Astonishing..
astonishing... astonishing ....
Series
of insights. Not one but several insights.
Cikgu
suhaimi dah ikut blog aku dari awal. Sama dengan fairul, sama dengan
isal. Bezanya cikgu suhaimi ialah very loyal but silent reader selama
ini sehinggalah dia mendedahkan identitinya semalam. Melalui sms.
Cikgu
suhaimi ni umur 32. Sekarang mengajar di sebuah sekolah berasrama
penuh integrasi. Dan dia pernah membiak kambing masa remaja. Gembala
masa muda muda.
Ini
adalah sms keempat daripada dia:
"Masa
sekolah dulu, dari tingkatan 1 sehingga form 6, saya memang gembala
kambing. Bermula dengan seekor ibu kambing tua, yang secara kebetulan
tak jadi nak sembelih untuk kenduri maulud nabi, sebab didapati dia
bunting. Maka saya pelihara sehingga dapat anak jantan. Kemudian
berkembang biak sehinggakan ada satu ketika, berjumlah lebih 40 ekor.
Rutin
harian, balik sekolah pukul 2.30 hingga 6 petang, jaga
kambing. Berkawan dengan kambing. Baca buku dengan kambing, tuisyen
dengan kambing. Pidato depan kambing. Sampai la masuk USM, tak payah
bergantung PTPTN pun, cukup dengan duit jual kambing. Tambah tambah
dapat biasiswa lagi. Alhamdulillah. Namun sedihnya tak boleh lagi
jadi gembala kambing, sebab sibuk jadi gembala anak
orang."
........
aahh how heartwarming, thought provoking, and the far reaching effect
shepherding has on economics, and personality.
Dan
ini adalah sms kelima daripada beliau :
"Apa
yang menariknya kambing kacang saya ini, jenis beranak kembar
3. Alhamdulillah sepanjang jadi penjaga mereka, memang takde yang
kena penyakit pelik pelik. Yang mati pun ada la seekor dua, sebab
kena patuk ular.
Cuma
kambing saya dulu tak seperti kambing lain, sebab tinggal di kawasan
kampung yang penuh sawah padi. Maka mereka cukup gemar makan
keladi senduk, anak rumput kedah, dan rumput jagung yang penuh dalam
sawah. Mereka sanggup turun dalam sawah berlumpur dan berair, walau
pun paras air sampai tahap bawah perut mereka. Alhamdulillah
metabolisme mereka kuat, sebabnya ... sama seperti teori yang prof
cerita dalam blog. Konsep genetik vs diteiminisme alam sekitar."
.........
astonishing resistance, incredible resilience of pure local blood.
Dan aku belum pernah dengar kambing digembala meragut sampai ke tahap
ini, tahap 'berenang' dalam sawah yang penuh air.
Kambing
kacang ini dibawa ke sawah padi selepas padi habis dituai, maknanya
ketika tanah direhatkan, ketika tumbuhnya pelbagai jenis rumput liar
yang pantas tumbesarannya. Biasanya tempoh rehat ini antara
sebulan ke dua bulan.
Menurut
cikgu suhaimi, tiada 'ill effect' kepada kambing kacang gembalaannya,
walau pun dibawa berenang dalam sawah, walau pun wujud inbreeding.
Dan ini menyebabkan aku menilai semula keyakinan aku terhadap darah
tempatan.
Sebelum
ini, keyakinan aku tinggi pada darah kita sendiri. Tetapi selepas
pendedahan cikgu suhaimi, maka keyakinan aku semakin memuncak pada
darah tempatan. Kombinasi gembala dengan darah tempatan adalah suatu
kombinasi yang sangat dinamik, kombinasi yang boleh menganjak
paradigma, kombinasi yang boleh membawa kepada suatu dimensi baru,
dan kombinasi yang mampu mengubah ketidakpercayaan kepada
kepercayaan.
Terima
kasih cikgu suhaimi atas kesudian berkongsi pengalaman.
*Aku
telah edit post aku sebelum ini “PONDOK TANJUNG-MY POINT OF VIEW”,
untuk mencerminkan perubahan pandangan aku.
*Terima
kasih juga kepada pak domba dari gunung santubong, sarawak yang
menelefon aku semalam dan berkongsi sedikit pengalaman dan
kepercayaannya pada darah tempatan. Pak domba telah berada dalam
dunia kambing selama 7 tahun. Berumur 38 tahun. Tak jauh bezalah
dengan aku. Tapi aku segan kalau dipanggil 'pak' haha.. terasa tua
lah pula, jangan marah pak domba! TQ again to pak domba!!
Alwi.
ReplyDeleteJadi maksudnya di sini, selain darah tempatan, apa padangan ko pasal adaptation..
Setiap benda hidupkan boleh adaptasi dengan persekitaran.
Mcm teori evolusi..(walaupun aku tak setuju dgn teori monyet>manusia).
Boleh hurai sikit pasal ini?
"sifat adaptasi haiwan (kambing) dgn alam sekitar."
Jika ko boleh berubah pandangan..takkan kambing pun tak pandai berubah utk survival?
jeng jeng..
saya ada baca sikit. jawapannya berkait rapat dengan natural genetic modification. flow dia macam ni, (dari yang saya baca & assumption saya based on cerita Cikgu Suhaimi).
ReplyDeleteadaptation = genetic modification = genotype (genetik, DNA, darah tempatan) + environment (cuaca kita, sawah, gembala) + genotype & environment interactions (adaptation) = phenotype (traits) -> altered genotype -> natural selection (the survival of the fittest) = current state of goat.
saya dah pening. hahaha. good luck!