Kita
rasa selamat dan sihat apabila kita menelan suplemen vitamin setiap
hari. Kita juga rasa yakin bilamana dedak kambing yang kita beli,
atau garam jilat, atau rumusan makanan kambing kita ditambah vitamin
sintetik dalam dos yang tinggi. Kita semua sanggup keluarkan belanja
yang lebih tinggi untuk rasa selamat membeli 'tambah nilai', baik
untuk makanan kita sendiri atau pun makanan ternakan.
Kita
disarankan mengambil vitamin secara jangka panjang untuk sifat
antioksidannya yang boleh memanjangkan umur dan meningkatkan prestasi
kesihatan. Tak kisahlah samada vitamin sintetik atau vitamin yang
sumbernya organik (macam minyak hati ikan). Itu kita katakan vitamin
diproses.
Kita
tertipu.
Tertimbus
dalam kepalsuan yang direka reka syarikat farma, syarikat jualan
langsung (cosway, amway, zhulian, shaklee blah blah blah...), dan
entah apa entiti bisnes lagi. Semuanya bergabung dan dengan licik
memperdaya secara halus demi mengaut keuntungan lumayan.
Masing
masing mengisytihar rumusannya terbaik, mengandungi segala spektrum
vitamin dalam bentuk organik yang mudah diserap badan. Kononnya
formulasi mereka lebih baik daripada makanan segar yang diciptakan
Tuhan. Mereka isytihar produk mereka lebih pekat, lebih mantap, lebih
high performing daripada sayur mayur, ayam, ikan, kerang,
udang, daging, susu, bijiran, dan apa apa yang dicipta Tuhan.
Berani
mereka katakan mereka lebih pandai dari Tuhan!
Karut
sekarut karutnya.
Sebagai
contoh, para penyelidik dari Institut Karolinska di Sweden telah
menjalankan kajian ke atas 31,000 sukarelawan berumur 45 ke 79 tahun.
Semua sukarelawan ini diberi pelbagai jenis vitamin pada pelbagai
tahap dos. Kajian dibuat jangka panjang.
Salah
satu penemuan mengejutkan (salah satu ye, dan ada banyak lagi) ialah
didapati mereka yang kerap mengambil suplemen vitmin C, atau vitamin
E, atau kedua duanya sekali - lebih mudah mendapat katarak (penyakit
mata yang membolehkan kebutaan).
Tu
diaaa.. kita dok ingat hari hari telan vitamin mahal mahal, susah nak
dapat sakit. Rupanya meningkatkan risiko penyakit. Berapa banyak
antara kita yang dah kena tipu?
Para
penyelidik itu juga mendapati mereka yang berumur 65 tahun ke atas
lebih berisiko sekali ganda mendapat katarak apabila mengambil
suplemen tersebut setiap hari. Dan yang anehnya, mereka yang tidak
mengambil suplemen, tapi cuma makan makanan segar didapati tiada
risiko katarak.
Haa...
makanan segar yang Tuhan jadikan untuk kita sememangnya dah seimbang,
bukan setakat nisbah vitamin aje, tapi ntah segala macam chemical
yang kita sendiri pun tak tahu. Terbukti memelihara kesihatan dan
membiakkan umat manusia semenjak Nabi Adam.
Kita
pula dok memandai kata vitamin ciptaan kita yang mencecah juta juta
IU lebih baik dari yang diciptakan Tuhan. Bengong sungguh. Orang dulu
dulu tak dak pun pil pil vitamin ni, tak yah keluar duit pun nak
sihat. Apasal kita sekarang dihujani iklan iklan yang mengatakan
kalau nak sihat, kena beli suplemen itu ini, kena beli alat senaman
gini gitu, kena keluarkan duit banyak banyak baru boleh sihat?
Kesihatan
boleh dibeli ke? Kesihatan hanya untuk orang berduit sahaja ke?
Kalau
tengok cara hidup Rasul, kita akan tahu sepasti pastinya bahawa
kesihatan tidak boleh dibeli. Kesihatan diperoleh dengan disiplin,
dan makan makanan sesegar mungkin.
Ok.
