Hafiszal
ni ladang kambing kat ipoh. High Hill Farm. Baru menternak. Bujang
lagi. Dan hensem mengalahkan ..... aaron aziz + antonio banderas +
tom cruise. Sama dan sebaya macam isal. Cumanya isal belum nampak
bayang nak kahwin hehehe (jangan marah isal!), tapi hafiszal ni
mungkin tahun ni kahwin lah kot, kalau tak silap aku dengarlah.
Hari
tu datang bawak kawan kawan dia. Aku belum masuk opis lagi, dia dah
sampai. Terus naik kuda aku si Diego tu, tanpa pelana. Memang hebat.
Memang macam Zorro. Dan memang belum pernah dibuat oleh mana mana
pelawat ladang aku.
Ni
gambar gambar aksi dia kat ladang aku.
Hafiszal yang pakai baju putih tu. Antara pelawat terhensem ke ladang aku
Kawan dia bermesra dengan johnny boy, anak kambing yang dah terbabas master servant relationship, jadi servant master (pet goat). Satu satunya pet goat dalam ladang aku.
Zorro... ipoh version..
Perempuan pertama menunggang Diego. Unbelievable!
Hafiszal
punya ladang ni di bukit yang curam. Pasal tu nama dia high hill
farm. Sesetengah orang fikir ladang kambing patut dibuat di tempat
yang landai, easy access, senang tanam rumput. Tapi aku fikir lain
pula.
Ternakan
especially ruminan kecil macam kambing, elok dibuat di tempat yang
bentuk muka buminya sukar. Tempat yang susah sangat nak bercucuk
tanam, macam bukit bukau. Kena pula curam curam bukitnya.
Yang
orang kata payahlah, kat situ yang kita buat.
Bukit
bukau curam curam sememangnya cantik untuk pertumbuhan ruminan kecil.
Muscle growth jadi cantik, badan jadi tegap berketul. Dan aku rasa
rumput rumpai di kawasan bukit bukau kurang parasit, tak sebanyak di
kawasan landai dan tanah pamah, justeru meningkatkan kadar
pertumbuhan berat badan.
Bagi
yang buat komersial besar besar memang kata susahlah buat ladang
kambing kat bukit. Macam sebuah ladang ni. Capital 5 juta. Kapasiti
3000 ekor, tapi kambing setengah kapasiti. Kawasan kandang + kawasan
rumput 30 ekar. Rumput tanam kawasan bukit. Traktor susah nak masuk
buat kerja. Jadi banyak guna buruh lah. Dan ladang yang sangat gah
ini telah pun ditutup.
mmm..
kalau ladang kambing komersial memang nak banyaklah kawasan landai
untuk tanam rumput. Senang guna mesin. Tapi competition sengit untuk
tanah landai. Dan aku fikir tanah landai untuk ladang kambing tidak
optimum dalam pengagihan tanah pertanian.
Sebenarnya,
tanah yang subur dan sesuai bercucuk tanam secara intensif di muka
bumi ini cumalah 10-11% je. Arable. Boleh diairi. Nampak tak betapa
terhadnya tanah subur untuk pertanian? Lagi 20% tu sesuai untuk
tanaman komersial/komoditi/tak banyak guna air.
70%
tanah kat bumi adalah tidak subur dan gersang. Tidak sesuai untuk
bercucuk tanam tapi sesuai pula untuk penternakan. Padang pasir,
tundra, gunung ganang, bukit bukau. 70%....
Dan
golongan vegan bermati matian suruh kita makan sayur mayur je. Amende
diorang ni? Pelik sungguh..
Kalau
makan sayur je pun, baja nak suburkan sayur tu mestilah daripada
binatang. Dan bila tak makan binatang pasti meledak populasi
binatang. Kalau binatang dah banyak sangat, takkan tak nak kawal,
mana boleh dibiarkan, nanti haru birulah ekosistem. Takkan bunuh
saja saja. Jawabnya makanlah.
