"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, February 9, 2013

SILAGE : THE ARGUMENT CONTINUES, INDEFINITELY..


Watch my words! Watch my words! Always scan carefully my wording.

Permintaan mr serial kidnapper yang minta aku buat post pasal pembinaan kandang terpaksa aku tangguhkan. I just get stuck. My brain suddenly goes kaput, ekzos tak keluar asap, yeah the piston got jammed. So sorry man to disappoint you.

Ok, pak faisal ks pernah kata kat aku madah si pujangga Voltaire "Agree to disagree". Ada lagi kot perkataannya tapi ini je yang aku ingat. Maknanya kita bersetuju untuk berbeza pandangan. Dan sifat ini menggalakkan pemikiran kritis yang sangat sangat membantu scientific output sesebuah budaya.

Aku percaya dengan teknologi silaj.

Jangan ada orang salah faham pula. Maknanya aku menyokong teknologi silaj. Aku tak menentang, aku tak skeptikal, aku tak ragu ragu dengan teknologi silaj dan aplikasinya dalam makanan ternakan.

Cumanya aku nampak banyak kekeliruan dan salah aplikasi teknologi silaj. Banyak penternak yang terlepas pandang hakikat sebenar silaj sepertimana ramai yang terlepas pandang pasal rumput napier.

Ok teknologi silaj asalnya dicipta di kawasan yang banyak sisa pertanian. Macam sawah padi yang banyak jerami padi selepas padi dituai. Jerami padi ni poor quality roughage. Fiber terlalu tinggi, sukar dicernakan walau pun oleh ruminan yang berperut empat. Actually very poor quality, jauh berbeza dengan foraj segar.

Now jerami padi ni banyak kuantitinya. Sayanglah kalau dibakar begitu sahaja. Maka teknologi silaj + EM membantu dalam utilisasi sisa padi ni. Takdelah terbuang begitu sahaja. Silaj + EM ni membantu memecahkan fiber dalam jerami, membuatkan jerami padi lebih mudah dicerna. Increasing digestibility.

Silaj + EM upgrade jerami padi daripada very poor quality roughage kepada poor quality roughage, atau poor quality roughage kepada average quality roughage.

Tapi masih tak boleh lawan foraj segar dari segi kualiti.

Tuan tuan pembiak kambing, foraj segar adalah prime quality roughage. Makanan asasi ruminan daripada saat ia diciptakan sampailah hari kiamat. Telah terbukti dalam membiakkan keturunan ruminan ribuan tahun.

Foraj segar (dedaun dan rumput hijau) mengandungi enzim hidup, vitamin hidup, hormon hidup, dan tenaga hidup (life force) yang mampu menghidupkan ruminan dan membiakkannya. Bukan setakat menggemukkan.

Enzim vitamin hormon tenaga hidup ini akan degrade cepat dan finally destroyed sebaik sahaja foraj sahaja ini terlerai dari akarnya. Apalagi bila disimpan lama lama. Pasti dan pasti enzim hidup dan vitamin hidup akan termusnah bila diperam. Walau pun dicampur EM. Walau dicampur juga vitamin sintetik.

Aplikasi silaj daripada foraj segar (rumput dan dedaun) adalah quality downgrade, bukannya quality upgrade. Daripada prime quality roughage kepada high quality roughage atau biasanya average quality roughage.

Pembuatan silaj terbaik (yang paling teliti) daripada foraj segar hanya mampu mencapai taraf high quality. Dan pembuatan silaj oleh kebanyakan penternak hanya dapat taraf average quality.

It doesnt make sense! Kenapa nak tambah input kita hanya untuk downgrade kualiti makanan ternakan kita?. Ni dah salah tempat. Dah salah aplikasi. Dan ramai yang terlepas pandang.

Tuan tuan boleh rujuk banyak kajian mengenai nutritional value dalam silage. Kebanyakannya akan merumuskan energy, protein, fat at the same level before silaging atau pada tahap yang rendah sedikit, tetapi tahap aktiviti enzim dan vitamin didapati berkurang drastik.

