"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Monday, February 11, 2013

I LIKE FAST TRACK SILAGE!


For feedlotting or fattening phase anyway..

Guys..., aku belum habis cerita post sebelum ini. Jumping to absolute conclusion is a bit immature. Rujuk penghujung post sebelum ni, kan aku ada mention 'Aplikasi silaj biarlah kena pada tempatnya. It should be UPGRADE. It should not be DOWNGRADE. Melainkan bagi mereka yang nak buat emergency feed, atau setakat short term feeding.'

Short term feeding.

Ok, bila aku melawat ladang kambing pak faisal, dan aku melihat bagaimana silaj dilakukan mengikut teknik beliau - observation pertama aku ialah betapa cepatnya silaj boleh guna terhasil. Hanya dalam empat hari diperam, silaj sudah boleh bagi makan kat kambing.

Biasa silaj ni tiga minggu, paling cepat aku dengar dua minggu. Tapi pak faisal dapat buat dalam empat hari sahaja.

The speed is incredible, blindingly fast in terms of silage making.

Dan andaian awal aku ialah ini sebenarnya mungkin bukan silaj, tapi pengeringan yang inovatif. Pengeringan yang tidak memakan masa, tidak memerlukan solar, tidak memerlukan ruang yang luas. It is not full fledge or mature silage, but closely resemble hay.

Maybe a hybrid between hay and silage. Somewhere between hay and silage.

Now, fast track silage sepertimana yang dibuat pak faisal, I believe, maybe is better than full fledge silage. Maybe better than hay. Kenapa pula?

Sebabnya dalam empat hari, masih ada lagi saki baki enzim hidup, vitamin hidup, hormon hidup dalam silage tersebut. For full fledge/mature silage and mature hay, nearly all the vitamins and enzymes were already dead or miniscule in amount.

Dan ramai di antara kita yang tidak tahu bahawasanya foraj kering (dedaun atau rumput) -hay- sebenarnya lebih cepat meningkatkan berat badan ruminan berbanding foraj segar. Yaaa tuan tuan, foraj kering lebih tinggi kandungan dry matter bagi berat yang serupa dengan foraj segar. Jadi energy density atau energy level lebih tinggi. So ruminan yang makan foraj kering lebih cepat naik berat badan. Lebih cepat gemuk tapi tak sesihat dan selasak ruminan yang makan foraj segar.

Foraj kering memiliki kualiti penggemukan yang baik manakala foraj segar memiliki kualiti pembiakan terbaik yang tidak dapat ditandingi oleh mana mana rumusan tangan manusia.

Tuan tuan pembiak kambing.., ruminan yang makan rumput segar dapat menyimpan stok vitamin, enzim dan hormon dalam badan dia. Ada reserve yang sangat tinggi especially untuk fat soluble vitamin macam ADEK. Reserve yang tinggi ini membolehkan ruminan bertahan hidup beberapa bulan walau pun tidak mendapat sumber makanan segar yang mengandungi enzim dan vitamin hidup.

Dan fakta fisiologi mamalia ini membolehkan kita memanipulasi keadaan ternakan kita terutamanya masa fasa penggemukan atau fidlot (short term feeding). Maknanya kita boleh guna makanan yang kurang segar, atau tidak segar buat jangkamasa pendek, khas untuk mempercepatkan kenaikan berat badan, at the expense of breeding vitality.

Dan pembiak pedaging yang bijak tahu penggemukan perlu dilakukan sebelum pedaging dijual. Dalam tempoh tiga bulan sudah cukup. (Really, tak rugi buat penggemukan, kalau caranya betul, untung kita lebih besar!). Dan penggemukan paling pantas kalau kita buat fidlot - aku buat penggemukan tapi aku tak buat style fidlot. Tuan tuan nak buat, buatlah. Takde masalah.

Ok, dalam fasa penggemukan (bukan long term breeding ye...) untuk kambing, aku perhatikan konsep pemakanan basah + kering memiliki prestasi yang lebih baik daripada basah + basah, atau kering + kering. Contoh makanan jenis basah ialah foraj segar, atau soya basah, atau pucuk barli (fodder solution anyone?), atau barli bru. Contoh makanan kering ialah konsentrat atau pelet atau dedak yang biasa kita beli tu, atau foraj kering, atau silage, atau fast track silage.

Basah + basah = underperforming growth rate promoter (foraj segar + soya basah, foraj segar + barli bru, dsb). Berat naik cepat juga, tapi tak secepat basah + kering.

Basah + kering = good performing growth rate promoter (foraj segar + dedak, soya basah + silage, pucuk barli + jerami padi, dsb)

Dan anehnya, aku rasa fast track silage sepertimana yang dibuat pak faisal ada very promising potential bila sampai bab menggemukkan kambing kita secara intensif, cara fidlot. Soya basah + fast track silage (or hybrid silage, or hybrid hay, or whatever it is), hmmm.... that combination can possibly be a real winner in terms of cost per unit of live weight gained... maybe..

