Setiap PPK akan bermula dengan 20 ekor pejantan boer, dan 140 betina boer. Projek kambing PPK ini dijalankan secara partnership dengan ahli PPK. Maknanya ahli sediakan tanah dan reban, PPK sediakan kambing dalam bentuk geran. Kiranya kambing free lah, untuk ahli penternak.

Tapi ada juga aku dengar cerita yang PPK buat sendiri tanpa partnership ahli. Yang ni modalnya besar lagilah. Dalam $1 juta kot untuk setup. Mana mana PPK yang partnership dengan ahli, modal setup adalah lebih kurang $300,000 ke $400,000.

Now. Pegawai veteran tu cerita projek kambing PPK ni lain daripada yang lain. Experimental. Belum pernah dibuat kat Malaysia. Diorang nak biakkan kambing boer tanpa menggunakan kandang kayu.

On sand. Atas pasir.

Macam kat australia sana.

Ni gambar gambar salah satu ladang kambing PPK yang aku pergi.

Kandang lantai pasir. Senang buat, susah nak maintain. Pejantan boer dan induk boer. Kalau tak silap aku dengar, jpv yang supply. Malangnya tak ikut spec, kambing tak cukup saiz dan body condition macam angelina jolie on crash diet. Took a long loongg time to upgrade their condition.


Yang ni, penternak beli sendiri dari sebuah private boer breeder. Body condition much much better, tapi baru dua minggu je sampai. Harga? Kalau tak silap aku pejantan boer $2500, tak pun $3500. Betina $1500.


Kat belakang tu kandang lantai atas. Kena buat juga, nak elakkan kematian anak yang terlalu banyak atas lantai pasir. Kandang belakang tu penghuninya induk yang baru beranak. So dua kali modal lah ni - first kandang lantai pasir, lepas tu kena buat juga kandang lantai atas. 


Keadaan dalam kandang lantai atas. Semuanya petak individu untuk kambing beranak.

Tuan tuan pembiak kambing,

Masa aku pergi ni, semua 17 projek PPK sedang bergelut. They really were in deep trouble. As deep as Mariana Trench – 11 kilooooooometer ke dalam laut. All of them were in various state of failures.

Kadar kematian kambing sangat tinggi, anak anak kambing tak menjadi. Makanan cukup, kambing bukannya undernutrition. Tapi tumbang berderet deret disebabkan penyakit. Salah satunya coccidiosis.

Well, idea guna lantai pasir sebenarnya tak praktikal dalam cuaca tropika. Kalau jumlah kambing sikit, takpelah. Tapi kalau dah 160 ekor, memang tunggu masa nak meletup. Dan sememangnya meletup.

Lantai pasir memang lebih rendah kos dari lantai berkayu, tapi apa yang PPK terlepas pandang ialah maintenace cost untuk penukaran pasir baru setiap 3 bulan. Pasir lama kena kaut, dan hari hari kena buat. Hari hari. Tak lalu pekerja nak membuatnya. Bila cukup 3 bulan kena topup pasir baru, kena beli pasir halus berlori lori.

Actually kos lebih tinggi jangka panjang.

So semua projek PPK ni terpaksa tukar strategi dari lantai pasir ke lantai atas. Ada yang pindahkan semua kambing ke kandang atas, ada yang pindahkan kambing beranak sahaja ke kandang atas. Barulah nampak perubahan, baru wujud sinar harapan, baru mula nampak keberhasilan program pembiakan.

Sekarang?

I don't know. Mana mana projek kambing PPK yang masih ada semuanya kena inject fresh capital untuk survive. It's a hard lesson for them.

And a very good lesson for us.

Oh! Aku doakan semua projek kambing PPK berjaya akhirnya. Good luck to all of them!

Salam hormat!

6 comments:

  1. Den dh mohon jd ahli PPK..mana tau dpt bantuan dlm bntuk pinjaman or peralatan okla jgak.hehe..

    den rasa diorg g mlwat Aussie lps tu nmpk kambing Boer bleh mmbiak dgn baik disana tnpa kndang jadi gunapakai konsep yg sma di Malaysia.Fktor iklim,cuaca,parasit n penyakit mungkin trlepas pndang maka gagal la projek tu sbb den xprnh nmpk plak konsep pntrnkn atas tnah msa skrg.PPK pun xtau la ada lg x bela kmbg..blajar dr kegagalan la ni..:-)

    p/s:Ust.Don jgn komen lbih2..nnti kna banned.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. apa salah saya. haha.

      saya pun pernah terfikir nak buat macam tu, bila memikirkan kambing sejuk, renyahnya nak bersihkan, dengan hujan lagi, lebih baik letak pellet kayu kilang buat alas daripada berlantaikan tanah/pasir. memang dia menyerap air kencing, tapi taik dia tu, nak kena kaut. kalo simen takpa gak, kaut taik, sekali dengan pasir dikaut.

