“Hunger
is the best sauce in the world”
-
Don Quixote (bukannya Don Jenal, penternak kambing muda di kuala
ketil, kedah ;)
Ayat
cantik. Tapi aku pasti tiada manusia yang rela hati melalui
kelaparan, apalagi mereka yang ada anak anak kecil. Memang tertekan
perasaan kalau tengok budak budak yang kelaparan, kurus melidi sampai
tak mampu menghalau lalat yang menghurung di bibir.
Sekarang
US mengalami kemarau yang teruk. Ekonomi pun teruk, Debt:GDP pada 3:1
(Malaysia 0.52:1 - dah hampiri siling), unemployment 17 -18% (ke dah
lebih?). Maknanya pengeluaran makanan terjejas dan banyak yang takde
kerja.
Menurut
Jabatan Pertanian Amerika, 17 juta rakyat Amerika daripada 320 juta
populasi, mengalami situasi 'low food security' pada tahun sudah.
2011 lah. Maknanya 17 juta rakyat yang merupakan 5.5% penduduk
Amerika tidak boleh makan dalam sehari kerana tak cukup duit.
Tak
boleh makan dalam sehari. Selang sehari makan. Laaagi teruk daripada
puasa Ramadhan. 17 juta rakyat yang makan selang sehari. Bukan tahap
miskin dah ni, dah jadi fakir. Dalam negara yang menjadi pengeluar
dan pengeksport makanan terbesar dunia.
Itu
tahun sudah. Tahun ni rakyat Amerika yang mendaftar masuk Food Stamp,
program anti kelaparan utama Amerika, mencapai 46.7 juta pada bulan
Jun baru baru ini. Rekod tertinggi dalam sejarah Amerika.
Kerajaan
Amerika adalah gila kerana membenarkan perkara ini terjadi. Amerika
adalah negara pengeluar dan pengeksport makanan terbesar dunia,
negara yang termaju teknologinya, dan negara yang terkuat kuasa
tenteranya, dan dalam masa yang sama membenarkan rakyatnya kelaparan
dan kebuluran.
Insane,
bukan tahap bengong dah ni. Sama je macam Korea Utara. Belanjawan
perang tinggi menggunung boleh pula disokong – malah ditambah
tambah, tapi belanjawan asasi untuk rakyat marhain, rakyat bawahan
dibiarkan – malah nak dipotong potong.
Dan
kalau Parti Republikan menang pilihanraya kali ini, Amerika akan
menjadi semakin gila. Mitt Romney dan Paul Ryan hanya memikirkan
kebajikan kelas atasan, dan meminggirkan tanpa belas kasihan akan
kelas bawahan. Pengecualian cukai (tax break) yang tinggi bagi orang
orang kaya, dan pemotongan peruntukan bantuan – makanan, perubatan,
perumahan – yang lebih lebih tinggi ke atas rakyat bawahan.
Yang
kaya dibantu, yang miskin dibunuh.
Tuhan
pasti akan turunkan malapetaka bila ini berterusan.
Sebenarnya
tuan tuan, kerajaan yang adil akan memastikan food security kepada
setiap rakyatnya. Barulah betul betul menjadi masyarakat makmur.
JANGAN sekali kali kata kita tak boleh buat. JANGAN sekali kali kita
kata bantuan makanan, perubatan dan perumahan kepada rakyat yang
kesusahan memakan belanja yang sangat tinggi. Jangan sekali kali kita
kata peruntukan bantuan ini sepatutnya lebih baik digunakan untuk
program pembangunan yang lebih bermanfaat.
Sebabnya
kita boleh buat.
Sekarang
ni yang aku nampak masalahnya ialah bila makanan asasi (bijirinlah)
dieksport tanpa kawalan. Contohnya US ni yang menjadi pengeluar dan
pengeksport gandum dan jagung terbesar dunia. Walaupun diserang
kemarau yang terburuk, namun US masih ada lebihan pengeluaran.
