1900
– populasi manusia 1 billion.
2012
– populasi manusia 7 billion.
Dalam
sekurun sahaja, umat manusia berkembang pantas, sangat sangat pantas.
Sebenarnya meletup. Tapi jangan risau bagi sesiapa yang mendokong
fahaman malthus (and I am definitely not malthusian) , selepas ini pertambahan populasi manusia menjadi
perlahan dan makin perlahan. Expected to stabilise at 10 billion.
Ledakan
umat manusia dalam masa 100 tahun sahaja adalah disebabkan 2 advances
(teknologi) – sanitation and modern medicine. Sanitation ni merujuk
kepada sistem kumbahan najis (toilet lah) yang cekap justeru
membolehkan pertumbuhan bandar bandar yang semakin padat, dan dalam
masa yang sama mengurangkan risiko jangkitan penyakit dengan drastik.
Bandar yang padat membolehkan lebih banyak ruang wujud untuk
pertanian, so lebih banyak food supply. Bila wujud abundant food
supply (food security), manusia lebih pantas membiak.
Modern
medicine ni pula teknologi perubatan, spesifiknya vaksin dan
antibiotik yang boleh dihasilkan dalam kuantiti besar. Jadi penyakit
boleh dikawal dengan lebih berkesan. Actually sangat berkesan. Kadar
kematian jatuh menjunam tak macam zaman dulu, dan purata jangka hayat
manusia semakin meningkat.
Bukan
ke food security penyumbang utama kepada population growth?
Well,
food security adalah syarat utama untuk manusia membiak. Kalau
makanan tak cukup (not secure) maka manusia tidak akan berfikir dan
tidak mampu untuk membiak, sebaliknya sibuk mencari makanan dan
menghabiskan sebahagian besar tenaga untuk mencari makanan. Tak dak
energy allocation untuk membiak.
Syarat
utama. Manusia membiak, tapi slow. Macam keretapi enjin wap. Peledak
utama population growth adalah sanitasi dan ubat moden. Ada dua benda
ni, dia jadi macam bullet train. Main point aku ialah penyakit
(disease) yang banyak mengorbankan manusia. Sebaik sahaja ada
sanitasi dan ubat moden(vaksin, antibiotik), banyak penyakit dapat
dielakkan. Dan bila muncul penyakit dapat dikawal. Itu pasal umat
manusia meletup populasinya.
Dan
ini membawa aku kepada kambing dan usaha membiakkan mereka. Cara mana
yang kita nak guna? Tradisional dan organik? Moden dan konvensional?
Kalau
tradisional, tak berapalah nak guna ubatan zaman moden ni, macam
antibiotik, vaksin, dan chemical dewormer. Lagi suka guna herbal,
atau alamiah. Mana yang ekstrem sikit, dedak pun tak mahu guna.
Manakala mana mana penternak yang suka style modern, tak kisah pun
guna ubat canggih canggih ni.
Bagi
aku, syarat utama adalah cukup makan (enough feed). Syarat utama yang
mesti dipenuhi sebelum pembiakan kambing menjadi. Basic rule ni pun
ramai yang tak lepas termasuk aku hehe. Lepas daripada tu, nak guna
kaedah organik atau konvensional, terpulang.
Tetapi,
berdasarkan pengalaman aku, food security + modern medicine =
pembiakan kambing yang lebih pantas berbanding food security +
traditional medicine. Jangan salah faham ye, dua dua pun membiak
juga, tapi yang lebih pantas dan lower input adalah food security +
modern medicine. Sepertimana yang terjadi kepada ledakan populasi
manusia sekarang.
Marah
pula geng geng jual ubat herba ni.
Rileklah,
pada pandangan aku traditional medicine sesuai sangatlah untuk
penternak kecil. Kambing 20 – 30 ekor bolehlah, cantiklah tu guna.
Pasalnya food security takde masalah, so risk of disease kurang. Tapi
bagi mereka yang nak ke peringkat seterusnya, seriously lebih prefer
modern medicine. That will include me.
Dulu
masa aku mula mula jadi pembiak kambing, biasalahkan, tinggi dan
penuh idealisme. Organiklah, guna ubat kampunglah, tak nak guna
dedaklah – memang tinggi traditionalism aku. Masa kambing sikit.
