"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Friday, March 1, 2013

ELAKKAN TELINGA EKSTRA PANJANG!!


Bagi pembiak pedaging low input....

Dan telinga bukanlah untuk membebaskan haba.

Bagi sapa sapa yang membiak kambing pedaging style low input, pemilihan baka telinga labuh adalah kurang tepat. Manakala memilih kambing dari sistem extensif untuk dimasukkan ke dalam stail low input atau high input adalah tidak tepat. It is waaayyy off the mark. Do not entertain the idea of buying goats raised in extensive system for our breeding purpose. Do not. Please.

Tapi cerita kali ni akan fokus kepada kenapa telinga labuh (extra panjang - macam jamnapari, atau shami) kurang sesuai untuk pembiakan pedaging low input. Sapa sapa yang nak buat pembiakan pedaging high input takpe boleh guna telinga labuh.

Ok. Kita tengak observation Darwin dulu. Charles Darwin perasan satu benda yang unik, yang membezakan antara binatang ternak dengan binatang liar. Menurutnya cuma binatang ternak je yang telinga panjang dan jatuh ke bawah. Semua haiwan liar tiada yang telinga panjang atau jatuh ke bawah melainkan gajah.

"not a single domestic animal can be named which has not, in some country, drooping ears" (Darwin - On the Origin of Species).

Darwin juga perasan binatang ternak ada perbezaan kelakuan berbanding binatang liar, yakni binatang ternak ada perasaan ingin berdamping dengan manusia. Selain itu Darwin juga perhatikan binatang ternak ada perubahan dari segi saiz badan (menjadi lebih besar), warna kulit berubah (menjadi semakin berwarna warni dan bertompok), bulu pun berubah (boleh menjadi semakin panjang dan berombak - macam jamnapari), ekor pun boleh berubah (menjadi semakin pendek dan berpusing serta bergoyang ke kiri ke kanan bila nampak manusia), dan kitaran pembiakan juga berubah.

Semua perubahan itu terjadi apabila binatang ditundukkan, apabila binatang masuk master-servant relationship, apabila domestication genes diaktifkan, apabila keinginan berdamping manusia dipenuhi.

Tanpa kehadiran dan campurtangan manusia, binatang tidak akan menjadi binatang ternak, dan tanpa ternakan, tamadun manusia tidak akan wujud. Tidak akan wujud.

Now, tuan tuan pembiak telah pun mengetahui akan pemerhatian Darwin yang membuka minda kita. Sekarang aku nak bawa tuan tuan pergi mendalam sikit. Eksperimen Belyaev di Russia yang telah berjalan selama berdekad dekad. Aku rasa mungkin masih berlangsung hingga ke hari ini.

Ok. Belyaev menjalankan eksperimen unik ke atas musang. Beliau mahu melihat bolehkah musang liar dijinakkan dan apa yang terjadi kepada keturunannya. Belyaev memilih berdasarkan kejinakan. Maknanya mana mana musang yang nampak tidak takut bila manusia datang kepadanya, atau nampak 'excited' bila manusia menghampirinya, maka musang itu akan dipilih menjadi baka dan induk untuk dibiakkan, manakala keturunannya pun akan dipilih pilih lagi untuk generasi selanjutnya.

Semua pemilihan adalah berdasarkan tahap kejinakan. Makin jinak, makin bagus. Tetapi dalam masa yang sama, Belyaev juga menjalankan seleksi pembiakan berdasarkan keliaran atau aggressiveness. Mana mana baka dan induk yang paling liar akan dikahwinkan dan diperhati keturunannya.

Jinak versus liar.

Menariknya, Belyaev perhatikan, seiring dengan pertambahan kejinakan, semakin lama perdampingan dengan manusia, semakin banyak input yang dikeluarkan, semakin manja musang tersebut dengan manusia - semakin berubah sifat fizikal (morfologi) musang.

Yaaa musang musang jinak itu semakin jatuh (floppier) dan panjang telinganya, semakin muncul warna warna menarik dan bertompok pada kulitnya, semakin berkembang bulunya (fluffy), dan semakin mencanak bergoyang ekornya bila nampak manusia. Hanya dalam beberapa generasi, wujud perubahan ketara (bukan sikit perubahan ye) dari segi fizikal musang apabila Belyaev membiak musang berdasarkan sifat jinak.

Sifat fizikal musang jinak ini sangat sangat berbeza dengan sifat fizikal musang liar. Dan didapati bukan sahaja fizikal berubah, tetapi kandungan genetiknya juga berubah. Musang jinak ini sememangnya dah mencapai tahap pet (binatang peliharaan, bukan lagi binatang ternakan).

Now, kombinasi observasi Darwin dan eksperimen Belyaev membuatkan aku mendapat eureka moment bila aku tengok bagaimana kambing jamnapari dan kambing shami memiliki telinga labuh yang sangat ketara, dan cara dua baka telinga labuh ini dipelihara di bumi asal mereka.

Jamnapari dulu.

Di Indonesia, purata bilangan kambing bagi seorang penternak ialah 12 ekor. Majoriti penternak kambing Indonesia memelihara secara kecil kecilan. Dan ini membolehkan mereka memberi tumpuan lebih kepada kambing mereka. Senang nak kasi extra feed, senang nak manjakan, senang nak bagi botol susu, senang nak mandikan, senang nak gosok gosok belai belai – senang nak tinggikan input.

