Post
kali ni mungkin berguna kepada mereka yang membuat penggemukan, atau
pun mereka yang obses dengan kenaikan berat badan kambing.
Profesor
Carl Johnson dari University Vanderbilt, Nashville melaporkan dalam
jurnal Cell bahawasanya jam badan (body clock/biological clock)
mengawal metabolisme badan. Si profesor ni mengkaji hubungan insulin
dengan jam badan. Insulin ni kan mengawal penukaran gula yang kita
makan kepada tenaga yang boleh diguna badan.
Didapati
insulin tidak dikeluarkan secara tetap sepanjang masa tetapi menurut
jam badan. Apabila jam badan mengisyaratkan waktu siang dah sampai
puncak (tengah hari), maka metabolisme badan pun memuncak,
pengeluaran insulin juga memuncak.
Waktu
tengah hari inilah segalanya menjadi cekap. Sangat cekap.
Apa
yang kita makan termasuklah makanan bergula tinggi atau
berkarbohidrat tinggi atau berlemak tinggi, kebanyakannya ditukar
kepada tenaga yang segera diguna badan. Dan lemak dalam badan juga
lebih mudah 'dibakar' ketika ini. Badan susah sikit nak simpan
makanan berlebihan sebagai lemak dalam badan.
Susah
nak gemuk kalau kuat makan tengahari. Wujud kesan penghapus (fat
burner effect).
Berlawanan
apabila malam menjelang di mana jam badan dah mula mengisyaratkan
kepada badan untuk merendahkan metabolisme. Semua sistem jadi slow
termasuklah pengeluaran insulin. Dah kurang cekap dalam bab menukar
gula kepada tenaga. Jadi apa yang kita makan ketika malam mudah
ditukar kepada lemak.
Senang
nak gemuk kalau kuat makan malam. Wujud kesan pengganda (fat
multiplier effect).
Dan
ini menyebabkan aku terfikir, barangkali ada baiknya dalam situasi
penggemukan, kita bagi kambing kita makan dedak sebelah malam.
Mungkin lebih cepat gemuk. Mungkin lebih cepat naik berat badan.
Menurut
kajian profesor tu lagi, ketika jam badan haru biru (contohnya ketika
penukaran shift kerja bagi pak guard atau pekerja kilang, atau jet
setting traveller) maka badan lebih lebih lebih senang mengumpul
lemak. Fat multiplier effect menjadi lebih dramatik berbanding
kuat makan malam.
Dan
ini juga membuatkan aku terfikir, barangkali boleh buat dalam situasi
penggemukan, 2 minggu malam bergelap, 2 minggu malam terang
benderang. Bagi kelam kabut jam badan kambing kita, bagi kacau bilau
metabolisme badan, bagi lebih pantas kenaikan berat.
Amaran
: Aku sama sekali tak rekemen praktis ini untuk pembiakan.
Penggemukan mungkin boleh guna bagi sesiapa yang nak fine tuning
dia punya praktis, atau yang nak kejar extra edge ketika
penggemukan.
Aku
sendiri? Tak berminat nak buat walau pun ada kelebihan bagi dedak
sebelah malam, walau ada kelebihan bagi makanan ketika jam badan haru
biru. Pasalnya aku bukan kejar berat hidup. Aku kejar fat
distribution yang kena pada tempatnya.
Yaa
aku nak daging kambing aku lebih sedap. Jadi aku nak lemak dalam
daging. Aku tak nak lemak luar daging. Makan dedak sebelah malam
ketika jam badan dah slow, ketika metabolisme badan dah slow, atau
ketika kambing stress akibat jam badan haru biru, hanya memudahkan
pengumpulan lemak di luar daging.
Berat
hidup memanglah cepat naik, tapi lemak luar daging yang banyak. Jadi
kurang berkualitilah daging yang dihasilkan.
Terpulanglah
kepada kita para penternak kambing sekalian. Nak pilih mana satu.
Salam.
org beli kambing, sebab nak masak kari, barbeq, nak rasa daging tu.
ReplyDeleteAku heran org pelihar kambing sebab tanduk, telinga, kulit warna warni, badan tinggi dsb.. utk apa itu semua?
lagi menambahkan kehairanan aku bila sistem intensif... sebab, rasa kambing sudah tentu saaagaat berbeza dgn kambing yg lepas ragut + gembala.
mmm..apa aku ckp ni..???
(*aku dah sembelih lebih 10 ekor kambing. Aku makan dan rasa kambing tu. Memang daging kambing banyak pada kambing yg lepas ragut.
kita nak makan daging kan??..bukan nak makan tulang, kulit, tanduk dan teliga.
daging kambing banyak walaupun kambing tu kambing kampung yg saiz kecil.
dari pernyataan aku ini, mencerminkan
SEMI INTENSIF satu kewajipan yang pasti jika ingin berjaya dalam industri ini-sebab kita ternak kambing-mau makan daging kambing-)
Salam.
ada sebab tersirat kenapa morfologi (sifat fizikal) ada peranan dalam prestasi kambing
Deletenanti aku cerita
betul tu prof,alwi sbb orang yg mkan malam brisiko tnggi utk gemuk..jd kalu apply kt kmbing pun sma tp mslhnya sapa nk bg makan mlm2 ni.tido lg best..
ReplyDeleteBro Myrigi psrn kmbg ada 3jnis kmbg pdaging,baka n susu.bdan tnggi ssuai utk kmbg susu,kulit,tnduk n sifat luaran mgkin lbih kpd baka(kmbg yg brwarna-warni lg snang jual)..kmbg pdaging mcm biasa dgingla fktor utma.bkn smua pntrnak bleh bt sstm semi intensif ats kekangan n hlngan msing2.jd brgntunglah pd keativiti n usaha msg2 utk bt yg trbaik guna sstem yg brsesuaian dgn prskitaran..yg pnting output cntik..hehe
Yaa masing masing kena pilih sistem yang sesuai dengan sumber dan kekangan.
Delete