Dan seorang penyelidik silaj dari sebuah institusi penyelidikan telah memberitahu aku akan hakikat ini. Tapi yang peliknya hakikat ini tidak pula diberitahu kepada orang ramai yang menghadiri kursus pembuatan silaj. Hakikat yang tersembunyi bahawa silaj foraj terbaik hanya mampu menyamai kualiti foraj segar, dan kebanyakan silaj foraj hanya downgrade kualiti. Terlepas pandang lagi ke?

Tuan tuan pembiak kambing yang dimuliakan,

Sekali lagi jangan salah faham apa yang aku cuba sampaikan. Perhatikan betul betul sumber apa yang kita gunakan untuk silaj kita. Bagi aku :

Silaj + EM untuk jerami padi? Its awesome!!! Terbaik!!!
Silaj + EM untuk batang jagung? Its fine.
Silaj + EM untuk pelepah sawit? Its ok.
Silaj + EM untuk rumput segar? Wait a minute... its a downgrade man!
Silaj + EM untuk dedaun segar? Why on Earth we want to do that!!!

Aplikasi silaj biarlah kena pada tempatnya. It should be UPGRADE. It should not be DOWNGRADE. Melainkan bagi mereka yang nak buat emergency feed, atau setakat short term feeding.

ROUGHAGE:

PRIME QUALITY---> HIGH QUALITY---> AVERAGE QUALITY---> POOR QUALITY---> VERY POOR QUALITY.

Mana satu yang kita pilih?

3 comments:

  1. OPTIMUS PRIME!! tak kan nak pilih Bumblebee je prof. tapi tu pun kalo keadaan mengizinkan. dapat high to average quality pun ok dah. tapi lagi ok kalo prime quality. wang jimat, khasiat hebat. macam iklan punya tagline je. haha.

    memaksimumkan penggunaan jerami sebagai silaj secara tak langsung mengurangkan pembuangan sisa pertanian, elak pencemaran daripada pembakaran jerami. tetapi, dengan amalan menggunakan racun dan baja kimia, agak merunsingkan. terutama racun. ada yang kata rendam dalam air garam, rendam dalam air kelapa. ada kajian mencampur makanan kambing dengan activated charcoal untuk kawal racun.

    daripada buat silaj, better jerami ini diolah menjadi dedak, partikel sel jerami akan menjadi lebih halus, lebih mudah dicerna, seterusnya meningkatkan kecekapan dedak jerami ni. dulu ada dedak pelepah sawit, tapi sekarang dah takda.

    cili, kalau dicincang, diblender, dan ditumbuk, mana yang paling kaw sambal dia? cili yang ditumbuk lagi kaw, lagi nikmat dari yang lain. ni tukang masak yang kata.

    ada kaitan ke komen saya ni? hehe. jemput singgah blog, bukan artikel, tapi slideshare. terlebih rajin plak. Sepupu Sepapat Kambing Domestik antara kandungan slide adalah mengenai family bovidae, subfamily caprinae, dan genus capra. so, kita dapat tahu serba sedikit mengenai salah satu keluarga bawah suborder Ruminantia.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wt Alwi. (*sori aa, aku tak panggil ko prof, sebab ko bukan prof lagi.he he. Lagi pun, aku rasa lebih mesra dgn ko mcm abg/kawan kalau panggil ko Alwi. Teman tapi mesra gitu)

    Aku ni, tak layak nak cerita pasal kambing. Kandang masih tunggang langgang, kambing entah ke mana. Mortality tahap 50%.

    Masa ko amik gambar atas tu 9:31 pg, aku tgh bersiap utk ke Rigi. Masuk hutan menebas. Habis tangan luka-2. Perjalanan projek aku, buat tapak, buak pondok, buat kandang, masih lagi terlalu jauh, ibarat nak melepasi hutan tebal dan nak buat jalan melaluinya.

    ....

    Aku umpamakan silaj tu sebagai junk food.
    Aku tetap SANGAT SETUJU dgn pandangan ko pasal makanan UTAMA kambing MESTI dedaun segar jika mahu menjamin KEJAYAAN yg lebih cerah dalam industri ini.

    Biarlah apa org di luar sana kata. Salam.

    ReplyDelete
  3. "aku percaya, tapi aku tak buat".

    he he..apa maknanya tu.

    Bagus cakap ayat kerek sikit, aku malas aa mau buat benda-2 ni. Aku tak percaya boleh berjaya.

    ReplyDelete