Balik kepada cerita keburukan vitamin diproses. Untuk kambing pula.
Aku
tiada suplemen vitamin untuk kambing aku. Dan aku tidak menggunakan
garam jilat bervitamin. Aku juga tidak menambah tepung vitamin ke
dalam dedak kambing aku.
Aku
cuma ada Hematofos. Dan ianya digunakan very sparingly. Hanya
ketika kambing sakit, nampak betul betul anemik tak larat. Aku cuma
gunakan untuk jangka pendek. Takde program pemberian vitamin
berjadual atau jangka panjang.
Tak
perlu sebenarnya. Sebab foraj segar dan mikrob dalam perut kambing
dah cukup menghasilkan vitamin. Melainkan ketika kambing sakit. Masa
ni baru kita guna vitamin. Dos tinggi pun takpe. Barulah kena pada
tempatnya.
Atau
pun mereka yang bela kambing susu. Dok perah hari hari. Macam tu
takpelah guna vitamin dos tinggi. Sapa sapa yang bela kambing
pedaging jenis semi intensif tak yah langsung suplemen vitamin ni.
Mengarut sungguh la. Tapi cara intensif mungkin berbaloilah. Pasal
kambing tak cukup cahaya matahari, foraj segar pun terhad.
Apa
apa pun, makanan rumusan Tuhan adalah yang terbaik dalam dunia baik
bagi manusia mahu pun binatang ternakan. Rumusan manusia semuanya
downgrade kualiti dan bersifat jangka pendek. Jangan sekali
kali kita berani isytihar rumusan ciptaan kita adalah yang terbaik
dalam dunia walau nampak seimbang, hebat serba serbi, kerana banyak
lagi yang kita belum tahu.
Ilmu
kita tak akan setanding dengan ilmu Tuhan.
Salam.
Salam prof alwi,
ReplyDeleteProf ni mcm tau2 je apa yg tengah sy pkirkn.sblm ni sy ada pkai tepung multivitamin.cmpur kt rmput napier.skrg ni vitamin tu dh abis,cdg nk bli lg.tapi mggu lepas sy ada trbaca artikel psl vitamin ni.dia ckp -kmbing yg lepas bebas mragut xperlukan vitamin tmbahan kerana msa meragut tu,kmbing akn pilih rumput yang dia perlukn aje (rumput mmpunyai vitamin trsendiri). So dgn pnerangan prof,muktamad sy kluarkn multivitamin dr diet kmbg sya.
Sy ada stu soalan,kalo kambing stress apa yg kita perlu buat?msa kursus jpv dia kta bg tepung multivitamin ni.
stress tak teruk - blood supplement
Deletestress akut - hormon..... adrenalin kot(aku dah lupa)
aku tak pernah guna ubat stress. kambing bukan keluar masuk (takdak trading).
blood derived B complex lebih berkesan dari synthetic B complex
itik si bapak si kung fu panda pernah berkata - kata pada panda tu..
ReplyDelete" the secret is,
the secret is..
the secret is NO SECRET!!"
apa kaitannya dgn kekal sihat?
tak ada apa-2 rahsia, melainkan jalan di depan mata.
Alwi dah guide kita semua Tuan-2 Penternak sekalian.. guide kita dan tunjukkan jalan yg sepatutnya kita pilih.
Kenapa, mengapa dan apa besar sgt EGO yg Tuan-2 Penternak semua mahu menegak benang yang basah???!!!
(*semangat election 2013. Pilih yg beriman!, jgn pilih psy gangnam style kepala hotak hang)..
Are you ready for Psy? Nooo!!!
DeleteAre you ready for BN? Nooooooooo!!!
Are you ready for kepimpinan ulama? Yessssssss!!!
Alwi,
ReplyDeletetu sawit sapa tu? belum mature lagi ko dah bantai dgn kambing ko. Tak ke kambing tu makan anak pokok sawit tu?
tak makan sawit muda tu, dia makan keliling je. Kalau ada yang cuba cuba dekat, aku sergah haha
Deletememang patuh tahap master servant kambing serta keturunan kambing-2 ko.
Deletemmm...manusia ni pun kena digembala supaya terlatih.
Good job!