Memang
tak boleh pakai argument golongan vegan ni. Bukan menyelamatkan
dunia, makin tunggang langgang ekosistem lagi ada kalau ikut
kepercayaan diorang ni. Dan Tuhan tak pernah suruh kita jadi pemakan
sayur, tapi suruh kita makan daging. Daging merah.
Bila
raya haji, tuhan tak suruh sembelih ikan atau ayam, atau makan
sayuran. Tapi suruh kita sembelih ruminan. Haa.. binatang kaki empat,
makan rumput, dan berdarah merah. Tuhan letakkan nilai yang tinggi
pada ruminan. Dijadikan pengorbanan.
Dia
suruh kita fikir baik baik, renung sedalam dalamnya. Bukan saja saja
dia suruh lembu kambing unta kerbau jadi korban. Betul tak?
Menternak
ruminan bukan sahaja menyelamatkan dunia, memelihara keseimbangan
ekosistem, mengguna pakai sumber sumber bumi secara adil,
malah memelihara kesinambungan dan kesejahteraan umat manusia.
Yaa
makan daging merah sebenarnya memelihara bumi. Tambah tambah kambing.
Kambing bukan macam bebiri dan lembu yang perlukan kawasan hutan
ditebang dan dibakar untuk dijadikan pastura. Kambing kan browser,
dia memang boleh masuk kawasan semak samun, hutan belukar. Tak payah
susah susah tanam rumput khas.
Dan
kambing boleh makan di tempat yang sukar bentuk mukabuminya di mana
bebiri dan lembu pun tak berani dan tak mampu. Kambing boleh makan di
gunung ganang yang cerunnya 90 darjah. Kambing boleh menembusi
kawasan yang mustahil ditembusi oleh sekian banyak jenis ternakan.
Kambing
sebenarnya adalah binatang ternak yang paling kurang mendatangkan
kerosakan alam, luas jangkauannya dan berpotensi besar – kalaulah
kita tahu caranya.
Itulah
sedikit hikmah antara sekian banyak hikmah kambing adalah binatang
pertama yang Tuhan tundukkan untuk manusia. Binatang yang banyak
mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada manusia tetapi bumi. Cuma
kita yang payah nak nampak apa yang tersurat, apa yang tersirat.
Dan
Rasul rasul adalah pengembala kambing. Mereka para rasul bukan sahaja
membawa kebenaran untuk manfaat manusia tetapi mereka juga membawa
manfaat kepada bumi dengan cara hidup mereka. Pasti ada lagi rahsia
rahsia di sebalik kenapa mereka menjadi pengembala kambing yang kita
belum tahu..
Salam!
Oppss..
aku terbabas dari tajuk seperti kebiasaannya. Inilah salah satu
masalah akibat caffeine overdose. Kepada hafiszal, kawasan yang
dimilikinya mempunyai potensi yang lebih besar daripada potensi yang
aku miliki. Aku percaya kambing dari kawasan bukit bukau mempunyai
prestasi yang lebih baik daripada kambing yang dibiakkan di kawasan
landai.
When
the time comes, you can easily beat me.
Yes
you can.
Alwi!..
ReplyDeleteRigi pun kawasan sebegitu!
Ya. Ya. Ya. Aku semangat!
You are in luck!
DeleteSo many potential..
perghh..mmg nmpk potensi bsar bro hafiszal ni,mngembala sndiri kmbg bliau tgh2 panas mentari,kwsan ragutn pun ada dkat plak dgn tok guru dia..jd mmg xmstahil lg cpat cpai kjyaan brbnding aku sndri.nk kawen pun cpat dr aku.serba serbi mgalahkn aku ni mna boleh..haha..
ReplyDeletekndg aku trletak kt lereng bukit..seksa woo nk bt kndg ni,nk angkat kayu msa mula2 buat tu.perghh mk trcbut tulang bahu aku dkat 50m jgakla nk angkut nk trun bukit lg..aku ingt lg msa mula2 bg 3ekor kmbg intensif kluar mragut.dia trun bukit tu nk msuk kndg laju sgt trus pegi bwh kndg.nsib baik xlggr tiang kndang.kalu x mau msuk ICU..hahaha..
bt bro KI..truskn smgt anda..:-)
haha kelakar kambing ko, terlajak nak masuk kandang. Memang kambing betul...
