Getting
fit is a much different story.
Ada
penternak dan feedmaker yang overconfident dengan feed formulation
yang dia hasilkan. Ada yang isytihar formulasi dia adalah yang
terbaik untuk kambing, pasalnya bila kambing makan dedak formula dia
ni, kambing cepat jadi gemuk gemuk bulat berkilat.
Hanya
kerana nampak kambing cepat naik berat badan dalam tiga empat bulan,
atau susu banyak bertambah, terus isytiharkan formulasi makanan dia
ampuh lagi berdaya saing. Sesuai untuk pembiakan jangka panjang.
Padahal ada yang langsung tak buat lab test pun. Pehhh.
Perangkap.
Yang
memusnahkan penternak yang nak jadi pembiak.
Bahaya
bila hasil jangka pendek dijadikan landasan utama program jangka
panjang(lebih empat tahun).
Tuan
tuan, sebenarnya senang sangat nak gemukkan kambing kita. Jaaaauhhh
lebih senang berbanding membiakkan kambing kita. Contohnya dedak
kering yang biasa kita guna tu. Tak kisahlah jenis energy concentrate
atau protein concentrate. Baik dedak jenama baru atau jenama berpuluh
tahun. Baik murah atau mahal. Baik yang buat lab test setiap 6 bulan,
atau yang buat tiap tiap bulan. Baik yang ada exhaustive nutrient
analysis, atau pun yang basic analysis je.
Semuanya
lari nisbah omega 3 : omega 6, melainkan yang guna flaxseed.
Lari
tunggang langgang. Terbalik semuanya. Omega 6 pula lagi tinggi dari
omega 3. Dan kajian menunjukkan nisbah omega 3:6 yang tidak seimbang
mempercepatkan kadar obesiti. Perasan tak, sekarang banyak orang obes
dalam planet bumi ni, dan situasi obesiti sebegini tidak pernah
terjadi dalam sejarah manusia semenjak turunnya Nabi Adam?
(Sesiapa
nak tahu lebih lanjut pasal omega 3:6 boleh rujuk post lama aku kat
sebelah, takpun google aje).
Yaa,
nenek moyang kita zaman dahulukala, sumber utama makanan mereka ialah
makanan segar. Segar bugar. Masih terpelihara nisbah omega 3:6 yang
sesuai. Sebab tu kekuatan dan kelasakan mereka menjadi legendary.
Orang
sekarang banyak sangat makanan diproses, dan semua makanan diproses
lari nisbah omega 3:6. Itu pasal lah banyak sangat kes obesiti dan
masalah kesihatan.
Sama
juga bagi ruminan. Makanan yang paling sesuai nisbah omega 3:6 adalah
foraj segar (rumput dan dedaun). Dan omega 3 paling tinggi dalam
tumbuhan adalah pada pucuknya.
Maka
kambing yang dapat lepas bebas meragut memiliki peluang lebih cerah
untuk mendapat kuantiti omega 3 yang lebih tinggi. Ini memperbaiki
nisbah omega 3:6. Justeru kesihatannya terpelihara. Fit. Lasak. Susah
nak obes.
Obesiti
kan terbukti menurunkan kesuburan. Turun jatuh breeding vitality.
Nampak dari luar memang sedaplah, lemak berlipat lipat bulu berkilat
kilat, tapi bila sampai masa mengawan, kondem. Kondem habih!
Kita
nak membiak, jadi kita nak kambing kita kuat mengawan, breeding
vitality tinggi, barulah berhasil usaha pembiakan kita. Fitness
kambing kita adalah prioriti bagi seorang pembiak. Untuk itu, foraj
segar (yang betul nisbah omega 3:6, penuh vitamin dan enzim hidup)
mesti dijadikan makanan utama (primary).
Kalau
nak gemukkan kambing, tunggulah bila kita masukkan dalam fasa
penggemukan. Masa tu gunalah apa apa formulasi pun, yang sememangnya
lari nisbah omega 3:6, kita jadikan makanan utama. Foraj segar
jadi makanan sekunder sebagai sumber roughage. Atau pun tak guna
foraj segar langsung, guna silaj dan hay sebagai makanan sekunder.
Sahih kambing kita cepat gemuk, cepat obes.
Senang
sangat gemukkan kambing. Jadi kalau ada penternak atau feedmaker yang
claim makanan rumusan dia terbaik dalam dunia ini, sangat sesuai
dijadikan makanan utama untuk program pembiakan jangka panjang
(watch my words!!)- ketahuilah itu adalah kepalsuan yang mahu
dijadikan kebenaran.