Bila dah banyak, traditionalisme bertukar kepada modernisme.
Sebabnya
antibiotic really works, concentrate also really works, and chemical
dewormer really really works. My life is much more easier with them.
My farm is easier to manage, and more productive.
Chemical
dewormer and antibiotic are very powerful tools, and as always with
power, it is easily abused. Yang ni aku nak caution, yang ni aku tak
suka, yang ni aku nak elakkan dalam husbandry aku. Banyak penternak
salah guna bila nampak keberkesanannya.
Cerita
SpiderMan “with great power, comes great responsibility” - Peter
Parker
Haa
yang ni nak kena pandai. Bila power di tangan kita, mesti ada rasa
tanggungjawab, jangan guna sesuka hati. Kejap kejap cucuk, asyik
asyik cucuk, dah lah salah ubat plak tu. Memang abuse of power. Kena
ada ilmulah, baru praktis kita ada keadilan, baru jadi seimbang, baru
jadi low input husbandry.
Contohnya
kambing makan tanggung. Bagi makan dedak dan rumput kaw kaw punya.
Bulat bukan main kambingnya. Tapi inject ivermectin atau administer
albendazole setiap 1 - 2 bulan. “Nak bagi kambing tambah bulat,
gemuk berkilat kilat, biar orang yang datang jadi geram tengok”
kata penternak x ni. Ni dah jadi abuse of power lah. Not a
responsible breeder. Kambing makan tanggung apa pula nak bagi ubat
cacing setiap 1 – 2 bulan. Setahun sekali dah cukup. Tak guna pun
takpa.
Bila
tak ada rasa tanggungjawab dalam menggunakan ubat moden ni, tu yang
jadi widespread resistance. Dan salah satu sebab aku mengamalkan low
input husbandry (selective deworming, antibiotic as necesssary, no
milk replacer) adalah untuk mengelakkan kesan buruk penyalahgunaan
ubat moden. Demi memanjangkan jangka hayat produktiviti ladang aku.
Ubat
moden memang berkesan dalam mempercepatkan pertumbuhan populasi
kambing, dan juga manusia.
Jangan
salah guna.
Salam.
*Aku
bukan hard core advocate ubat moden, sebab ada masanya aku guna ubat
kampung dan ubat herba.
*Herbal
dewormer (bawang putih, neem, wormwood, st john's wort, pinang,
sirih, condensed tannin, etc) walau pun takde resistance risk, tapi
protective period dia pendek sangat, tak macam chemical dewormer.
Kena lebih banyak buat research. Maybe kena tubuhkan “Institut
Parasit Ruminan Malaysia”...
aku bila baca bab parasit ni gerun jgak,smpaikan US ada mcm2 agensi khas untk study bab parasit nih.Tp research diorg lbih byk pd haemonchus contatus(btul ke ni,hehe) tak bnyak pasal fasciola hepatica.Smpai ke tahap aku lbih trasa msalah utama pd kmbing lepas ragut ni adalah Gastro Intestinal Nematode(GIN),bru bela 50ekor dh malas nk deworm,belum 300 lg.hehe..balik ni kena deworm secepat mungkin..
ReplyDeletebetul tu prof,aku rasa utk kuantiti trnakn byak kaedah pling efficient perlu diambil kira.Risiko tinggi sgt nk tnggung kalu kesan tak seprti diharapkn guna herbal dewormer nih,mgkin sbgai kaedah pncegahan sampingan bolehla kot..
hari2 org tnya ada kmbing utk akikah skrg,demand tinggi skrg.hrga kmbg import dh naik.kmbg tmpatan pulak jd murah.best..best..tp kmbg xde..kurg best laa..hehe
Kalau kita dapat cari cara mewujudkan harmoni ataupun keseimbangan antara cacing dan kambing supaya win win situation mungkin tak wujud fenomena resistance ni. Semua yang tertindas pasti akan jadi lebih lasak dan kuat.
ReplyDeleteMacam kambing kampung, dah lama sangat orang perlekehkan. Sekarang ni macam dah nampak gelombang baru kambing kampung