Deletememang nampak susah ko bina kandang kat lereng bukit.
tapi ada juga baiknya kan?
baiknya mgkin kmbg lbih mntap ototnya sbb hri2 kna naik trun bukit.tuan kmbing pun mantapla jgak.haha..safety pun ok,pncuri nk angkut skndag pyahla sbb lori sah2 xleh msuk..:-)
Deletesenior mane bleh lawan.respect!.hehe.isal kambing dh byk pe lagi jual la bleh kwin.kikih
Deleteden msih mncari rentak lg nih.bila sistem dh ok,n smua brjalan lncar..barulah ada msa pikir bnda lain.hehe..den rsa bro Hhafiszal mgkin lg cpat dr den kot sbb bro Hands on,hari2 g mngembala kmbing..lepas ni beli kuda sekor bwak g gembala.barula koboi ipoh namanya.haha..
Deleteisal kalau aku jadi ko, aku jual je dulu kambing. buat modal kahwin hehehe. tak nak kahwin pun, buat modal untuk reban baru.
Deletetapi tu lah kahwin sekarang mahal betul. Nabi kata perkahwinan yang murah itulah perkahwinan yang berkat. Orang sekarang pula berlumba lumba lebih mahal. Terbalik zaman Nabi ni.
untung la dok dekat Prof Alwi. hahaha. saya di kapit ni banyak bukit bukau. terbayang-bayang je kambing mendaki bukit. kalau bukan disebabkan faktor pengangkutan air, saya dah tumpang bela kambing dah dekat sini. saya ada gak angan2 buat kandang di kawasan berbukit, supaya kambing tu jadi lebih tegap, lebih berotot.
ReplyDeletejemput singgah, baca Daun VS Rumput
yelah, nak pergi kapit kena guna bot.
Deleteyang dekat selama, perak tu bukan bukit bukau?
yap, kawasan bukit, sawit. tapi belum dapat laksana, project manager belum boleh tukar profesion. hoho.
DeleteHaha.antonio banderas tang mne bos.mmg untung duk dekat.rase nk pg slalu.ni dh 3 kali kot.heh.apepun isal pling berjasa bg kenal dgn bro alwi.nk kejar korg dua tah bila.byk nk kna blajar lg.kandang aku tanah skit je tinggi.tp bwa gmbala tu naik bukit tinggi.tuan pun semput.tambh plk ade kmbing yg suka buat kpla sndri.turun naik la aku kejar.pergh.
ReplyDeleteKawan aku dua org dlm gmbar tu tgh buat kndang.tempat pn tinggi.tmpat tu aku yg pilih.lg best.lg rumput byk.dekat je dgn kndang aku.blik dr tmpat bro alwi tu trus nk buat kndg.smngt tak ingt diorg.lpas ni la mrase nk jga cmne.
Tempat tinggi mne pn kmbing bleh pnjat.btul bos.90° tkde hal.tp lg tinggi lg kurg rumput segar.biase aku bw lereng.tgh2 bukit.kat situ mmg byk rumput segar.
Tq bos.siap post gmbar aku lg.promo free.huhu.
kawan ko dua orang tu share buat kandang lah? Ke masing masing lain lain kandang? Semangat betul ye..
DeleteKalau pandai bertukang sendiri macam ko, memang cemerlang.
Masalahnya aku kalau 10 kali ketuk paku, 8 melayang, 2 lagi masuklah, tapi bengkok hahahaha
Haha.takpe dh jadi otai.aku ni trpaksa la brtukang sndri sbb tak byk modalnye.diorg buat kongsi kndg,tp kmbinh sndri2.tp plk smpai la tak naik tiangnye.
ReplyDeleteSalam semua! I always learn something new here. Just finished clearing my little one acre plot... so many ubi and pakis shoots gone... so many regrets. Hopefully they will come back. Alhamdulillah I have not planted any napier. Thank you all so much!
ReplyDelete