Kepada
sesiapa yang nak tahu amende sebenarnya ARB, boleh rujuk blog link
kat sebelah. ARB sekarang ada 1000 lebih ekor kambing boer. Kat
Kluang Johor. Ladang pembiak. Nukleus.
ARB
buat official visit ke ladang aku semalam. Yang datang ialah current
chief, Dr Johari, dan pengurus ladang, Hj Jamsuri. Dr Johari dan
Hj Jamsuri pertama kali sampai ladang aku. Dr Khusairy yang merupakan
ketua ARB sebelum ini dah sampai tiga empat kali ladang aku, tapi
bukan official visit, dan bukan atas kapasiti sebagai ketua ARB.
Kiri: Dr Johari, Ketua ARB Kanan: Hj Jamsuri, Pengurus Ladang ARB
Gambar atas takde pemandangan kandang. Gambar ni baru proper sikit, nampak kandang kambing dan kuda. Yang pakai baju purple tu tak tahu sape. Penyibuk betul!
Aku
dah bagitau awal awal kat Dr Johari yang ladang aku ialah ladang
'hardcore'. It's bare minimum, no fancy infra, kurang mesra pelawat,
taik kambing taik kuda taik kucing segala macam taik bersepah sepah.
Tak
macam ladang ladang multiplier sebelum ini - bersih berkilat kilat
memancar mancar, suci dari debu. Ladang aku hanya sesuai kepada
penternak kambing tegar tegar, yang dah biasa cium bau taik binatang,
atau pegawai pegawai yang biasa turun naik kandang senget benget.
Ok,
ARB datang untuk berbincang mengenai upgrading genetik kambing
aku menggunakan darah boer. Bantuan pejantan dan kepakaran teknikal
akan diberikan. Long term project. 3 + 3 tahun.
Ini
bukan multiplier. Aku tak berminat dengan skim multiplier. Aku lebih
percaya dengan prestasi induk betina aku sekarang yang terbukti lasak
dan produktif.Jadi aku tak mahu 250 induk boer. Lebih baik macam ini.
Upgrade. Bagi ada bentuk boer yang uniform dalam kawanan kambing aku.
Bentuk.
Shape. Warna tak kisah. Sebat aje kaler apa pun.
Bentuk
yang rendah, dan berisi. Bahasa lain - gemuk pendek.
Tuan
tuan pembiak kambing, true meat breed mesti pendek. Rendah. Tak boleh
tinggi. Kaki pendek, centre of gravity rendah, baru boleh banyak
daging melekat pada rangka.
Bagi
pembiak baka susu yang mengejar potensi jumlah pengeluaran
susu (watch my words!!), dia akan prefer rangka yang semakin
meninggi, berlawanan dengan rangka untuk pedaging tulen. Kerana
semakin tinggi rangka badan kambing, semakin banyak ruang untuk
kantung susu yang lebih besar dan puting yang panjang.
Puting
yang panjang memudahkan pemerahan susu, dan kantung susu yang lebih
besar, of course, menambah kuantiti susu. Jadi bagi pembiak baka
susu, ciri kambing yang mendatangkan kelebihan ialah rangka tinggi.
Tetapi rangka tinggi menyebabkan daging kurang.
Jamnapari
tulen sebenarnya kambing susu. Aku memang pelik banget kalau ada
penternak yang kata jamnapari sesuai dijadikan pedaging. Salah ciri
dah tu sebenarnya. Sama macam nubian tulen, atau saanen tulen, atau
shami tulen.
Tetapi
jangan risau, kita jangan pening, remember - mixed blood still rules!
Buat masa inilah...
Anyway,
upgrading aku tak akan sampai ke tahap pureblood. Aaaa... pasalnya
apa yang aku nampak kalau kita betul betul kejar ciri spesifik
sesuatu baka, samada pedaging tulen atau susu tulen, input kita
semakin meninggi dan meninggi. (Reasoning aku akan cerita dalam post
mendatang - tak tahulah bila).