Diorang
ni (feedmaker) sebenarnya buat makanan penggemuk. Ada pelbagai
peringkat kesan penggemukan. Ada yang cepat gemuk, ada yang lambat
gemuk. Ada yang tumpu pada susu, ada yang tumpu pada pedaging. Ada
yang buat untuk pelbagai peringkat umur. Macam macam. Myriad. Tapi
semuanya makanan penggemuk. Makanan jangka pendek.
Makanan
pembiak, makanan jangka panjang, makanan terbaik untuk ruminan adalah
makanan yang rumusannya milik Tuhan. Rumput segar. Dedaun segar.
Sahih terang benderang ruminan boleh membiak. Keturunan demi
keturunan.
Fresh
forage is still, and will always be, the best!
*Itu
baru omega 3:6. Belum lagi enzim dan vitamin. Seorang very
professional feedmaker yang dah berpuluh tahun pengalaman, cerita kat
aku, dedak ni kalau boleh, beli yang betul betul freshly made, dan
bila beli hari ni, kalau boleh habiskan hari ni juga. Pasalnya
vitamin yang ada cepat sangat degrade, walau pun ditambah tepung
vitamin sintetik. Dan dia pun mengaku - fresh forage is still the
best.
*Juga
belum masuk cerita masalah penyerapan unsur zink dalam soya basah.
Soya basah ada phytate yang tinggi, dan ini menghalang penyerapan
zink ke dalam sistem badan. Hasilnya kandungan zink dalam darah jadi
rendah. Zink rendah memperlahankan metabolisme badan (senang gemuk
weh!). Tapi dalam masa yang sama, zink rendah menurunkan kualiti
sperma dan libido. Maka kambing yang makan soya basah jadi cepat
betul gemuk tapi ada masalah kesuburan.
Jadi
tuan tuan penternak, kena pandai bezakan siapa pembiak, siapa
penggemuk. Tujuan lain lain, dan metod dan kepercayaan antara
keduanya sangat berbeza. Seorang pembiak tulen yang dah lebih empat
tahun operasi pembiakannya, tanpa pertukaran signifikan sistem,
kambing, dan makanan dalam masa empat tahun tersebut, dan prestasi
pembiakan kambing memuaskan - maknanya apa yang dia buat betul lah,
jadi nasihat dia kita lebih percaya.
Salam
hormat!
*Kepada
bro zaki dari ladang Nurternak di Kedah yang melawat ladang aku itu
hari, terima kasih diucapkan. Juga kepada Hj Rahim dan isteri dari
Berkat Jaya Farm di Sg Buloh yang datang melawat. Terima kasih.
Nanti besok ada masa aku melawat ladang tuan tuan!
saya ni kira silent reader blog ni tapi hrni dapat hidayah utk komen plak.. hehehe
ReplyDeletekeep writing, en.alwi! sesungguhnya blog ni byk bg ilmu & buat sy byk berfikir.. antara entri yg menarik perhatian sy ialah rahsia daun ubi, kontroversi soya, silage & napier.. almost 4 tahun belajar (teori shj) di ipt dlm bidang ternakan definitely tak cukup dan mmg ada kontra dgn apa yg sy belajar.. dah tentu sy kagum dgn prestasi ladang en.alwi yg mencontohi gembala cara nabi sbb silibus di ipt semuanya berprinsipkan 'dasar pandang ke barat'..
sy teringin & harap sgt 1 hari nnt sy dapat kelapangan masa utk melawat ladang en.alwi.. ^^
terima kasih iyou kerana sudi baca blog.
DeleteTeori dengan pengalaman memang lain lah. Boleh lawat, takde masalah.
Thanks again!
Salam prof alwi..
ReplyDeleteSejak folo blog ni sy dpt bnyk ilmu.slh stunye psl soya bsah.tahun lepas saya ada bg soya basah selama 6 bulan. Effect dia batch bebiri saya kurang besar berbanding batch sblmnye.
Lagi satu saya banyak dengar rungutan dari rakan penternak tentang kesuburan dan kegemukan. Pejantan yang gemuk malas nk mengawan. Ini banyak terjadi pada ladang intensif. Mcm kata prof, bebiri ni kurang mkn forage segar,banyak makan hampas soya,dedak n silaj.
Saya ada pertanyaan kt prof, ada beza dedak starter dgn breeder?boleh tak kita bg dedak starter pada induk?
starter tinggi protein. sesuai untuk anak, kurang sesuai untuk induk.
Deletet.kasih banyak2 dgn prof sebab blog tuan banyak membantu saya sebagai penternak baru ni..ilmu yang dikongsikan oleh prof ni sebenarnya jabatan Haiwan pun mungkin x tau sebab sewaktu saya kursus penternakan kambing selama seminggu apa yang diceramahkan sangat bertentangan pasal perkara seperti sayo,napier dan daun ubi tu..
ReplyDeletetakpe, baguslah pergi kursus. Dapat pelbagai pandangan.