      di luar negara diorang gunakan straw bedding. straw ni pun, diorang akan tukar selalu, kumpul, dan boleh buat baja. guna straw bagus sebab dapat memanaskan kambing terutama waktu salji. lebih baik guna straw daripada pasir. pasir bukan boleh buat baja, dah kaut nanti, nak kena hantar tambun tempat lain, guna straw, boleh buat baja kompos terus. kalo ada cacing kompos, boleh buat baja vermikompos plak.

      dan kalo nak guna straw, kandang kena kalis air. naya je kalo hujan, kambing pun tak suka.

      dulu semua pakat2 buat boer, sebab tersangat la top. tapi hancus. di indonesia, mereka hasilkan boerka dan boerawa. supaya ada daya tahan cuaca dll.

      saya pun nak register peladang gak nanti, kot boleh mintak mesin ke apa ke. hahaha.

      Delete
  2. ni pendapat saya la..tak salah kandang bawah ni..atau kandang pasir ka atau kandang atas tanah..

    yang salah adalah konsep..apa perkataan tepat? aku tak brape pasti..

    maksud saya kandang bawah sebenarnya untuk kambing/bebiri (yang guna cara system intensif ni) untuk beriadah di waktu SIANG sahaja..atau/dan waktu tiada hujan..

    bila hujan dan waktu malam, kambing/bebiri kena duduk dalam kandang kayu..atau kandang atas..

    aku takde teori yg tepat la..cuma aku perasan, selagi kambing/bebiri ni dekat dengan tanah, lagi bermasalah seperti penyakit dsb..hehehe..??

    MAKNA NYA, KALAU KAMBING BOLEH DIBELA 100 KAKI DIRI ATAS TANAH, aku akan guna cara tu..hehe..kalau di Malaysia la..tapi tentu tak bleh..kos tinggi

    ReplyDelete
  3. Dіρ remaining fоur tortillas into ѕauсe аnd set up greаter
    than secοnd layer. On thе sаmе aсcord newspapeгѕ werе
    positіvely not about the popular еxistenсe.
    As a maκe аnу difference of reality it iѕ theѕe
    kіnds οf a remarkablу-concеntrated foodstuff that, untіl taken іn complеtely tiny portions,
    іt is liable to upsеt wеak digestions.


    my page carshorn45.wikidot.com

    ReplyDelete
  4. Increase the tеmperature of the ovеn
    to 450 degrees. This annuаl plant can be grown in an container, аnԁ will yield between 1-2 cups оf fresh basil.
    For ѕeveral weeks I had been seeing this cοmmercial οn television telling about а
    nеw pizza and sinсe І love pizza I decided to purchaѕe one on my next shopping trip.


    Here is my homepаge; the pizza pan akron

    ReplyDelete
  5. salam.. inilah projek PPK yg bapa mertua saya dapat pada tahun 2007.. ia adalah projek berkelompok seramai 5 orang penternak di satu2 kawasan.. ada 6 kawasan di dalam N9 yg dapat projek nie dan kambing yg dibekal diimport Australia sendiri sebanyak 7 pejantan dan 140 betina.. 3 kawasan di tutup pada tahun yg sama akibat kematian..

    sy sendiri setelah berkahwin pada 2008 dan menetap di rumah mertua turut menolong beliau kerana minat pada ternakan kambing dan kerana ketiadaan pekerja dan peserta yg menarik diri..

    pertukaran pengurus besar kawasan PPk di sini adalah penyebab utama mengapa bapa mertua saya memulangkan kembali kambing2 ini.. kenapa?? asal datang je kenapa kambing x gemuk.. kenapa kambing xmembiak.. dah dtg awal pg, mmg la kambing nampak kurus pasal belum makan, dtg masa org tgh sabit rumput, lepas tue nak kene layan lagi, lagi lambat kambing makan..
    sekalipun xpernah bertanya apa permasalahan kambing dan yg membelanya..

    kesimpulan yg dapat sy dan bapa mertua saya buat adalah...
    orang yg paling untung adalah konsultan yg telah memberikan idea untuk membuat projek ini..
    orang paling rugi adalah penternak mcm bapa mertua saya kerana telah menghabiskan masa selama 2thn dan duit hampir 200k..
    kesesuaian dan adaptasi kambing boer ini sendiri yang menggagalkan projek ini keran ianya diimport..
    saya sangat bersetuju dgn bro alwi yang selalu menekankan WAJIB nya ada darah peribumi sekiranya ingin membela kambing boer ini..

    ReplyDelete