Aku
lebih percaya dengan research and development berbanding pemberian
subsidi atau pawah. Jauh lebih percaya walau pun R n D ni lambat nak
nampak pulangannya. Gagal pun boleh. Tapi yang aku pasti ada rate of
success dan itu berkait rapat dengan saiz peruntukan untuk R n D.
Lagi
banyak dana dicurahkan, lagi banyak research boleh buat, lagi tinggi
rate of success.
Bilamana
masuk bab pertanian, institut penyelidikan yang tersohor kat tanah
air kita ni ialah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian
Malaysia. Macam macam bidang pertanian diselidiknya termasuklah
ternakan. Hampir semua jenis ternakan pula tu. Rumput (pastura) pun
dia selidik. Makanan ternakan pun dia selidik. Terlalu banyak bidang,
susah nak fokus.
Bila
kita jadi F1 racing driver, kita kena ada absolute focus. Kena masuk
dalam 'zen zone', di mana kita lupa semua benda kecuali apa yang kita
tumpukan. Dan yang membezakan world champion dengan driver yang tak
menang menang ialah sejauh mana dia terapung dalam zen zone. Lagi
dalam zen zone, lagi dalam fokus, lagi tinggi kemungkinan nak
berjaya.
Fokus.
Dan fokus hanya boleh dicapai bila tenang, tak berserabut macam macam
nak buat, macam macam nak fikir. MARDI sekarang terlalu banyak beban
dan tanggungjawab, banyak sangat research, actually jadi slow, and
slower, and slower.... Dah jatuh rate of success dia dalam bidang
penyelidikan pertanian. Itulah persepsi aku sekarang (orang lain sama
juga kot?)
Now,
Veterinary Research Institute (VRI) milik JPV, dan aku tahu yang dia
pun ada buat penyelidikan ternakan. Tapi aku rasa budget dia tak
sebesar MARDI, dan tumpuannya lebih kepada penyakit penyakit
ternakan. Yang buat tak bestnya, tertakluk kepada JPV federal. So tak
cukup autoriti, tak cukup independence macam MARDI.
Lembaga
Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pun ada unit penyelidikan ternakan. Kat
Keratong, tu kambing punya research. In fact MPOB juga ada Energy and
Protein Centre, fasiliti penyelidikan makanan ternakan yang sangat
advance, melebihi fasiliti MARDI aku rasa. Tapi underutilised, senyap
je. Well, mungkin industri ayam je lah yang banyak terlibat kot.
Takpa nanti aku check balik.
UPM,
UM dan U U lain pun ada buat research kambing, cuma peruntukanlah tak
sebesar MARDI, dan sekali lagi, tak cukup autoriti dan independence.
Hakikatnya,
di malaysia apa yang aku nampak, rate of research dalam agriculture,
kambing khasnya is way too slow. Rasa macam tengok siput babi panjat
pokok serai belakang rumah aku. Berjam jam tengok siput babi tu jalan
inci demi inci. Exciting betul.. ;)
Untuk
itu aku propose suatu badan penyelidikan khas yang independent, atau
Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik kat MARDI tu diasingkan, dinaik
taraf ke Institut. Contohnya 'Institut Penyelidikan Kambing
Malaysia', atau nak lagi best 'Institut Penyelidikan Kambing Hibrid
Malaysia'. Pecahkan lagi kepada 'Institut Penyelidikan Makanan
Ternakan Malaysia', atau 'Institut Kemajuan Pastura Malaysia'.
Bila
buat macam ni, baru terbit fokus. Ada misi spesifik. Makanya lebih
banyak mission specific research boleh dibuat, dan lebih tinggi rate
of success, dan pastinya faster rate of research. Semua negara maju
bidang agriculture buat macam tu. Contohnya China yang termaju
industri padinya dalam dunia. Dia ada 'China National Hybrid Rice
Research and Development Institute' – betul betul fokus kepada padi
hibrid, tak dak benda lain.
Pasal
tu rate of progress dalam research padi hibrid di sana jadi
outstanding. Wujud absolute focus. Director General tak perlu jawab
isu isu lain, jawab cerita padi hibrid dan perkembangannya sahaja.
Kat MARDI sekarang, Ketua Pengarah kena jawab cerita ayam, lembu,
kambing, kenaf, bunga raya, orkid, belacan, kerepek pisang, pkc
pke... Pehh serabut serabut serabut....
Yaaa...
MARDI should have a structural shake up to better develop our
industry. Harapnya adalah policymaker yang dengar dengar dan setuju
ngan idea aku ni. Boleh ke?
Salam.
jgn RnD syok sendiri, researcher pakai nama anak bini sudah..
ReplyDelete