"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Wednesday, February 27, 2013

KAKI PENDEK


Ada empat keadaan yang aku perhatikan:

1) Kambing bertompok hanya wujud dalam persekitaran ladang,
2) Kambing kaki pendek (true meat breed) pun hanya wujud dalam persekitaran ladang
3) Kambing susu (true milk breed) pun hanya wujud dalam persekiran ladang
4) Kambing telinga labuh pun hanya wujud dalam persekitaran ladang

Keempat empat ciri tersebut tidak akan wujud bagi kambing yang hidup meliar. Dan empat ciri di atas hanya wujud apabila ada heavy involvement dari manusia. Ya untuk menjadikan salah satu ciri di atas sebagai ciri yang konsisten dalam kawanan kambing kita - high input husbandry diperlukan.

Tapi yang aku nak sentuh kali ni, pasal kaki pendek je. Tak lalu nak cerita semua, lenguh tangan menaip ni ha. Yang lain lain tu nantilah.

Ok, kambing boer tulen adalah specialized meat breed. Baka pedaging tulen. Badan rendah, kaki pendek. Tengok betul betul kaki kambing boer, memang pendek berisi. Banyak daging kat kaki tu berbanding kaki slim. Jadi ini membantu meningkatkan peratusan karkas boer. Boer sememangnya excellent meat breed..... bagi zon cuaca panas dan kering, atau bagi sesiapa yang yang boleh buat high input husbandry.

Sebenarnya kan, kambing pedaging tulen (tak kisah lah boer ka, kalahari ka, savannah ka atau apa apa baka yang sifat fizikalnya pendek gemuk) tak boleh wujud dalam keadaan liar.

Kaki pendek tak boleh berlari pantas. Tak cukup 'spring' kat kaki dia. Bila dikejar pemangsa yang buas buas, sekejap aje dah kena tangkap. Kalau kita tengok struktur kaki semua ruminan kecil yang liar liar, kita akan perasan mereka ada kaki yang slim, tak pendek sangat, tak panjang sangat. Mereka ada 'spring' ketika mereka berlari, membolehkan mereka melompat lebih jauh dan pantas. Justeru meninggikan kemungkinan meninggalkan pemangsa tercungap cungap mengejar di belakang.

Cuba tengok pronghorn atau gazelle. Betapa lincahnya mereka meloncat pantas bila dikejar pemangsa. Kaki memang slim, dan ada spring. Begitu juga kambing liar pergunungan. Kakinya bukan pendek sangat, bentuk badan pun tak gemuk. Sedang sedang gitu, baik kaki dan body shape. Senang nak meloncat kawasan curam curam.

Manakala true meat breed hanya mampu wujud dalam persekitaran ladang, hanya mampu wujud dengan campur tangan manusia yang signifikan. Dia boleh jadi jaguh dalam kampung dia, tapi easy prey bila dilepaskan ke persekitaran liar.

Kaki pendek ni disadvantage kalau dalam persekitaran semulajadi. Tapi advantage pula dalam persekitaran ladang. Ada trade off kat sini.

Penternakan (penundukan, kemudian penjinakan yang semakin tinggi darjahnya) membolehkan specialization dilakukan, tapi akan ada sifat sifat yang membolehkannya hidup lasak - hilang. Makin tinggi atau mendalam specialization, makin tinggi input yang mesti dikeluarkan. That's the rule.

Now, bila kenyataannya macam itu, kita akan faham kenapa ramai yang tumbang bila bela true meat breed, atau true milk breed, atau telinga labuh, atau bertompok. Ramai penternak tak bersedia sebenarnya nak buat high input husbandry. Terlalu ramai penternak yang aku tengok, beli baka specialist ni, kemudian buat style low input. Lagi teruk terus buat extensif. Mana mana yang faham, akan buat high input tapi tu lah tak tahan dengan kos.

Bagi aku, realiti dunia penternakan di Malaysia kita ni, belum bersedia mengamalkan high input husbandry, belum bersedia menggunakan baka specialist. High input husbandry untuk baka specialist hanya untuk pembiak advance, serentak dengan keupayaan kapital.

Dua dua kena ada, advanced knowledge, dan high capital. Berapa banyak pembiak yang ada dua sifat ni? Ada banyak ladang komersial yang aku tengok, memang keupayaan modal tak diragui. Masalahnya knowledge tak cukup. Syok sendiri yang banyak. Rekod ladang pun takde, nak knowledge amendenya.

Tuan tuan pembiak,

Untuk menggalakkan penyertaan pembiak pembiak entry level di mana kebanyakannya muda muda dan tiada super capital, jalan yang aku nampak ialah low input husbandry dan penggunaan darah tempatan sebagai asas. Kita kena lahirkan dulu banyak banyak basic breeder yang untung operasinya.

Besok nanti, bila dah makin ramai basic breeder ni, dan dah ada 'core' knowledge driven breeders, baru kita boleh buat high input husbandry. Ramai ramai boleh buat. Terpulanglah nak guna baka specialist atau nak develop baka kita sendiri.

Masa tu output kita boleh jadi incredible.

But first, get the basics right!

9 comments:

  1. saya sokong statement ni, "Untuk menggalakkan penyertaan pembiak pembiak entry level di mana kebanyakannya muda muda dan tiada super capital, jalan yang aku nampak ialah low input husbandry dan penggunaan darah tempatan sebagai asas. Kita kena lahirkan dulu banyak banyak basic breeder yang untung operasinya." mulakan low input husbandry, kandang sendiri bikin, kambing kampung. haha. mcm sy mula2 start dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku memang respek lah dengan orang yang buat kandang dengan tangan sendiri

      Delete
  2. aku suka benar masuk blog prof ni..selain ilmunya aku suka tengok gambar2 kambing dlm blog ni...memberi motivasi betul gambar2 tu..bolehka prof send gambar2 tu dlm email saya?hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila pula tuan razlan kita nak tunjuk gambar ladang dia yer?

      Delete
    2. kandang kecil dan kambing pun baru beberapa ekor saja...haha..tapi dalam FB ada juga gambar sikit2..blog ni aku x berapa pandai mau aplikasi apa2 hanya tau baca saja..hehe..

      Delete
  3. tkasih diatas perkongsian ilmu dari prof. kata sahabat saya shahzail dari medifish ulu langat, prof pernah dtg ldg saya betul ke? terkilan tak sempat jumpa prof. mungkin lain kali. just for info, shahazail sudah pindah balik kulim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shahazail dah pindah? awat jauh sangat? kerja apa dia kat sana?

      aku pun tak perasan kalau aku tersinggah. Lewat petang, takde orang kot. Tak ingatlah.

      Delete
  4. mcm mana pulak kambing putih? ka lagi senang dilihat?

    aku ada kambing telinga berlipat skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. spotted lagi mudah dilihat berbanding unicolor.

      berlipat? maksud aku labuh.

      Delete