“In warm blooded
animals, races from warm regions are smaller than races from cold
regions” - Bergmann pada tahun 1847.
Maksudnya bagi mamalia,
spesis dan baka zon tropika lebih kecil daripada zon sejuk (artik,
temperate, dan arid). 1847 dah keluar observation Bergmann ni yang
menjadi rule. (Rule ni bawah sikit je daripada Law).
1847... kita 2012 pun tak
faham faham lagi sifat mamalia setelah lebih 160 tahun keluar
Bergmann's Rule ni. Aku rasa banyak juga researcher yang tak pernah
jumpa atau dengar pasal ni, apalagi kita yang baru menternak. Cuba
tuan tuan tanya doktor doktor haiwan yang dikenali, saja saja test
diorang ni? Ke aku yang lambat tahu hahaha (aku tahu benda ni 2010,
baru la ni terlintas nak tulis, sah sah aku yang ketinggalan)
Anyway kajian Mayr 1970
dan Searcy 1980 menyokong bergmann's rule. Diorang kata baka tropics
saiz kecik sebabnya bila badan kecik, luas permukaan badan (body
surface area) bertambah, justeru membolehkan lebih banyak haba badan
dibebaskan. Yelah cuaca kita kan panas berwap, ditambah lagi solar
radiation, memang badan kita sentiasa menyerap haba dari persekitaran
dan ia perlukan mekanisme yang lebih cekap untuk membebaskan haba
yang terlebih. So bila kulit luas, lebih mudah dan lebih cepatlah
haba lebihan dibebaskan.
Sifat baka tropics yang
luas body surface area – luas kulit – menerangkan juga kenapa
nisbah berat hidup : karkas kita lebih rendah berbanding baka zon
lain. Ye lah banyak kulit, betul tak?
Kajian Dayan 1991 juga
meyokong Bergmann's rule di mana dia mengkaji fosil fosil mamalia di
seluruh dunia dalam pelbagai zon cuaca. Memang mamalia zon tropics
lebih kecik daripada mamalia zon sejuk.
Kajian alwigoatfarm 2010
juga (hehehehe – bukan akulah, rujuk post awal awal aku mystery of
the shrinking sheep, dan heat stress untuk lebih understanding)
menemui perkara serupa. Ruminan zon sejuk memerlukan rangka badan
yang besar untuk menyimpan lebih banyak lemak kerana mereka perlu
melalui suatu musim tanpa makanan yang cukup. Ruminan zon tropik pula
tak perlu rangka badan besar kerana rumput hijau sentiasa ada, tak
dak musim kekurangan makanan.
Selain itu, ruminan zon
tropik juga berhadapan situasi very high parasitism berbanding
ruminan zon cuaca lain. Ini kerana cuaca kita yang panas lembap
sememangnya menggalakkan pertumbuhan rumput tetapi dalam masa yang
sama menggalakkan pembiakan parasit. Badan yang kecik mengurangkan
risiko chronic parasitism (cacing ni membiak dalam binatang bertulang
belakang je, so bila kecik, tulang belakang pendeklah, dan itu
memberi isyarat kepada cacing bahawa perumah bersaiz kecik, resource
terhad, tak bolehlah nak membiak cepat cepat, tak bolehlah nak
conquer perumah).
Tetapi Tuhan bagi jalan
lain. Walaupun saiz ruminan tropik ni kecik, tapi pembiakannya
pantas. Kat situ pula terbit advantage dia. So aku dok kira kira
sebenarnya meat yield per acre of pasture sama je bagi ruminan tropic
dengan zon cuaca lain. Alahh.. tak pun kurang sikiiiit je. Ntah ntah
lebih baik. Belum jumpa kajian konklusif yang tak berat sebelah, sapa
sapa tahu?
Anyway ruminan baka
tropik ni efficient bab mengeluarkan haba lebihan, so susah nak dapat
heat stress. Tapi senang pula cold stress. Bila sejuk – hujan
contohnya, atau dibawa ke zon sejuk, dia pulak menggelabah. Udahnya
badan direka untuk cepat membebaskan haba, bukannya mengekalkan haba.
Badan mudah sejuk. Itu yang senang jadi selsema, pneumonia lah. Lung
troubles. Sepertimana kajian Mack 1983, dan Horst 1984.