Remember tuan tuan, aku percaya dengan teknologi silaj. Dan aplikasi silaj yang betul. Untuk jangkamasa panjang macam program pembiakan, maka foraj segar adalah yang terbaik. Tetapi untuk jangkamasa pendek macam penggemukan, silaj + EM especially fast track silage boleh diaplikasi tanpa masalah.

We might have a winner here...

*Tuan tuan, bila baca blog aku, memang kena perhati betul betul perkataan yang aku gunakan. Jangan baca laju sangat, nanti takut terbabas, jadi salah faham. Good luck!

19 comments:

  1. salam prof.

    statement ni, "Reserve yang tinggi ini membolehkan ruminan bertahan hidup beberapa bulan walau pun tidak mendapat sumber makanan segar yang mengandungi enzim dan vitamin hidup" membuatkan saya berasa bertambah lega. saya yakin kambing boleh hidup dalam harsh environment, walaupun kurang nutrient fresh, dia tetap akan survive. sebab kambing-kambing saya sedang menghadapinya. tapi tak la seteruk tu, sebab ada lepas meragut gak. ada jugak makan dedak.

    saya sekarang nak kurang kebergantungan kepada dedak, dan tukar kepada silaj. tapi untuk short term sahaja. sehingga saya dapat kerja di semenanjung balik. banyak sangat kekangan, so kena improvise. guna strategy dan resources yang available kepada saya secekap mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji ada ration foraj segar. Takde ni, breeding payah nak jadi. Macam macam hal nanti.

      Delete
    2. bereh prof. hehe.

      Delete
  2. Tuan Alwi.. yang penting tolong share resipi silage pak Faisal tu... Nak try jugak & lihat keberkesanannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak faisal guna produk yang dihasilkan beliau dalam penghasilan fast track silage. MyBioStar.

      Delete
    2. resipi silage pak faisal kena tanya dia. boleh lawat kandang dia. 013 6292152

      Delete
  3. Salam.memang pasti ramai terbabas.ingat,berguru dgn kitab umpama guru dgn syaitan

    ReplyDelete
    Replies
    1. short term feeding VASTLY different from long term feeding

      Delete
  4. Askm wt.
    Boleh tak nyatakan bukti berapa kadang yg berjaya menggunakan silaj hybrid ini?

    Tapi Alwi ada nyatakan secara jelas di atas ; utk
    Fattening bagus,

    utk breeding, tidak.

    Wslm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fattening guna silage takde masalah. 3 bulan ke bawah. Tapi mesti ada concentrated energy source.

      Long term breeding guna silage? For more than 4 years? Hmmmmmm....

      Delete
    2. arraudhah guna silage pelepah sawit + dedak.

      Delete
  5. hmmmm..itu bermaksud

    tidak ada yang betul-2 berjaya setakat ini di Malaysia.

    (*aku ada sikap buruk-cepat membuat kesimpulan-kerana daya imiginasi serta analisis aku berada pada tahap reaktif)

    ...hmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua2 selalu pesan, terlajak perahu boleh diundur. Terlajar kata buruk padahnya.

      Nabi SAW pun ada bersabda dalam hadis yang sahih lagi masyhur (Peringatan untuk saya juga) "Barangsiapa beriman kepada ALlah dan hari akhirat hendaklah berkata baik atau diam"

      Macam2 boleh jadi sebab kata2.

      Delete
  6. Thіs exсellent ωebsite гeallу has аll
    the information anԁ fаctѕ I wanted
    cοncеrning this subject and didn't know who to ask.

    Feel free to surf to my webpage http://armsoc.org

    ReplyDelete
  7. Thiѕ еxcеllent ωebsіte reаlly hаs all thе infοrmаtiοn and fаcts I wanted cοnсеrning thіs subjeсt and didn't know who to ask.

    Feel free to surf to my web blog; http://armsoc.org
    Also see my website: augen lasern, augenlasern, augenoperation

    ReplyDelete
  8. Ηello just wantеd to give you a brіef hеads up and let you know a few
    of the piсtures aren't loading correctly. I'm not ѕure why but I thіnk its a linking issuе.
    I've tried it in two different internet browsers and both show the same outcome.

    My weblog; augenoperation

    ReplyDelete
  9. Wonderful blog! Dо yοu have anу tips for
    aѕpiring writeгs? I'm hoping to start my own site soon but I'm
    a littlе lost on eveгything. Would you recommend starting with a fгеe platform like Worԁpress or gο for a pаid option?
    Therе are so many оptiоns out there that I'm totally confused .. Any recommendations? Cheers!

    Review my weblog; bathroom walls

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. salam prof..
    soalan ini mungkin diluar tajuk..
    tapi nak tanya jugak..
    berkenaan jerami padi..

    adakah ia sesuai untuk kambing yg dilepaskan makan diluar dan kemudiannya diberikan jerami apabila balik ke kandang??

    keberkesanan jerami padi ini untuk ternakan dan kesan jangkamasa panjang untuk breeding??

    dan cara penjagaan jerami ini..adakah mendatang kesan yang lain sekiranya ia basah terkena hujan atau air??

    ReplyDelete