Adapun
satu penternak super veteran yang pernah aku jumpa (benggali bela
lembu susu), dia pernah cakap, dia bubuh binatang berbisa ke dalam
garam jilat lembu susu dia. Antara binatang berbisa tersebut ialah
tebuan atau kala jengking. Tapi favorite dia adalah anak ular tedung
selar. Masa tu garam biasa atau garam putih je yang ada, bubuh dalam
buluh. Dia bubuh anak ular tu dalam buluh hidup hidup dan biarkan ia
mati dan mereput, sebati dengan garam tu.
Katanya
memang berkilat bulu lembu dibuatnya, susu pun banyak, tak pernah
datang kurap, tak payah bagi ubat cacing. Masa zaman dia ni, ubat
cacing yang popular dan berkesan ialah Nilzan (tetramisole), tapi la
ni Km Vet dah tak bawak masuk. India mari punya ubat, aku pun tak
tahu apa sebab ntah tak nak bawamasuk lagi – mahal sangat kot.
Anyway,
bila masuk cerita bisa, ianya adalah neurotoxin. Dan komponen
utamanya adalah mikromineral, atau pun trace mineral, atau pun unsur
surih. Kuantiti betul betul minute (sikit sangat) tapi kesannya
samada sangat besar atau pun mendadak. Boleh jadi copper, selenium,
zink ataupun apa apa unsur lagi.
Garam
putih biasa memang takde unsur mikromineral ni, so ada juga benarnya
sebab musabab si benggali veteran ni campurkan binatang berbisa ke
dalam garam jilat dia. Nak dapatkan trace minerals.
Biasanya
kekurangan trace minerals tak nampak kesan immediate. 1-4 tahun
kemudian baru nampak manifestasi kekurangan trace minerals dalam diet
ternakan kita. Masa tu walaupun makan cukup, kambing gemuk gemuk tapi
boleh mati tiba tiba berderet deret ataupun kadar pembiakan tiba tiba
jatuh menjunam. Mengandung gugur, atau anak anak banyak mati.
So
kita kena hati hati. Kalau nak maintain performance kambing kita,
pastikan garam jilat ada makro dan mikro mineral. Bilamana setahun
dua awal projek elok aje kambing, tapi tahun ketiga keempat tiba tiba
banyak masalah kesihatan kambing, mungkin disebabkan inilah.
Kalau
kambing high performance, dia punya intake makro dan mikro mineral
pun tinggi, kita kena jaga betul betul. Kambing susu pun sama.
Tapi
kalau kambing biasa dah berkurun duduk iklim tropika ni, dia punya
intake makro dan mikro mineral pun tak setinggi high performance
punya breed. Ada defisit, atau pun tak dak langsung, dia boleh
survive lagi. Kita masih boleh extract sikit sikit performance dari
dia.
Mmm..
tapikan aku tengah terfikir (teori aku sendiri je ni), mungkin mikro
minerals ni tak directly affect resistance dan resilience level
ternakan kita kepada parasit. Mungkin dia boleh switch on and off gen
gen tertentu, yang kemudian merembeskan protein protein khas yang
mengawal parasit parasit ni.
Begitu
juga dengan herba herba. Biasanya kita ingat compound (komponen)
herba ni macam condensed tannin ada hubungan terus dengan tahap
parasit dalam badan. Tapi macam mana kalau dia setakat kawal gen
resistance dan resilience ni?
Pasalnya
ada kajian ke atas herba herba tempatan ni, tak dak pun jumpa
compounds yang bersifat anthelmintic (anticacing). Tapi bila kita
bagi kat ternakan, memang nampak hilang beban cacing. Mungkin dalam
dos tertentu atau gabungan tertentu, dia switch on gen ketahanan
terhadap cacing.
Haha
aku saje je nak peningkan kepala sendiri, dan tuan tuan. Tapi kalau
ada pandangan boleh gak kongsi ngan aku.
Ada
tak research local kita yang dapat identify mana satu gen, atau
kombinasi gen yang mengawal tahap ekspresi resistance dan resilience
terhadap parasit?
Sapa
sapa tahu?
No comments:
Post a Comment