Deletenmpknya pengkomen2 tegar blog alwi dh pencen ni.hehe..prof aku nk tnya psal Phytate tula.cmner nk neutralize kn phytate tu?dgn Fermentasi boleh kan..jadi kalu bt silaj soya okla patutnya..tp soya bkn sng nk bt silaj ni sbb klembapan tinggi..msih ada yg xfaham hakikat silaj ni utk kesan pembiakan jangka panjang wlaupun prestasi kndang dh mncerminkn sgalanya..hehe..
ReplyDeleteorg Barat skrg jd pelik bila mkn dging lmbu yg mkn rmput spenuhnya..diorg prefer yg dh dfeedlotkn n dsuapkn dgn mknn penggemuk mcm grain,pelet dll..ape daaa...
The best way nk kurangkan phytate nie ialah dengan fermentasi. Kita proses hampas soya ni sbijik cam nk buat tempe. kene pakai bakteria apa ntah. kalo org kampung panggil dia ragi tempe
Deleteorang jawa makan tempe power2. orang kelantan makan budu pun power2. semuanya peram.
Deletehampas soya, peram, keringkan, jadikan serbuk, campur dalam konsentrat. ini style indonesia, dia peramkan/silajkan by product, 4 5 hari, kemudian jemur 2 3 hari, kemudian hancurkan, campur dengan bahan baku dedak yang lain.
tapi, dedaun segar is the best.
mana ada pencen bro isal. dok baca gak, online guna HP je kat rumah, nak komen jenuh gak. hahaha.
den xfaham part knapa diorg nk jemur 2-3 hari tu ust.don..silaj stkat den tau prlu dgunakn scepatnya slepas dibuka tong/tmpt smpnan sbb bkteria aerobik mula brfungsi utk degrade nutrien yg ada dlm silaj bila trdedah pd udara.sbb tu msa simpn tu prlu keadaan anaerobik(tnpa oksigen)..ahhh caner tuuu..hehe
Deletepengkomen2 tegar,
Deletehehe..apa buleh buat..
aku rase kalo jabatan tu berfungsi, tak la kita dok nak blog- blog sangat ni..
ni balik ofis, dok mengadap computer lagik haha..
kita buat ni pun nak tolong bangsa kita jugak..
soya sebenarnya banyak antinutrients, bukan phytate je. orang dulu tak banyak makan makanan berasaskan soya, cuma dibuat kondimen.
Deletethe best way untuk dijadikan makanan ruminan - kena lalu banyak proses pemanasan. macam soybean meal. tapi masih ada sedikit antinutrient.
Tegar pun tegar lah. Haha. Jangan taksub sudah. Beza Tegar dan Taksub tu. Moga2 yang belajar di blog alwi ni jangan terus naik power jadi super saiya. Kena timbang2 sendiri mana yang boleh ambil dan mana tak sesuai.
DeleteKalau projek tak jadi, salah kita sendiri. Blog macam ni setakat peringatan yang bagus dari orang lama
Betul lah tu. Masing masing ada impian dan kekangan yang berbeza. Jalan yang ditempuhi pun berbeza.
Deleteartikel saya bagi menjawab style indonesia tu. hehe. Aerobic Stability of Silage pandangan saya sahaja. mungkin betul mungkin tidak. kalo salah tolong perbetulkan.
Deletetegar ok lagi, taksub nanti, gambar prof Alwi jadi poster letak dalam bilik tidur. hahaha.
Kita cedok semua ilmu dr blog rakan2, sesuaikan dengan kawasan n kambing kita. mana yang sesuai kita amalkan di kandang kita. kata org tua2, kita buat sistem kita sendiri dr pengalaman rakan2.
DeleteKomen ko memang tak bole blahla ustaz don. Gambar alwi gantung memang ...... Gambar kambing ok lagi la. Ada masalah besar tu.
DeleteKandang kambing mengembek, kandang lembu menguak.
Kena ukur baju dibadan sendiri juga.
Baik ko highlight perkara ni alwi. Tak pasal2 kena saman sebab nasihat dalam blog. Walaupun dah ada disclaimer. Hehe
Hahaha.. Kalo dh taksub, kronik jadinya.. Baik prof alwi hati2.
DeleteBagi can orang lain le. Nampaknya makin ramai komen. Nanti crash blog percuma ni dengan traffic yang main tinggi.
ReplyDeletehaha.sjak alwi min aktif update blog n blas komen mkin mningkat trafik ni..tp bguslah rmai org brpeluang mnuntut ilmu yg brguna dlm blog nih..nnti agk2 bleh dpt Blogger Of The Year ke??haha
Deletetakde apalah.
Deletebukan ada polis trafik yang kawal trafik. Bagi je lah comment.