Sebab itu jamnapari di sana makin lama makin panjang telinga. Labuh betul. Dia punya panjang mak aihh. Itu adalah petanda ia sangat sangat jinak. Petanda ianya lebih kepada pet. Petanda ianya tuan, manakala kita  jadi hamba. Haaa..  dan aku tahu sebagaimana tuan tuan pembiak semua tahu, betapa jinaknya jamna berbanding baka baka lain, betul kan?

Shami pula.

Shami di Greece dipelihara secara besar besaran, terbalik dengan situasi jamna. Ada sebuah ladang utama pembiakbaka Shami di situ dan ia ada lebih 5000 ekor. Tujuan utama untuk susu dan produk hasilan susu. Kalau tuan tuan nak tahu, semua anak Shami yang dilahirkan akan dipisahkan dari maknya hari itu juga.

Semuanya.

Kolostrum? Buat rumusan sendiri. Susu seterusnya? Minum dari automatic feeder. Punca susu? Milk replacer lah, yang dari susu lembu tu. Kena buat macam tu, pasal semua susu kambing nak dijual. Dan ini menyebabkan kambing Shami sangat sangat bergantung (dependant) dengan manusia.

Shami menjadi sangat jinak. They have to.

Aku rasakan baka shami adalah baka kambing paling jinak dalam dunia. Udahnya semua anak dibotol susukan. Pasal tu telinga bukan main panjang. Labuh. Sama macam jamna. Menggambarkan di mana skala kejinakan mereka dalam master-servant relationship. Menggambarkan betapa tingginya input yang perlu dikeluarkan untuk mencapai outstanding output. Shami memang one of the world's best milker tapi input kena tiptop lah baru boleh dapat.

Now tuan tuan. Sekarang kita dah nampak kenapa wujud baka telinga labuh dan implikasinya. Observasi Darwin dan eksperimen Belyaev membantu kita memahami kenapa mereka jadi macam itu. Bagi para pembiak kambing pedaging yang memilih cara low input husbandry, kita akan elakkan telinga labuh ini. Mereka terlalu jinak, memerlukan input tinggi, perlukan layanan tahap master baru perform baik punya.

Tuan tuan pembiak, low input husbandry ialah kita jadi master, kambing jadi servant. Kita tak boleh terbabas. Kita mesti pilih baka yang sesuai untuk sistem low input. Bagi aku kambing telinga labuh adalah antara sifat kambing yang kita tak mahu wujud dalam situasi low input husbandry. Perit kita nanti nak maintain input. Melainkan kita dah bersedia. Takpe kalau macam tu.

Oh ye tuan tuan! Aku bukan anti high input husbandry ye, aku anti very low input husbandry (sistem extensif). Jangan salah faham. Kalau tuan tuan nak biakkan kambing pedaging guna high input, guna telinga labuh, guna kaki pendek, guna kambing bertompok tompok – dipersilakan. Aku takde masalah. High input husbandry ni berguna untuk high performing atau specialist atau commercial breeds. Memang kena lah pada tempatnya.

Yang aku cerita kali ni adalah untuk mereka (dan aku) yang nak jadi pembiak kambing pedaging low input. Kita guna telinga biasa, atau panjang sikit sudahlah. Baru ngam dengan objektif kita.Balance. Dan kita tak mahu kambing yang terlalu jinak, sebabnya kambing jinak ni banyak sangat minta perhatian kita. Tak lalu weh!

*Bagi pembiak pedaging low input, jangan guna botol susu untuk anak kambing. Jaaangannn. Mengkacau bilaukan master servant relationship. Ada kesan kepada keturunan seterusnya. Input kita akan meninggi. Boleh rujuk post lama aku untuk maklumat lebih.

*Telinga labuh lebih ke arah susu. Kurang sesuai untuk pedaging.

*Semakin jinak kambing, semakin tinggi probable output, semakin tinggi darjah specialization yang kita boleh buat TETAPI input pun kena ikut bertambah. Nak kena tahu fakta ni. Baru kita boleh jadi advanced breeder. Baru kita nampak sebab musabab. Takdelah kita main ikut orang je, atau mudah terpengaruh dengan segala macam khabar angin.

*Aku tak setuju dengan teori evolusi Darwin. Darwin hanya membentangkan teorinya berdasarkan artifak tulang temulang yang sangat sedikit dan langsung tak sempurna. Sesungguhnya semua tulang temulang makhluk seakan akan manusia yang dijumpai sehingga hari ini hanya muat separuh boot kereta kancil. Bengong geng evolutionists ni. 

Salam pembiak!

5 comments:

  1. salam prof. apa yang prof cakap ni, mengenai telinga panjang, ada saya dengar sewaktu 1st time beli kambing. tokey tu, abang usul sungai layar, s.p, dia kata jangan bela kambing telinga panjang, senang kena penyakit. bila manja, badan naik "lemak", penyakit pun senang kena. betul tak prof?

    ReplyDelete
    Replies
    1. telinga labuh kena buat high input, baru perform sepertimana yang sepatutnya.

      Delete
    2. kambing kampung, telinga pendek, hardcore, even dalam extensive pun boleh survive. try kalo shami lepas macam tu, cari makan sendiri, tak lama la...

      Delete
  2. aku tak setuju dg teori darwin.

    aku setuju dgn teori Alwi di atas!!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Dari pengalaman, kambing telinga labuh kena beli nipple. Ajar minum pakai nipple. Telinga tak basah kena air.

    Kalau minum pakai baldi atau bekas takungan, telinga asyik lembab kena air punca terjadi kurap kalau terlepas pandang.. Dah satu hal nak berubat.
    Jadi leceh.

    Sekadar perkongsian yg membaca.
    Wassalam.

    ReplyDelete