Aku
buat low input husbandry. Kalau semakin ramai pembiak yang mencapai
status 'advanced', yang betul betul faham konsep low input high
input, low output high output - baru aku bergerak ke arah pureblood
atau pun, fullblood, di mana besar kemungkinan menjadi high input
husbandry (tak kisahlah boer ke, kacang ke - marah pula orang ARB
ngan aku ni karang, diorang dok baca ni).
Realitinya
industri kita masih peringkat tunas. Belum kembang mekar. Objektif
kita melahirkan semakin ramai basic breeder. Advanced breeder? Akan
sampai masanya bila basic breeders dah banyak. Dan cara terbaik
melahirkan banyak basic breeder ialah menggalakkan mereka memilih low
input husbandry.
Bila
dah survive, masa tu kita ada option.
High
input ----> Incredible output
Bukan
lagi high input - high output.
Salam!
*Aku
rasa ramai yang tak faham post kali ni. Sorry!!
*Aku tak kata aku nak bela boer. Jangan salah faham.
*Terima
kasih kepada pasangan suami isteri, Shukri dan Raha dari petaling
jaya yang datang melawat. Memang nampak bersemangat. Kuat memburu
ilmu. Good luck to the both of you!!
*Terima
kasih juga kepada orang terengganu yang telah 'mengebas' kambing aku.
Pergi balik ada kot 1200km. Pengsan adik aku yang jadi drebar lori
haha!
ada benda missing di sini..
ReplyDeleteApa komen Dr ARB selain daripada nak supply baka boer tu?
thats private hehe
DeleteMemang dalam betul imaginasi ko ni weh!
prof...maksudnya sekarang ni tuan guna betina dan jantan kacangka?
ReplyDeleteInduk asal je kuat kacang. pejantan darahnya dah bercampur campur. aku pun tak tahu. kena buat DNA sequencing baru tahu haha
Deletesaya pun baru menternak..setakat ni campur dgn anak baru sebelas ekor...yang jantannya aku x tau asal usulnya..pemilik asal cakap ferral kacuk dengan kacang sudah konon..x tau betulkah..tapi bentuk badannya memang besar berbanding kambing kacang..t.kasih prof.alwi..
DeleteBro.. tengok pic kat atat tu..Phuhh kagum! Brutalnya kambing kau.. mengharung semak samun tepi parit. Tak kena belit sawa/patuk ular ke?? Baka camni yang saya nak cari nih..Saya dah tersilap beli hari tu.. beli dari jenis yang tak pernah turun kandang..
ReplyDeleteBukan takat harung, ada juga yang buat pandelela style. Terus terjun masuk parit! Hahaha. Dapat pingat olimpik takpe, ini menyusahkan tuan gembala pula nak buat rescue operation haha
DeleteWah2... ARB pun dtng. Siap offer lg. Silap baka ni, prof alwi nk dwarf. Hehe
ReplyDeleteaku bukan nak buat boer. cuma nak dapatkan bentuk.
Deleteaku rasa mslh bsar jgk nk cri calon ldg pngganda utk projek ARB ni.slain prasarana n fasiliti yg dprlukn ada lg ke yg brmnat dgn darah Boer Fullblood utk projek trnkan jngka pnjang.tkut Blood pressure naik ke thap Full je nnti.hehehe
ReplyDeleteden ada trbca psal fkta kmbing susu.."makin tinggi susu dihasilkn induk,makin tinggi potensi seragn cacing n pnyakit pd induk tu"..btul ka prof??jd bg sape yg nk bela kmbg susu scra semi-intensif kt Malaysia ni lupeknlah niat suci anda.intensif pling ssuai utk kmbg susu ye ust.Don CH.hehe..aku gi Ar-Raudhah ada kmbing Pygmy@African Dwarf mgkin xsma dng Nigerian Dwarf tp hsil susu shari dlm 1.5liter.boleh than dgn saiz bdan yg comel lote tu..
betul lah tu. makin tinggi kuantiti susu, makin mudah dapat serangan penyakit.
Deletemakin cepat naik berat badan, makin senang nak kaput.
boleh bela kambing susu cara semi. guna yang ada darah tempatan.
haha Blood jadi Full. Bloody Fool hehehe pandai ko manipulasi ayat ni isal.
Delete