Maknanya untuk penggunaan domestik, atau rakyat tempatan, lebih dari
cukuplah.
Tapi
dia bantai eksport juga, sebab boleh dapat lebih banyak duit. Kalau
eksport dihentikan sementara, biar rakyat tempatan yang makan, tu
diaa, terus jatuh harga makanan asasi tempatan – roti. Maka lebih
banyaklah rakyat kelas bawahan mampu membeli makanan, takdelah sampai
ke situasi sekarang.
Pasaran
makanan asasi mesti ada heavy intervention (campurtangan, dan
campurkaki) daripada kerajaan. Tidak boleh dibiarkan beroperasi
secara free market – harga pasaran ditentukan supply dan demand.
Udah le production makanan asasi ni banyak disubsidi, tapi manfaatnya
pergi ke pihak yang salah. Karut betul. Memang Zionis.
Kerajaan
mesti kawal aliran makanan asasi (control flow of basic food),
apalagi ketika pengeluarannya terjejas samada disebabkan cuaca,
penyakit, perang dsb. Bukannya susah sangat kan? Tapi itulah bilamana
production makanan asasi dikuasai syarikat gergasi yang mempunyai
kuasa melobi yang melampau, politicians boleh dibeli, jadi polisi
makanan negara boleh dibentuk oleh tangan tangan tamak ini.
Dan
aku nampak US dah gagal dalam menjaga kebajikan rakyatnya, gagal
dalam perkara yang sangat asas iaitu food security kepada rakyat
kelas bawah. Pentadbiran US memandang ringan perkara ini, maklumlah
golongan fakir miskin yang tak sekuat mana impak politiknya. Tapi
sepertimana sejarah senantiasa berulang, semua kerajaan yang tumbang
semenjak Adam diturunkan, bermula dengan memandang ringan kebajikan
rakyat yang paling lemah.
Bilamana
survival of strongest diutamakan lebih daripada survival of weakest,
bermulalah saat kejatuhan tamadun.
Yaa
bilamana yang kaya dibantu dan dibantu, dan yang fakir miskin
dipinggir dan ditindas, empayar terkuat dan terkaya pun akan runtuh.
Pasti.
Salam.
Food security mmg lama dh bnda ni brkumandang di dunia,yang ketara masa harga beras mencanak naik tahun 2008 hri tu,pastu tak turun2 dah.Skrg lg best dgrnya Thai,Vietnam,Kemboja,Mynmar dan Laos nk mmbentuk kartel beras antarabangsa peringkt ASEAN.Naik pulak harga nanti.perghh..
ReplyDeleteUS ni apa je yg diorg buat akn beri effect pd ekonomi dunia dan pasaran saham tentunya.Jobless rate dia naik,manufacturing dia trun smua data ni ditunggu2 smua ahli ekonomi dunia.Hutang dkat 150% brbnding GDP pun diorg tak heran sbb duit dia boleh cetak,negara lain akan beli duit dia sbgai Reserve Currency.DUlu EURO dilihat mmpu menggugat peranan USD sbgai reserve currncy tp skrg EURO pun dh nazak.Semua pakat jual EURO tak nak simpan dah.(adakah ini agenda Freemason,hehe)..tapi YUAN China plak amek tmpat EURO,ok la ada pencabar USD ni..
setuju prof..keperluan asasi mcm mkanan perlu diutamakan..hehe
Bagus ada China ni. Historically, China ni tak seagresif tamadun atau empayar lain. Lebih suka domestic matter, tak macam amerika yang sibuk sangat bab foreign policy ni.
ReplyDeleteSikit lagi boleh jadi world power yang seimbang dengan US
Takdelah unipolar
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
- Adu Q
- Bandar Q
- Bandar Sakong
- Bandar Poker
- Poker
- Domino 99
- Capsa Susun
- BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )
Contact Us
Website arena-domio.net
WA : +855964967353
Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop