"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, March 4, 2013

THE SIGNS


I am a creationist, and I wage war against evolutionist.

Dalam kitab suci kita, Tuhan berulangkali menyuruh kita memerhatikan tanda tanda penciptaanNya pada seluruh isi langit dan bumi. Dan sesungguhnya penciptaan itu hanya berguna kepada orang orang yang berfikir mengenainya.

Tanda tanda.

Signs.

Dan berfikir.

Baiklah, Tuhan telah berfirman di mana semua benda dicipta berpasang pasang. Semua benda. Everything comes in pairs. Langit dengan bumi, syurga dengan neraka, pahala dengan dosa, lelaki dengan perempuan, matter dengan antimatter, graviti dengan antigraviti, energy dengan dark energy, hidup dengan mati - semuanya berpasang pasang.

And every Earth dwelling creature comes in multiple pairs. Multiple. Maknanya lembu kambing ayam monyet ikan bakteria protozoa pokok - semua single cell organism dan multiple cell organism bila dicipta, ada banyak pasangan. Tinggi variasi genetik. Genome (peta gen) lebih 'colorful' - memungkinkan kewujudan lebih banyak subspecies dan baka.

Except human. Agaknya kenapa Tuhan mula mula cipta manusia, dia cipta Adam keseorangan? Kenapa tak multiple pairs (multi pasangan)? Kenapa tak pair (pasangan)? Kenapa ye?

Tuan tuan janganlah  cakap buat apa penat penat kaji, atau janganlah cakap udahnya Tuhan nak buat macam tu. Tuhan dah katakan banyak kali dalam Alquran, dia suruh kaji dan berfikir mengenai tanda tanda penciptaannya pada seluruh alam agar nampak kebesaranNya?

Yang lebih aneh, bila akhirnya Hawa dicipta, dari tulang rusuk Adam. That is almost a clone. Almost. But not. (klon ni kalau sumber induk kita jantan, produk pun jantan. Kalau sumber induk betina, maka produk pun betina. kromosom XX, XY). Jadi Hawa ni memang sangat misteri penciptaannya, macam mana sumber induk jantan (Adam) tapi yang terhasil betina? 

Suatu misteri yang sangat besar, yang dapat membuka suatu pintu ilmu baru, merevolusikan bioteknologi sekiranya dikaji.

Kenapa manusia dicipta sebegitu? Jauh berbeza dengan makhluk lain? Dan kenapa tulang rusuk?

Ilmu genetik telah merungkai kenyataan di mana sekawan monyet (20-30 ekor) dalam satu kawasan hutan memiliki variasi genetik yang lebih tinggi daripada 7 billion manusia sekarang. Pehhh... takjubnya aku. Maksudnya tuan tuan, betullah sepertimana yang Tuhan cakap, semua makhluk di bumi diturunkan berpasang pasang. Manakala kita ni daripada Adam dan Hawa. Single pair je.

Peta genetik kita tak banyak berbeza antara sesama kita. Rupa kita mungkin berbeza, tapi dalaman serupa. Kita sangat hampir dengan ayah kita Adam.

Pengetahuan ini membawa aku kepada suatu persoalan baru.

Inbreeding, dan inbreeding depression. Tuan tuan, manusia tidak memiliki genetic richness. Hawa itu sendiri terlalu dekat kandungan genetiknya dengan Adam. Tetapi anehnya sampai sekarang manusia masih membiak, elok membiak keturunan demi keturunan. Walau pun kita manusia ni dari segi spesis, boleh dikatakan 'inbreeding'.

Kita ni asalnya single pair, pulak tu almost a clone mak Hawa kita. I am very very perplexed by this strange pheomenon. Ada sapa sapa boleh bagi penerangan?

*Hmmm... manusia adalah suatu makhluk yang dijadikan sangat suka mengembara. Curiosity kita melampau. Dan kajian genetik mendapati kita ada explorer genes, yang menjadikan kita tak senang duduk diam, tapi asyik terfikir mencari adventure.

Dan sifat suka mengembara ini mungkin menerangkan kenapa manusia tidak mengalami inbreeding depression walau pun asal penciptaannya single pair. Kerana persekitaran baru mampu mengubah susunan gen dan menggalakkan kemunculan gen baru demi adaptasi persekitaran.

Maka peta genetik manusia boleh berubah sedikit bagi setiap kawasan geografi dan iklim yang berbeza, tetapi sedikit perbezaan sudah cukup menurunkan kebarangkalian kesan buruk inbreeding.

Now mungkin ada antara tuan tuan sudah tahu apa rahsia dan peranan junk genes?

5 comments:

  1. Input yang baik utk berfikir.

    ..

    Ok. dari single, jadi berpasangan. Lahir pula anak-2 Adam semuanya kembar. Tetapi..selepas kelahiran pertama, Allah terus meletakkan peraturan supaya dikahwinkan secara silang. Kenapa?

    (*mungkin untuk mewujudkan persilangan gen dan mengelakkan berlaku gen yang tidak baik)..

    Selepas beratus ribu tahun hingga sekarang.. dan 1334 tahun yang lepas, Allah telah menyempurnakan Islam dan meletakkan perkahwinan tidak boleh antara adik beradik dsb.

    Malah perkahwinan sesama sepupu tidak digalakkan. Tetapi, tidak anak angkat.

    Dari sini, kita boleh dapati, walaupun kita nampak inbreeding, tetapi ada 'caranya' yang Allah telah tetapkan.

    Ya, ada manusia yang langgar aturan Allah ini...dan kita boleh jangka apa kesannya.

    ReplyDelete
  2. proses penciptaan Adam dan turunnya baginda ke muka bumi patut dikaji secara saintifik. tuhan sendiri berulangkali suruh kita mengkaji (science). barulah kita nampak betapa kerdilnya manusia dan betapa besarnya ilmu Tuhan.

    ReplyDelete
  3. Banyak lagi misteri dalam penciptaan Sayiduna Adam. Jibril alaihissalam telah di perintah untuk mengumpul pelbagai jenis tanah dari bumi, yg keras, yg lembut, yg putih, yg hitam, yg kuning, yg merah, dan di bawanya ke syurga dan di campur dgn air syurga, kemudian di bentuk dlm bentuk Adam, dan dimasukkan ruh ke dlmnya... oh sungguh amazing skali misteri nya. More than that, he sneezed and said Alhamdulillah. The moment his soul entered his body, he had the knowledge that Allah is his Lord, who created him, and that Allah has power over everything and does not resemble His creations in any way...
    Note that Sayiduna Adam dan Siti Hawa di cipta di syurga, dan haiwan2 bumi di bumi...
    Note also that 'la yukallifullahu nafsan illa wus'aha...' implies that no sane, pubescent human who has heard the call of Islam can claim that they are genetically unable to perform what is made obligatory upon them in the shari'ah ...
    ps: the so-called matter-antimatter, gravity-antigravity, energy-darkenergy are theoretical physics constructs and should not be included in this terjemahan of pairs...

    Thank you for your contributions... I am a loyal follower of this blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for reading my blogs. tuan beriani kambing takdak blog ka? nak baca juga fikiran tuan.

      Delete
  4. beriani kambing (puan)March 7, 2013 at 7:46 PM

    The idea has crossed my mind often but at the moment I am technically challenged by this medium. I am so old school that I still write with pen and diary. If I can get my son to help me, inshaAllah, a new blog will germinate by the name of .... A Tale of Two Gardens.... or something in that vein. You will be invited of course. Thank you for your interest.

    ReplyDelete