Ruminan zon sejuk pula
takde masalah cold stress tapi heat stress lah pulak. Badan direka
untuk maintain haba (macam thermos – baru boleh hidup selesa masa
musim sejuk), bukannya direka untuk cepat membebaskan haba. Terbalik
dengan kita. Tu yang terkejut banget bila masuk malaysia kita ni.
Mampuih tunggang langgang body system dibuatnya.
Badan mudah panas, dan
cenderung menyimpan kepanasan. Jawabnya dia rasa macam duduk dalam
sauna lah. Panas berasap aje. Nak kahwin macam mana, tak selesa.
Takde selera tengok betina, masing masing ketiak hangit berpeluh
peluh.
Anyway, Bergmann's Rule
ni aku rasa ada juga exception. Pasalnya seladang kita adalah lembu
liar yang terbesar dalam dunia. Haaa... kita dok kata lembu amerika,
lembu eropah, lembu british lembu perancis besar gila, tapi kan asal
diorang ni semua adalah dari lembu liar auroch, lembu asal eropah.
Dan auroch adalah lebih
kecil dari seladang. Begitu juga lembu liar amerika, mr bison. Masih
kecil berbanding seladang kita. Diorang dok cross sana, cross sini,
itu yang jadi macam macam baka lembu dan saiznya. Seladang kita
memang lembu liar terbesar dalam dunia, yang pernah wujud dalam
sejarah.
Aku pun pelik gak kenapa
seladang defy bergmann's rule ni. Seladang kan ruminan tropika. Tapi
satu possible explanation yang aku boleh bagi ialah kewujudan gen
unik yang buat dia betul betul resistant dan resilient terhadap
parasit tropika. Parasit luar dan parasit dalam, dua dua dia hampir
kebal. So dia boleh mencapai saiz badan yang sangat besar. Dan aku
harap ada lah pihak pihak yang dapat mengkaji dan buat gnome
sequencing treasure unik kita, mr seladang ni.
Kita kenalpasti gen apa
yang unik tu, dan apa yang switch on that gene. Dalam masa yang sama
kita pun memburu gen apa yang mengawal ekspresi resistance dan
resilience dalam kambing kita, dan kita bandingkan dengan seladang.
Ni dah masuk bab kejuruteraan genetik, dan genetic engineering adalah
the next frontier yang akan merevolusikan agriculture.
Tapi kita kena cepatlah.
Jangan dok bagi omputih aje yang kaut. Dia pulak dapat nama, dapat
paten, dapat duit, dapat monopoli. Takkan kita asyik nak berputih
mata, asyik ketinggalan je, ye tak?
So tuan tuan pembiak
kambing, bergmann's rule ni membantu kita lebih faham akan kenapa
kambing kita, kambing tropika bersaiz kecik. Ini bukanlah fenomena
luar biasa. Ada kekurangan dan ada kelebihan zon cuaca masing masing.
Terpulanglah kepada kita mencorakkan baka yang sesuai, baka yang
adaptable.
Oklah tuan tuan,
Bergmann's Rule!
salam prof,kerap pulak prog update blog,ada line intrnet dah ke?hehe..yes totally agree dgn sgala yg prof trangkan..dari surface area for tropics smpaila ke seladang(gaur)..tp hairan knapa punya la banyak kajian pasal ni satu pun tak lekat kat meja JPV ye..kalau tak mungkin kegagalan projek ternakan Boer dapat dielakkan..
ReplyDeleteseladang mmg haiwan tropika yg unik,first time tgk seladang dkat zoo melaka tahun 2011(giler kmpung aku nih)..bapakla besarnya saiz dia dkat 1tan-1.5tan rasanya..dulu ada jgak citer psal kacukn lembu+seladang=selembu skrg snyap jer..aku nk cari baka selembu utk di AI dgn lembu aku..bleh jadi ke?blum cube blum tau ye x..hehe
Takdak line lagi, kena pi cc gak. Itupun 5 minit je kat cc. Memang macam ribut dibuatnya
Deleteselembu ada di zoo taiping kalo tak silap.
Deletebreeding stop kat selembu, generasi pertama je. Selembu kahwin selembu tak jadi.
Deleterasenye bukan kambing je kan.orang asia pn kecik jgk saiznye.heh.
ReplyDeleteIye. Memang pun. Kita berdarah panas juga
Deleteencik alwi takda internet atau sibuk kambing beranak ni :)
ReplyDeletelama tak ber update. hari2 den buka blog ni
sibuk sangat ni ha sori la
Deletememang kambing tengah sibuk beranak